♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 6, 2007

Heppie 4 months old my sweet little one!

Hari ni genap usia baby Niesreena 4 bulan. Tapi Niesreena demam plak hari ni. Mungkin sebab semalam Niesreena kena suntik untuk imunisasi. Dua kali plak tu. Cian anak mama & ayah ni… Tapi sekarang panas Niesreena dah semakin kebah. Harap-harap hari ni Niesreena akan sehat seperti sediakala…

Ramai kengkawan yang tanya, “Niesreena dah pandai buat aper?” Nak tahu… Niesreena dah pandai…

♥ Menjilat >> Niesreena sangat suka menjilat. Aper jer sampai kat mulut Niesreena, Niesreena akan jilat sampai basah. Hehhehehehe… Selalunyer yang menjadi mangsa jilat Niesreena ialah sarung tangan dia. Dan kalau Niesreena tak pakai sarung tangan, Niesreena akan grab baju atau blanket dia untuk dijilat. Boleh kata aper ajer yang Niesreena boleh capai, dia akan jilat sampai lencun. Walau bagaimanapun, Niesreena masih tak pandai nak capai benda yang jauh. Apa yang Niesreena dapat capai tu sebenarnyer adalah apa yang dia tercapai @ tak sengaja capai. Hehehhehehe…

♥ Mencekau >> Hmmmm… tau tak mencekau tu aper? Macam cengkam, macam cubit. Alaaaa… tak tau ler nak sampaikan maksud tu. Hehhehehehe… Muka mama dan ayah dia selalu menjadi mangsa cakau dia. Sementara kitorang nak cium dia, dia akan cekau muka kitorang. Aduhhhh… sakit plak tu…

♥ Merenung >> Niesreena semakin memberi tumpuan dengan aper yang dia tengok dan pandang. Dan kalau kitorang alihkan aper yang Niesreena sedang pandang, Niesreena akan ikut pandang benda tu. Kalau orang yang biasa Niesreena tengok, Niesreena akan pandang dan senyum pada orang tu. Tapi kalau tak biasa tengok, Niesreena akan tenung orang tu lama-lama.

♥ Menegakkan kepala >> Kepala Niesreena dah semakin kuat. So, kitorang dah tak perlu nak sokong kepala dia samada masa duduk atau dokong.

♥ Mengunyah >> Hehehehe… percaya tak Niesreena dah pandai mengunyah? Tapi kitorang masih tak bagi solid food lagi kat Niesreena. Niesreena suka kunyah air liur. Hehhehehe… kelakar kitorang tengok gelagat dia biler dia kunyah air liur. Macam tengah makan jer.

Well, banyak lagi yang Niesreena dah pandai buat sekarang. But it’s all still in the beginning stage. She has a lot to learn and study. And we have a lot to teach her!

Anyway Niesreena sayang… Happy 4 months old. We love you so much!

3 comments :

Kak ngah said...

heheh…slmt juga utk baby tersayang…untie ireen doa baby niesreena makin hari makin comei yek…muaaahx

Zura said...

wah...wah...dah besar Niesreena ye... ..dah boleh golek-golek ke belum nie ? :)

*juliet le sweetheart said...

Niesreena tak pandai nak golek-golek lagi Zura. Mama dengan ayah dia yang tolong golek-golekkan dia. Golek-golek Niesreena sampai meniarap... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top