♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, November 3, 2020

Inari lagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari tu buat inari perisa lain. Hari try perisa lain pulak.


Try buat sotong tu... sajerlah cuba-cuba menu baru. Sedaplah pulak. Seriously... memang sedap.

Kali ni bebudak ni dapat sorang seketul, memang tak puas hati. Huhuhu... Lain kali boleh buat lagi.




Buat masa ni aku tak terfikir lagi nak jual inari ni walaupun ada ramai jugak yang request. Tengoklah dulu keadaan macam mana yer. Ada rezeki, kiter open order.

Wednesday, October 28, 2020

Design sticker baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kelam kabut design sticker baru dan dapatkan beberapa quotation daripada printer. Mana tak kelam kabut... rupa-rupanya sticker sedia ada dah hampir habis. Terkejut jugak! Sebab hari tu print 1200 keping. Ni tinggal beberapa keping jer. Cuak... cuak...
Huhuhu...

Aku design sticker baru sebab ada tambah menu lain iaitu Chicken Satay. Insya Allah lepas ni kalau ada menu baru lagi. Kiter ubahlah lagi. Tapi buat masa ni tiada dalam perancangan.

Haa... ni design sticker baru yang aku design sendiri kali ni.


Dan tambah juga satu sticker lagi untuk Salmon Mentai.


Salmon mentai pun dah semakin mendapat sambutan. Setiap hari ada jer order untuk Salmon Mentai. Paling-paling seminggu mesti capai sekurang-kurangnya 10 pek. Alhamdulillah...

Ni design lama - upah designer. So aku ubah sikit-sikit jer ikut kesesuaian.


Alhamdulillah... akhir bulan ni genaplah 4 bulan Makan Sushi beroperasi. Bersyukur sangat sebab aku masih ada passion atau 'kegairahan' lagi untuk roll sushi. Hahahahah... 

Beberapa bulan lepas, masa baru fikir nak focus untuk business sushi ni, aku takut jugak. Takut kalau satu hari nanti tiba-tiba malas dan hilang minat nak berniaga. Tapi alhamdulillah... setakat ni masih seronok lagi dan harap-harapnya akan terus bersemangat.

Aku pun ada join group-group sushi di facebook dan tengok kelas-kelas pjj online sushi untuk tambah lagi pengetahuan tentang sushi dan bidang penyediaan makanan ni. Sebelum ni semua belajar kat youtube jer. Then buat research dan marketing sendiri.

Dalam tempoh 4 bulan ni alhamdulillah, semakin hari semakin banyak permintaan dan tempahan. Tapi biasalah... berniaga ni ada pasang surut. Kadang-kadang sehari tu banyak sangat tempahan, sampai tak tidur malam dibuatnya. Tapi ada jugak hari yang sikit sangat. Tapi alhamdulillah... still ok la...

Korang, doakanlah aku berjaya dalam bidang ni yer. Huhuhu... 

So, korang dah cuba sushi rolls dari Makan Sushi? Kalau belum cuba lagi, meh lah try. Tapi sebelum tu, jom follow Makan Sushi MY di Facebook dan Instagram yer.

Tuesday, October 27, 2020

Inari in da haus

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Inari in da haus gaisssss...


Selalunya aku kalau nak makan inari ni aku suka beli kat Aeon. Yang ada 4 ketul inari, 4 perisa tu. Tapi sebab pkp kat Selangor ni, nak ke Aeon Nilai takut tak lepas, so, kiter buatlah inari sendiri.

Ingatkan aku jer rindu nak makan inari. Si Khairunns aku pun sama gak rupanya. Excited bila tengok aku sediakan inari. Naufal siap cakap "tak sangka mama pandai buat benda ni". Huhuhu... unsangkarable sangat. Mama can do everything hokay. Huhuhuhu...



This is not for sale ya. Ni untuk makan sendiri jer. Kalau nak jual, kena buat research and developement dulu. Kalau rasa ngam... tip top... baru aku berani nak jual.

Buat masa ni, sendiri buat, sendiri ngap!

PKPB dilanjutkan... hmmm...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Dah agak dah... kes semakin hari, semakin meningkat...

Semoga semuanya cepat berakhir... :(

Sunday, October 25, 2020

Hasil tangan sejuk

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Korang percaya tak kadang-kadang orang kata, ada orang tangan sejuk, tanam apa semua menjadi. Ada orang tangan panas, tanam pokok senang hidup pun tak hidup-hidup. Huhuhu... Tak tau lah betul ke tak, kan.

Tapi aku kalau tanam apa-apa, memang tak hidup. Enche Neezam tanam, insya Allah menjadi.

Haaa... ni gambar-gambar bawah ni semua pokok-pokok yang enche Neezam tanam. Ada bayam brazil, pegaga, daun kunyit, pokok limau purut, pokok kari, pokok cili, pokok pandan dan macam-macam lagi lah...















Banyak jugak kan... semuanya di tanah sekangkang kera kat tepi rumah ni. 

Seronok bila ada pokok-pokok macam ni. Nak pakai, petik jer. Tak der pening gi kedai ke hapa. 

Ni dah kembali ke pkp balik ni, bolehlah enche Neezam tambah lagi koleksi pokok dia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top