♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, March 20, 2006

At Last

Fuhhhh… seminggu yang lepas tak der aper pun aku update untuk blog aku ni sebab sepanjang minggu lepas aku bz sangat menyiapkan tender untuk Kementah. Alhamdulillah, walaupun buat kerja sesorang aku dapat menyiapkan tender tu dengan sempurna. Hmmmm… sebenarnyer aku lebih suka buat kerja sendiri daripada ‘banyak tangan’. Kalau tak nanti aku jugak yang pening. Semalam tender tu dah pun dihantar ke bahagian perolehan Kementah. Lega betul rasanyer. Dan hari Jumaat ni, boss aku bagi aku off day sebab kerja berat seminggu ni termasuk OT hari Sabtu yang lepas. Muahahahah…. Best! Thanx boss!

Setelah hampir 4 bulan aku bergelar isteri, baru semalam aku uploadkan gambar kahwin kat fotopages. Ramai kengkawan yang marah @ marah-marah sayang kat aku sebelum ni sebab tak uploadkan gambar kat fotopages. Hehehehehhe… Sorrylah… aku bz sesangat. Aku dah upload dah gambar. Mai lah lawat fotopages aku. Tapi aku tak upload sumer. Masih ada gambar yang kitorang amek kat studio, gambar aku pakai baju Melaka, kimono, cheong sam dan gaun. Nak tengok? Mai datang umah eh. Cuma ni bagi sneak peak gambar Neezam jer dulu. :) Ok?

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top