Sepanjang minggu lepas aku tak bekerja sebab bercuti. Honeystar J! Seronok sangat bercuti dengan hubby tanpa diganggu. Dah tak ingat sumer masalah kerja, boss garang, dah terlupa sumer beban. Rasa cam tak puas jer cuti. Tapi penat wooo… Duit pun banyak habis. Huhuhuhuhuhu…
28 Febuari (Selasa)
Pukul 2.30 pagi lagi aku dah bangun untuk buat last preparation, terutamanyer makanan untuk dimakan dalam perjalanan. Almaklumlah… selalunyer berjalan jauh ni mulut asyik rasa nak mengunyah jer. Nak elak ngantok…
Pukul 3 pagi aku kejutkan Neezam. Lepas solat isya’ dan solat hajat, kitorang pun bertolak. Sempat gak kitorang gi mapley kat kedai mamak pepagi buta tu sebelum keluar ke highway Nilai. Hehehehehe… pepagi lagi dah lapar. Pukul 4 kitorang dah masuk highway. Kitorang memang rancang nak keluar awal pagi sebab nak elakkan cuaca yang panas terik di siang hari sekarang ni.
Kitorang berhenti kat hentian R & R Tapah pukul 6.15 pagi untuk solat subuh dan rehat. Cian Neezam penat dan ngantuk. Dari hentian Tapah aku take over driving. Lepas Ipoh Neezam take over semula sampai ke Aloq Staq.
Pukul 10.00 pagi kitorang sampai ke Aloq Staq dan check in kat Hotel Sri Malaysia. Nasib baik ada bilik kosong sebab kitorang memang tak booking hotel.
Perjalanan dari Nilai ke Aloq Staq memang memenatkan. Tapi permandangan yang indah di sepanjang highway tu sedikit sebanyak mengurangkan sikit rasa ngantuk dan menimbulkan rasa seronok. Start dari highway Tapah memang best. Lebih-lebih lagi biler dah masuk terowong ke Ipoh tu. Perjalanan yang berbukit bukau. Sejuk dan cantik. Dah masuk Kedah, ada plak sawah padi kat kiri kanan jalan. Walaupun sawah padi dah tak berpadi (mungkin baru lepas musim menuai), tapi kawasan yang terbentang tu rasa menyeronokkan sangat. Best! Memang best!
Lepas melepaskan lelah, berehat, tidur dan solat. Aku dan hubby kuar jejalan kat sekitar bandaq Aloq Staq. Kitorang ke Pekan Rabu pada hari Selasa tu. Memacam ada kat sana; baju, kain, kuih-muih, etc… Tapi Pekan Rabu ni tak lah semeriah dan sebising Pasar Payang kat Trengganu dan Pasar Besar Siti Khadijah kat Kelantan yang aku gi bulan lepas.
Lepas makan tengahari kat Pekan Rabu kitorang ke Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Muhammad. Kitorang sampai kat sana 5 minit lagi ke pukul 5 dan kebetulan waktu tu pak guard dah nak tutup sumer pintu dan tingkap rumah bersejarah tu. Tapi pak guard tu still kasik kitorang masuk dan menunjukkan seluruh rumah tu dari depan hinggalah ke dapur hinggalah ke bilik ayaq. Best gak ke rumah kelahiran bekas PM kiter tu. Ada banyak barang-barang antik peninggalan keluarga beliau. Dan yang paling best ialah set bilik tidur pengantin Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah masa diorang kahwin dulu. Kat dinding-dinding rumah plak banyak gambar-gambar keluarga. Memang tak puas berjalan kat rumah dan kawasan rumah tu. Tapi tak boleh nak lelama sebab salah kitorang sampai lambat. Yang kitorang puas hati sangat adalah layanan pak guards kat situ yang baik dan ramah walaupun dah terlebih waktu lawatan.
Next destination, kitorang ke Muzium Negeri Kedah. Macam kebanyakan muzium yang aku pernah masuk sebelum ni, banyaklah diorang display sejarah dan kebudayaan negeri diorang.
Pukul 6 kitorang ronda-ronda lagi bandaq Aloq Staq. Gi Star Parade dan pasar malam betul-betul depan Star Parade tu. Macam-macam makanan ada terjual kat situ dan macam-macam makanan aku beli. Hhehehhehehe… Yang paling best ialah laksa buyong. Sedap sangat!
Pukul 9 malam kitorang sampai semula kat hotel dan berehat.
1 March (Rabu)
Lepas solat subuh, kitorang terus jer bersiap dan bersarapan kat café Hotel Sri Malaysia tu. Pukul 8.30 pagi kitorang check out dan meneruskan perjalanan ke jeti Kuala Perlis. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam melalui highway ke Changlun – Kuala Perlis. Walaupun matahari tengah memancar dengan panas dan terik tapi rasa best gak sebab angin dari sawah padi kat kiri kanan jalan menderu-deru masuk kat keter.
Tak tau aper yang menarik sepanjang perjalanan dari Aloq Staq ke Kuala Perlis? Hmmmm… apa yang aku perasan ialah fly over yang ada sepanjang jalan tu. Setiap fly over akan di cat dengan warna kuning biru, iaitu warna bendera negeri Perlis dan bebatu blok tepi fly over tu akan diwarna-warni. Menarik sangat!
Pukul 9 lebih sampai kat jeti Kuala Perlis kitorang terus ditegur bebudak kat sana yang nak bagi perkhidmatan jaga keter kat Kuala Perlis ni sepanjang kitorang kat Langkawi. Diorang jugak menawarkan perkhidmatan keter sewa kat Langkawi. Ada lah ejen diorang kat sana. Aku dan Neezam terus setuju. Ada keter sewa senang skit nak berjalan.
Kitorang naik feri pukul 10.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Kata orang naik feri dari Kuala Perlis ni ok skit kalau nak banding dari jeti Kuala Kedah, sebab kurang skit pukulan ombaknyer so kurang skit orang mabuk dan muntah, masa perjalanan pun lebih pendek. Permandangan kat luar feri memang cantik. Lautan terbentang luas dan ada banyak sangat pulau-pulau yang menghijau. Sesekali tu kitorang terserempak dengan nelayan yang dok melambai-lambai kat kapal kitorang walaupun diorang tengah sebuk bekerja. Baguih dok ada…
Pukul 11.10 pagi sampai kat jeti Kuah, Langkawi. Dari jauh lagi dah nampak statue burung Langkawi yang tersergam indah kat Datarang Lang tu. Keluar jer dari jeti Kuah aku dan Neezam dikejutkan dengan segerobolan manusia yang tengah nak cari pelanggan keter sewa. Sumer sebuk dok ulur name card. Ya Allah!!! Punyerlah ramai. Nak jalan pun susah. Ramai lagi diorang daripada kitorang yang baru sampai ni. Ada jugak yang ulur map Langkawi free. Tu jer lah yang kitorang capai. Aku dan Neezam dah ada ejen keter sewa kat sana. So, kitorang terus ke ejen tu dan dapatkan keter sewa kitorang. Terkejut gak aku, selain daripada keter iswara keter sewa yang aku sewa tu, ada banyak lagi jenis keter sewa yang lain dan keter mewah! Ada Peugeot, Nisan Sentra, Perdana, Honda dan banyak lagi keter mewah yang lain dan sewanyer tak sampai pun RM100.00 sehari.
Dah dapat keter sewa, kitorang terus menuju ke hotel penginapan kitorang iaitu Hotel Awana Porto Malai dekat dengan Pantai Cenang. Pukul 12.30 tengahari check-in.Hotel ni memang best! Memang selesa! Bilik besar, katil king size, bath tab, 2 seated sofa dan yang paling best ada beranda yang sebesar katil king size mengadap ke arah laut. Waaaaa… excited giler bengong aku jadinyer.
Walaupun hotel best macam mana pun, aku tak nak sia-siakan masa yang ada kat hotel jer. Lepas lunch, aku dan Neezam pun mulalah berjalan. First destination kitorang kat Langkawi tu ialah Makam Mahsuri. Berdasarkan map free yang kitorang dapat kat jeti Kuah, Neezam senang jer cari destinasi Makam Mahsuri tu. Aku pernah ke makam Mahsuri sebelum ni tapi sekarang terdapat banyak perubahan, termasuklah rupa bentuk makam Mahsuri tu sendiri. Selain daripada makam Mahsuri, ada banyak lagi tarikan kat kawasan makan tu. Ada perigi Mahsuri, ada muzium; banyak menceritakan tentang sejarah Pulau Langkawi dan Mahsuri serta sumpahan 7 keturunannyer. Ada rumah mahsuri dan rumah-rumah orang-orang penting kat Langkawi masa era Mahsuri. Kitorang jugak dihiburkan dengan lagu kebudayaan yang dimainkan oleh sorang pakcik tua dan tiga orang anak muda. Sempat juga Neezam temu ramah diorang dan pakcik tua tu memang ramah orangnyer. Sepatutnyer ada teater tentang Mahsuri tapi kitorang tak dapat nak nengok sebab kebetulan hari Rabu adalah hari diorang bercuti. So there’s no theater on that day.
Next destination, kitorang ke pekan Kuah. Disebabkan keadaan cuaca yang panas terik, aku dan Neezam ke Langkawi Parade dulu. Sajer jejalan cari barang bebas cukai sesambil menyamankan badan pekena air-cond. Hehhehehehhe… Daripada pengamatan aku bebarang yang kononnyer bebas cukai tu tak lah murah sangat pun. Samer jer dengan harga kat KL malah ada yang lebih mahal lagi. Sempat jugak aku belikan cenderamata untuk keluarga dan kengkawan.
Hampir pukul 7.30 malam, aku dan Neezam bergegas ke Dataran Lang. Tengok sunset. Rasanyer matahari terbenam sekejap jer. Awan bertukar warna dari cerah ke merah dan purple dan terus jadi gelap. Bebayang matahari terbias kat permukaan laut perlahan-lahan hilang dan gelap. Waaaaa… Best dan romantic. Hehehhehehehe….
Masa kat Langkawi Parade aku sempat bertanyer kat pekerja kat situ, ada tak pasar malam malam tu dan kebetulan memang ada pasar malam kat Kuah malam tu. Nasib baik. Aku ni memang suka gi pasar malam. Bukan aper… sajer nak cari barang murah dan yang paling penting aku suka mencuba makanan dan masakan orang tempatan. So, lepas tengok sunset kat Dataran Lang, aku dan hubby tercinta terus gi mencari lokasi pasar malam.
Malam tu angin bertiup kuat sangat. Kata peniaga pasar malam kat situ, keadaan angin kuat macam tu memang biasa. Angin dari laut! Memang best! Macam pasar malam kat kebanyakan tempat, kat Langkawi ni tak lah banyak beza pun. Cuma ramai sangat orang puteh yang dok terpinga-pinga pelik tengok aper yang diorang jual. Diorang beli kuewteow goreng. Terus makan sambil jalan. Kalau satay tu boleh tahan lagilah kalau nak makan sambil jalan. Hmmmm… apalah diorang ni. Tak banyak yang aku beli malam tu sebab tak der makanan yang pelik aku jumpa.
Penat dok round kat pasar malam, aku dan Neezam gi makan malam kat restoran seafood. Ok lah makanannyer. Sedap…
Next destination ke mana ek? Hmmmm…. Haaaa… Kitorang ke Pantai Cenang. Kata orang kalau nak tengok orang puteh mandi bogel kat situlah tempatnyer. Hehehehhehe… Tapi malam tu kitorang tak nampak aper-aper kat Pantai Cenang; gelap. Cuma dengar deruan ombak yang menghempas pantai sambil ditampar angin dari laut yang menyenangkan. Lepak kejap jer kat Pantai Cenang sebab mata dah ngantuk sangat! Terus kitorang balik hotel dan berehat!
2 March (Khamis)
Pepagi lepas solat subuh aku dan hubby turun ke lobby hotel untuk tengok sunrise. Pukul 7.15 pagi, awan mula menunjukkan rona-rona warna kecerahan menggantikan kegelapan. Pukul 7.30 pagi mentari baru menunjukkan diri. Cewah… macam sasterawan plak ek. Hehehehhe…
Lepas bersiap-siap dan breakfast kat hotel, aku dan Neezam bersiap-siap untuk mengikuti program island hopping. Bagi aku, sesiaper yang ke Langkawi tapi tak gi island hopping memang rugi sebab itu adalah pengalaman yang tak mungkin korang dapat kat tempat lain dan tak boleh dilupakan.
Pukul 9.30 pagi kitorang gerak menaiki kapal bersama-sama 3 pasangan lain; they’re also on honeymoon. Memula kitorang ke Pulau Dayang Bunting. Sebelum sampai kat pulau tu, pakcik pemandu tu berhentikan kapal kat tengah laut dan tunjuk kat kitorang bukit yang berbentuk perempuan mengandung berbaring. Memang nampak sangat bentuknyer, cuba tengok gambar. Kata pakcik tu, dari situlah pulau tu mendapat nama dan terdapat mitosnyer yang tersendiri. Pastu pakcik tu teruskan perjalanan ke Pulau Dayang Bunting. Berlabuh kat pulau tu, kitorang dibawa ke Tasik Dayang Bunting. Tasik ni pun ada mitosnyer yang tersendiri. Ikut mitos, perempuan yang tak boleh mengandung kalau mandi kat tasik tu, insya Allah akan boleh mengandung. Wallahu alam… Aku pun tak melepaskan peluang untuk mandi kat tasik tu. Walaupun aku ni sebenarnyer takut berenang walaupun pakai life jacket. Hehehehehe… Tapi aku tak nak lepaskan peluang yang ada. Aku kuatkan tekad, ketepikan rasa takut dan terus terjun kat dalam tasik tu. Nasib baik ada Neezam, hubby aku yang tercomey tu, so kuranglah skit rasa nervous. Kat tasik tu jugak ada fish foot massage. Ikan keli akan massage kaki kiter. Geliiiiiiiii sangat! Memula tu tak nak cuba sebab takut tengok ikan keli yang banyak giler tu memain kat kaki tapi aku kuatkan jugak rasa nak mencuba dan aku cuba walaupun sekejap jer. Memang geliiiiiiiiii…. Muahahahahahha….
Lepas satu jam kat Pulau Dayang Bunting, kitorang dibawa plak ke Pulau Singa Besar. Keistimewaan pulau ni ialah kat sini terdapat banyak sangat burung helang dan kiter akan mendapat peluang tengok burung-burung helang ni makan. Banyak yang teramat banyak dangat burung helang kat situ. Besar dan cantik dan nampak garang! Kat situ pakcik pemandu bot tu baling kulit dan lemak ayam kat permukaan laut. Biler burung helang ni nampak diorang akan terbang laju ke permukaan air dan meragut makanan. Nampak gagah sangat. Kata pakcik pemandu tu, burung helang merah ialah burung betina manakala burung helang putih ialah burung jantan.
Desitnasi island hopping yang terakhir ialah ke Pulau Beras Basah. Kat pulau ni terdapat sandy beaches. Memang cantik sangat! Aku tak lepaskan peluang untuk mandi kat pantai tu. Walaupun keadaan cuaca panas tapi air laut tu terasa sejuk macam air sungai. Air jernih sangat dan ada ikan even kat gigi-gigi air. Best!!! Satu jam kitorang diberi masa kat pulau tu.
Pukul 12.30 tengahari, kitorang bertolak balik ke hotel. Penat dan menyeronokkan. Lepas bersihkan diri, solat dan makan tengahari, aku dan Neezam ke Underwater World kat Pantai Cenang. Macam-macam jenis ikan dan binatang lain ada kat sini. Banyak sangat ikan pelik-pelik. Makhluk yang paling menarik perhatian aku ialah dragon sea yang berbentuk rumpai laut. Ya Allah! Cantik betul makluk Allah tu. Hmmm…. Aku ni sebenarnyer teringin nak tengok ikan pirana, tapi tak der plak. Kat sana gak kitorang berkesempatan tengok tayangan 3D dan tengok fish feeder yang tengah feed ikan kat dalam tank besar tu. Ikan besar-besar. Jerung pun ada. Berani betul orang tu. Tapi yang aku kelakar masa tu tengok gelagat sekor penyu ni. Penyu ni kuat makan betul. Dari mula fish feeder tu masuk tank sampailah dia keluar, si penyu ni asyik ikut jer orang tu, nak ikan. Puas fish feeder ni tolak-tolak penyu tu tapi dia datang gak. Kelakar betul. Penyu tu nampak manja. Hehehhehehe…
Dua jam menghabiskan masa kat Underwater World ni, destinasi kitorang seterusnyer ialah ke Padang Mat Sirat untuk tengok kawasan beras terbakar. Sebelum tiba ke Padang Mat Sirat, kitorang sempat singgah minum cendol dan makan rojak buah kat gerai bebetul sebelah kawasan landasan kapal terbang tepi pantai. Best sangat tempat tu. Sesambil menikmati cendol dapat tengok kapal terbang mendarat.
Kitorang tiba kat kawasan beras terbakar dalam pukul 6 petang. Malangnyer kawasan beras terbakar tu dah tak nampak beras yang terbakarnyer sebab dah dipenuhi rumput dan lalang. Cuma ada sepinggan beras terbakar yang diorang display dalam display box.
Pukul 6.30 petang, aku dan Neezam ke pantai Cenang. Mandi manda kat sana. Pantai Cenang ni tak lah sehebat pantai kat Pulau Beras Basah. Tapi best jugak. Macam-macam aktiviti ada kat sini. Pelancong asing pun ramai sangat kat sini.
Malam tu kitorang dinner kat hotel; buffet, makan kenyang-kenyang. Lepas makan, aku dan Neezam berjalan menikmati angin malam kat lobby dan jeti hotel. Kitorang memang tak merancang untuk kemana-mana malam tu sebab besoknyer tu dah nak balik dan kitorang tak nak penat sangat. Dan malam tu adalah malam untuk kitorang berehat.
3 March (Jumaat)
Lepas breakfast kat hotel, kitorang terus check-out. Sedih gak meninggalkan Hotel Awana Porta Malai yang indah tu. Destinasi kitorang hari tu ialah Langkawi Cable Car. Lebih kurang pukul 10 pagi, kitorang sampai kat destinasi. Malangnyer perkhidmatan cable car tu terpaksa diberhentikan buat sementara sebab angin kuat kat puncak Gunung Mat Cincang. Sedih aku dibuatnyer. So, Neezam ajak aku ke Telaga Tujuh dulu yang terletak tak jauh dari situ sebelum datang balik ke cable car.
Telaga Tujuh!!! Penat giler naik ke tempat Telaga Tujuh tu. Tercungap-cungap aku dibuatnyer. Lebih kurang 600 anak tangga naik ke tempat tu. Tapi biler sampai kat atas tu rasa lega sangat. Tempatnyer cantik, sejuk. Air yang mengalir tu pun dingin dan menyegarkan. Dari puncak bukit tu jugak nampak kereta cable yang berhenti. Kelihatan tali kabel yang menyambungkan satu point ke satu point tu swinging. Neezam kata seram. Aku kata best! Hehehhehehe… Tak sabar nak naik. Tapi keadaan angin masih lagi kuat walaupun cuaca panas terik.
Turun jer daripada puncak bukit Telaga Tujuh, kitorang gi semula ke kawasan cable car. Tapi perkhidmatan cable car masih lagi tutup. Aku dah sedih dah. Siap mengalir air mata lagi. Neezam puaslah dok comfortkan aku. Tapi perasaan sedih tak dapat nak elak. So, kitorang decide untuk tunggu sampai pukul 12.15 tengahari. Kalau masih tak berjalan gak cable car tu, maksudnyer memang tak der rezeki kitorang.
Tup tap tup tap tunggu… Pukul 12.15 tengahari. Waaaaaaaaa… cedih perkhidmatan cable car masih tertangguh. Memang tak der rezeki aku. Cedih betul sebab aku memang nak sangat naik! Dengan muka sebal dan sedih terpaksa aku ikut Neezam meninggalkan tempat cable car tu. Tak der rezeki…
Memandangkan dah tengahari, aku dan Neezam terus ke Kuah. Pusing-pusing jap untuk kali terakhir dan cari serba sedikit souvenir untuk dibawa balik. Pukul 2.15 petang, kitorang pulangkan semula kereta sewa dan menaiki feri untuk balik ke Kuala Perlis pada pukul 3 petang.
Alhamdulillah… pukul 4 petang kitorang sampai kat Jeti Kuala Perlis. Rindu kat keter Honda City Neezam yang ditinggalkan kat Kuala Perlis.
Pukul 9.30 malam kitorang transit kat Bidor, rumah uncle Wahab, famili angkat Neezam.
4 March (Sabtu)
Selepas menghabiskan masa 3 hari 2 malam kat Langkawi, plan kitorang seterusnyer ialah melawat sedara mara aku kat Perak.
Lepas breakfast, aku dan Neezam serta famili uncle Wahab ke Tapah Road melawat opah aku. Terkejut opah sebab aku datang tak bagitau dia dulu. Opah aku tinggal sorang kat rumah sejak acik Pie, pak su aku, meninggal dunia tiga tahun lepas. Opah aku tu sebenarnyer pendiam, tapi hari tu banyak pulak dia bercerita. Sempat jugak dia marah kat aku sebab dah dua bulan lebih kahwin baru nak melawat dia.
Pas tu kitorang ke kilang karipap mini wak mus, kakak abah aku. Macam lawatan sambil belajar gamaknyer. Hehehhehehe… Kitorang sumer; uncle Wahab, untie Zah, anak-anak diorang, Neezam dan aku, kusyuk tengok cara diorang buat karipap mini. Aku jugak sempat bawa diorang menziarahi rumah adik-adik abah yang lain; cik Mohed dan cik Noni.
Petang tu kitorang ke Lata Kinjang. Mandi manda jap kat sana. Dulu aku pernah datang ke Lata Kinjang ni. Dulu bersih, sekarang kotor sangat dan tak terjaga. Malam tu kitorang ingatkan nak gi tengok bola kat stadium Perak. Nak tengok perlawanan bola sepak Perak menentang Pahang. Tapi sumer dah kepenatan. So, kitorang decide untuk balik ke Bidor dan tengok Bigfoot kat Majalah 3 jer malam tu.
5 March (Ahad)
Pagi tu kitorang ke Teluk Intan untuk menziarahi rumah sorang lagi adik abah; cik Darus. Lepas makan tengahari, kitorang ke pekan Teluk Intan. Sajer jer berjalan tengok menara condong. Puas berjalan kat Teluk Intan, kitorang balik semula ke Bidor dan bersiap-siap untuk balik ke Nilai.
Pukul 8.50 malam, kitorang bertolak dari Nilai. Penat dan mengantuk. Tapi aku tahankan jugak mata untuk menemani Neezam memandu. Alhamdulillah, pukul 10.50 malam kitorang sampai kat Nilai. Terus cari katil dan tidorrrr, kepenatan… ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Alhamdulillah, bulan madu kitorang berjalan lancar. Tak der benda buruk berlaku. Cuaca pun ok jer. Aku dan Neezam pun seronok sangat!
Insya Allah, kalau ada rezeki, aku nak gi lagi ke Langkawi. Dan aku akan pastikan destinasi pertama aku kalau ke Langkawi lagi ialah ke Langkawi Cable Car! Muahahahhahahahahaha….
Ps : Gambar percutian kitorang ke Langkawi aku akan upload kat fotopages aku nanti k!
4 comments :
Weh julie! honeystar kat langkawi awat tak mai rumah kami? wawawa…
tak sempat lah sarah… tak cukup 24 jam sehari… insya Allah kalau rezeki bebila kita jumpa k! :)
julie, kite aritu celebrate new year kat lgkawiiii..dpt naik cable car lg..best tuuu
aaarrrrggghhhh... jelesnyer!!!
Post a Comment