♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, January 22, 2020

Jom la mc sama-sama

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... hari ni dah mula bekerja semula setelah 5 hari MC.

Hari ni pun badan masih rasa lesu lagi sebenarnya. Tapi heret jugak ke tempat kerja sebab dah lama sangat MC. Dah boleh bayang banyak kerja-kerja yang menimbun yang kena hadap. Duduk kat rumah pun dah tak rasa tenang. Huhu...

Aku sakit sejak hari Isnin minggu lepas. Lepas tu on & off demam, batuk, selsema dan sakit kepala. Sendi-sendi badan pun menyucuk-nyucuk semacam.

Enche Neezam start demam hari Jumaat. Berjangkit dari aku lah tu.

Sorry sayang...

Tapi hari Sabtu tu enche Neezam gagahkan diri gak gi FM Twincity Marathon. Giler kan... dalam tak sehat tu, dia boleh lari 42km!

Tapi nak buat macam mana... dah lama enche Neezam buat persediaan untuk first full marathon dia ni. Tau tau bila masanya tu tiba, jatuh sakit pulak.

Sesungguhnya kiter yang merancang, tapi Allah dah tetapkan segalanya.

Tapi alhamdulillah... semangat juang tinggi. Habislah 42km tu enche Neezam dapat buat. Balik jer dari marathon tu, apa lagi... melepeklah orang tua tu... Dengan demam... dengan sakit kaki... haiiisshhhh...

Then both aku dan enche Neezam betul-betul flat hujung minggu hari tu. Sian anak-anak kena jaga diri sendiri.

Nasib baik ada Niesreena, dah bolehlah masak sikit-sikit untuk adik-adik.

Tapi alhamdulillah... tengah-tengah rasa 'patah kaki' ni, tetiba mak dan ayah mertua datang melawat. Ya Allah... Allah betul-betul hantar ‘malaikat’ bila memerlukan.

😭😭😭

Alhamdulillah... terima kasih Allah... terima kasih mak ayah bawak bebudak gi makan 🥺🥺

Hari Isnin dan Selasa yang lepas, aku dan enche Neezam sambung lagi MC. Badan memang rasa lesu tak bermaya dan demam masih lagi on and off. Berat badan aku turun 4 kg sebab sepanjang demam memang tekak rasa pahit dan tak selera betul nak makan.

Nasib baik Niesreena ada masakkan bubur nasi dan tomyam ayam. Bangkit jugaklah selera nak makan buat alas perut.

Sepanjang demam, emak dan abah pun asik call jer. Risaukan keadaan kitorang. Aku jawab aku ok jer... sikit jer... tak nak diorang risau dan menyusahkan diorang...

Alhamdulillah... hari ni enche Neezam pun dah beransur sihat. Tapi masih lagi cuti sebab jaga sorang lagi pulak yang berjangkit demam...

My poor baby boy.

Si kecik ni pulak demam. Harap dia oklah hari ni...

Sian tengok Neeyaz lemah lesu tak bermaya... tapi masih permurah senyuman...

Cepat sembuh ye sayang mama...

😭😭😭

Harap-harap abang dan kakak akan dapat terus bertahan, tak berjangkit dan kekal sihat. Ameen...

Wednesday, January 15, 2020

e-Tunai Rakyat

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... iollsss dah dapat claim. Uollsss dah claim ke belum?

Aku claim kat TnG ewallet.

Program ni bermula hari ni, jam 8 pagi tadi. Try kat apps pagi tadi kemain susah. Macam-macam problem keluar. Network problemlah... tulah... inilah...

Tetiba masa lunch tadi tengok baki ewallet bertambah pulak. Rupa-rupanya dah automatik masuk akaun.

Alhamdulillah...

Korang boleh claim melalui 3 saluran. Samada kat TnG ewallet, Boost atau kat GrabPay. Aku memang ada akaun TnG dan Boost. Tapi yang verified cuma TnG jer. Sebab tu aku guna TnG ewallet untuk claim.

Kalau korang dah ada akaun ewallet ni, korang boleh klik jer pada e-Tunai Rakyat tu.

Semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan keatas yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun layak untuk claim. So, cepat! Program ni tamat pada 14 Mac 2020 atau sehingga semua peruntukan dah fully redeemed.

Wednesday, January 8, 2020

#kampungpeople

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Haiii uollsss... dah lama tak review pasal movie atau drama kegemaran kan. So, kali ni tak boleh tidak... kali ni nak cerita jugak pasal 'Kampung People'!

Aku memang jarang sebenarnya ikut drama bersiri. Kecuali yang viral-viral jer. Selalunya aku ikut bila dah lepas 3-4 episod. Bila viral orang kata best, baru tengok.

Sebelum cerita Kampung People ni, aku tengok 'Cemburu Seorang Perempuan'. Pun best! Sedih sangat...

Dan kali ni layan 'Kampung People' pulak! Lain giler genre dia... Lawak dia memang jenis lawak masuk air... aneh-aneh jerrsss...

Memula tengok episod 3 sebab bila baru episod 1 & 2 orang dah mula bising kata best... best... kan... Pastu trending. So kali ni cepatlah sikit follow. Bila tengok episod 3 best... terus marathon episod 1 & 2 kat youtube. Memang kelakar uolls! Lawak-lawak dia semua lawak masuk air... memang tak boleh terima dek akal... tapi entah macam mana aku boleh hadam jugak. Huhuhu...

Dari perangai si Minah... ke Lailer... OMG! Absolutely correction!

Si Razif yang lurus... dan Yummy yang menamakan perutnya sebagai Darwish! OMG!

Dan Jekfer... ehem...

Dari TP ke si Badrul Bisu... Semuanya watak aneh-aneh... huhu...

Aku paling suka episod 3 yang geng TP konon nak tolong Abu kat ladang jagung, tapi buat kerja tak sampai berapa saat dah ajak gi minum... dengan riang gembira... huhuhu... Pastu si Abu ni punyalah susah hati tak reti macam mana nak tolak ajakan TP and the gang untuk gi minum setiap hari. But at the end of the day, geng TP pulak yang cakap dulu kat Abu yang diorang sebenarnya tak boleh nak layan Abu gi minum hari-hari sebab diorang pun ada urusan lain. Bukan nak layan Abu jer... pulak?! Hahahaha... memang best!

Ni episod favorite aku...

Macam manalah penulis skrip tu boleh buat lawak masuk air macam ni? Adoi aiii!

Tapi dalam lawak-lawak cerita ni sebenarnya banyak bagi pengajaran dalam isu-isu kekeluargaan jugak. Terutamanya ada beberapa adegan sebelum tidur antara si Minah dan Abu. Masing-masing bercerita apa terjadi pagi tu dan kongsi masalah diorang. Walaupun kadang-kadang sorang cerita pasal hal lain, sorang lagi cerita pasal hal lain, but at the end diorang akan support each other sebelum si Minah berdengkur tidur dengan mata terbuka. Huhuhu...

Apapun... cerita 'Kampung People' memang terbaik! Lain daripada yang lain... Malam ni dah masuk episod terakhir. Rasanya macam tak puas tengok lagi diorang ni. Mungkinkah ada season 2???

Sedikit trivia pasal 'Kampung People':-

Iqamah yang si Abu mainkan dari handphone dia ialah suara Razak Ahmad atau TP.

Badrul Bisu betul-betul sebenarnya tak bisu.

Novel yang si Yummy baca dalam 'Kampung People' tu memang betul-betul wujud tapi tak der kat pasaran.

Penulis novel-novel ni semuanya si Badrul Bisu atau nama fb dia Shahril Sarjen.

Produk BioJen yang si Badrul jual tepi jalan tu memang wujud dan memang si Shahril Sarjen ni jual.

Kek pandan dan fake birthday cake yummy setiap tahun tu ialah si Badrul Bisu yang buat. Berbakat betul si Badrul ni rupanya kan...

Pengarah cerita ni ialah Wan Hasliza. Pengarah yang sama mengarahkan cerita 'Keluarga Iskandar'. Cerita 'Keluarga Iskandar' pun aku suka tengok. Tapi ending season 2 macam tergantung. Tunggu 'Keluarga Iskandar 3' tak keluar-keluar... sadis...

Haaa... ladang jagung dalam cerita tu... memang dia tunjuk dari bersihkan tanah sampailah dah berbuah... memang betul-betul diorang tanam jagung ke??? Ini eden tak tau... huhuhu...

Jangan lupa tau... episod akhir 'Kampung People' malam ni...

Monday, January 6, 2020

Dok kat baby car seat ok Neeyaz...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Mulai 1 January 2020 semua kanak-kanak di bawah ketinggian 135cm kena pakai baby car seat.

Si Neeyaz ni, memula dulu memang duduk kat baby seat sebab enche Neezam hantar dia gi taska sendiri. Sejak awal tahun lepas, Neeyaz duduk kat kerusi biasa tanpa baby seat sebab leceh asik nak bukak dan pasang baby seat setiap kali aku nak naik kereta. Kalau nak letak kat tempat duduk belakang, sempit pulak nak duduk dengan kakak dan abang dia lagi kan... So, Neeyaz duduk jer kat seat depan tak pakai baby seat. Tapi kitorang pastikan Neeyaz pakai seat belt.

Dan lepas tu, setiap kali aku naik jugak kereta, baby Neeyaz nak berpangku jer lah... Penat jugak weh... Dengan Neeyaz yang semakin melasak dalam kereta dan berat dia pun semakin berat. Lenguh aku dibuatnya. Nak nak kalau perjalanan yang panjang. Huhuhu...

So, hujung minggu hari tu keluar, dah start kena duduk kat baby seat semula. Alhamdulillah... nasib baik Neeyaz ok. Tapi dengan syarat, aku kena duduk belakang dengan dia.

Nak jugak tatap wajah mama dia yang comel ni kan... huhuhu...

Terpaksalah mama duduk seat belakang sekarang.

Alhamdulillah... nasib baiklah dah tukar kereta panjang sikit. Tak lah sempit sangat berbanding CRV dulu.

Bagi aku, penggunaan baby seat ni memang bagus untuk keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan. Tapi aku concern jugak, macam mana dengan keluarga besar yang ramai anak-anak yang kecik-kecik lagi. Aku rasa kalau kereta kecil even Honda City pun, boleh letak 2 baby seat jer kat belakang. Dan harga baby seat ni pun bukannya murah. Lebih-lebih lagi kalau nak cari yang berkualiti.

Tapi alhamdulillah... kerajaan ada sediakan subsidi car seat untuk keluarga golongan B40. Bolehlah ringankan sedikit bebanan ibubapa yang terpaksa beli car seat ni.

Dah ada orang dapat ke subsidi car seat ni? Dah 2020 ni... kalau masih tak diagihkan, kesian pulak, takut kena saman pulak nanti sebab tak pakai car seat lagi.

Friday, January 3, 2020

Guardian salesss!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Guardian 50% off for all cosmetics sales is back uooolllssss!

Aku memang selalu tunggu waktu macam ni. Memang murah sangat!

So, semalam grablah sikit kosmetik untuk diri sendiri dan untuk kakak Niesreena.

Yang aku beli ni semua memang barang yang aku tengah pakai pun. So, simpan stok. Lip tint tu untuk kakak Niesreena. Seronok dia, mama belikan lip tint sampai dua. Tapi bila tengok bedak, terus Reena kata "mama, Reena punya bedak tak bukak lagi ada dua"! Aiyoooo... simpan jer lah Reena.  Dah mama mu terambang mata tengok barang murah. Huhuhu...

We olls pakai barang mur mur jer. Asal sesuai dengan kulit, tak der alergi ke hapa, then why not kan?

Actually aku jenis kulit sensitif. Kalau pakai lipstik salah sikit, habis bibir gatal. Keluar biji-biji air. Sadis...

Last year, masa guardian sale aku sajer beli Matte Junkie Silky Girl sebab murah, RM 8 jer satu. Cantik warna dia. Alhamdulillah... sesuai dengan bibir - tak alergi! Kod Matte Junkie kegemaran aku ialah 01, 04 & 12. Tapi warna-warna lain pun cantik jugak. Haaaiiissshhh... ni yang rasa nak gi memborong lagi nih!

Guardian sales ni tengah berlangsung sehingga hujung minggu ni. Memang berbaloi-baloi.

Jom serbu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top