♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 26, 2007

Niesreena meragam

Adoi... penatnya nak melayan Niesreena. Niesreena asyik nak berdokong jer. Tak nak diletak langsung. Manja betul! Kalau letak atas katil mesti menangis. Bila didokong baru senyap.

Ni mesti sebab Niesreena dah manja sangat asyik didokong jer masa kat Malaysia hari tu. Sekarang ni pun masih nak berdokong jer lah. Hmmmm... kat Malaysia hari tu ramai orang. Bleh gak gilir-gilir mendokongnyer. Well, actually tak payah nak bergilir-gilir. Memang sumer orang berebut nak dokong Niereena. Haaa... akibatnya, bila kat sini, tinggal aku ngan Neezam jer yang terpaksa bergilir-gilir. Adooooiiii... cam ner nak wat kerja ni?

Kalau tidur plak sekejap sangat. Telinga lintah plak tu. Pantang dengar berdetik skit mesti terjaga. Terus nak berdokong. Kalau tak... hmmmm... keluarlah bunyi 'siren' Niesreena...

Disebabkan Niesreena berperangai macam ni, aku terpaksa tunggu Neezam balik dari office atau masa Niesreena tidur jer baru boleh buat kerja-kerja rumah; memasak, membasuh, mengemas. Kadang-kadang tu Neezam tak gi kerja semata-mata nak tolong jaga Niesreena. Study kat rumah jer. Sian Neezam.

Harap-harap dari masa ke semasa, Niesreena akan berubahlah... Tak kan nak berdokong jer kan... Penat weeeehhhhh!

~Kan comel kalau tak menangis~

~Mula dah nak meragam~

~Alahai anak mama ni...~

~Tidur pun akhirnya... Bolehlah mama dan ayah siapkan kerja~

~Ayah pun kepenatan jaga Niesreena. Sian ayah...~

1 comment :

Malin said...

suka last pic..sesuai sgt dgn text..hehe
reena wat auntie gelak sorg² kt sini ni la..

back to top