♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 13, 2019

Me and him...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tahun depan kitorang 40 tahun tau...

Tu je nak syakap 😁

Wednesday, December 11, 2019

Julie ❤ Neezam - 14 years of marriage

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Gambar 14 tahun lepas... Merenung masa depan....

Alhamdulillah... bahagia... 😘😘😘

Km Noor thank you for everything.

Knowing you in almost 20 years are the best part of my life.

You are the most hardworking, funny, decisive and annoying 😅 husband ever!

And I am the luckiest wife 😘😘😘

Thank you for always guiding me and our beautiful children 👧🏻👦🏻👶🏻

I love you so much and will always love u forever and ever.

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga dan panjangkan jodoh kita dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya.

Ameen...

Happy 14th wedding anniversary to us.

😘😘😘

Sunday, December 8, 2019

The kids are back!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Malam Khamis yang lepas balik ke Segamat untuk sambut birthday Niesreena bersama-sama hari Jumaat hari tu. Hari Sabtu, awal-awal pagi lagi dah bertolak balik semula ke Nilai sebab hari Ahad enche neezam ada larian.

Niesreena dan Naufal pun ikut balik sekali setelah 2 minggu kat kampung. So, dah bisinglah semula rumah.

Semalam dari Segamat, kitorang terus IOI Putrajaya. Enche Neezam collect running kit dia.

So sempatlah pusing-pusing jap kat IOI. Cuci mata jewww...

Then makan kat favorite place kitorang. Sempena harijadi Reena jugak kononnya. Sebab hari tu tak sempat nak bawak makan best-best. Cuma sempat tengok Ejen Ali jer masa birthday Niesreena hari tu. Tu pun sebab Naufal yang nak tengok. Hahaha...

Oooo ayah tok sempat jugak buatkan Reena pulut kuning masa harijadi dia hari tu.

Mengakhiri hari yang panjang ni, kitorang ke Mydin pulak beli barang dapur. Maklumlah... bebudak dah balik. Banyak barang dapur nak kena top up. Sepanjang dua minggu Niesreena dan Naufal tak der kat rumah, aku memang langsung tak masak. Huhuhu... Nampaknya rutin biasa, kena start semula - balik kerja, masuk dapur!

Ini budak, kemain seronok nampak lolipop besar kat Mydin. Terus menonong ambik dan peluk!

Terserlah happy kat muka dak comel ni.

Kemain lagi peluk kan?

Ingat boleh dapat? 😏

So, rumah dah riuh semula dan bersepah semula sebab bebudak dah balik. Huhuhu...

Enche Neezam awal pagi lagi tadi dah pergi Ice Watch run. Sat lagi sampailah rumah tu...

Hari ni tak plan gi memana. Lepak jer kat rumah. Macam-macam benda nak buat. Moh ler mengemas!

Friday, December 6, 2019

Happy 13th Birthday, Niesreena ❤

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... akhirnya terlaksana jugak impian Niesreena nak sambut birthday sama-sama dengan mama dan ayah tahun ni.

Nampak Niesreena happy.

Birthday cake pun dapat dua biji kali ni. Satu dari mama dan satu dari ayah. Kemain lagi... huhuhu...

Happy Birthday Niesreena.

Mama dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian Reena.

Semoga sentiasa menjadi contoh yang baik untuk adik-adik.

Mama harap Reena suka hadiah birthday tahun ni.

Simpan sini sebagai ingatan dan kenangan.

Wednesday, December 4, 2019

Dinner @ Warisan Sotong Giant

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Niesreena dan Naufal tak der kat rumah ni, memang malaslah aku nak masak sekadar untuk berdua kan. Makan luar jer lah jawabnya. Tapi bila asik makan luar, sampai buntu, tak tau nak makan mana dah...

Malam ni pening nak makan kat mana dah. 18 tempat bagi cadangan kat enche Neezam... kali ke 19 cadangkan kat enche Neezam ke Warisan Sotong Giant tu, baru enche Neezam onzzz... huhuhu...

Aik... tangan si kecik tu sempat enterframe...

Korang kalau nak makan sotong giant bakar atau goreng, bolehlah datang ke sini, kat Kota Warisan, Sepang. Harga berpatutan dan makan pun sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top