♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, March 23, 2020

Bila enche Neezam cuti

#workfromhome #day7

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Masuk minggu baru #workfromhome.

Alhamdulillah... hari ni dapat fokus banyak dengan kerja. Satunya sebab puasa. So, tak der lah berulang asik nak dapur jer. Dan satu sebab lagi hari ni Negeri Sembilan cuti Israk Mikraj. Enche Neezam tak kerja hari ni. So, urusan rumah semua enche Neezam yang uruskan. Tak dibenarkan work from home. Hahahaha...

Tadi sempat jugak enche Neezam potong rumput kat luar rumah.

Sian... penat wooo potong rumput.

Menjelang petang, enche Neezam sibuk kat dapur pulak sediakan juadah berbuka. Aku lepas 5.30 petang, boleh terlelap pulak. Penat betul rasa.

Kemain enche Neezam masak. Macam berpuasa di bulan Ramadhan. Huhuhu...

Tadi, sambil-sambil tengok 'Touch Your Heart', tetiba enche Neezam hulur semangkuk pengat pisang. Memang touch my heart betul. Senyap-senyap jer dia buat kerja kat dapur.

Alhamdulillah...

Sunday, March 22, 2020

Kuih-muih fozen

#stayathome #day6

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Memandangkan hari ni tak perlu #workfromhome, so aku ambik kesempatan hari ni untuk buat kuih karipap frozen. Dah beberapa hari bekerja dari rumah ni, setiap petang mesti rasa nak cari makanan. Terutamanya anak-anaklah...

So, hari ni enche Neezam kata dia nak masak untuk lunch. Aku pun ambiklah masa untuk buat karipap. Buat lebih sikit untuk frozen. So, bebila nanti nak minum petang, bolehlah goreng jer terus.

Petang tadi gorenglah jugak sikit. Bebudak ni bila tengok ada karipap kat rumah, memang tak sabarlah diorang nak makan.

Dulu masa kat Melbourne, aku buat karipap pusing ni jual frozen kat kengkawan. Alhamdulillah... hasilnya dapatlah jugak beli beg jenama Guess sebijik dua.

Balik Malaysia memang jarang sangat buat. Ada lah buat sekali dua, tu pun atas permintaan.

Pagi tadi aku call emak, mintak resepi. Dah lama tak buat, lupa dah resepi untuk doh dia. Emak pandai buat karipap pusing. Dulu masa aku kecik-kecik, emak pun buat berniaga karipap pusing ni. Kalau emak yang buat karipap pusing ni, lagi cantik pusing dia. Berlapis-lapis.

Ni untuk my little Khairunns... sorang nak crust jer, tak nak inti. Yang sorang lagi nak bulat macam bunga... layankan jer lah...

Hari Khamis yang lepas, aku sempat jugak buat donut frozen. Senang jer... Masukkan jer dalam breadmaker. Terus siap kembang doh dia. Tapi kena bentukkan sendirilah...

Buat bulat-bulat jer untuk frozen.

Kalau nak frozen donut, kena goreng sekejap dulu sebelum simpan dalam freezer.

So, bila nak makan, tinggal goreng jer.

Banyak lagi kuih-muih yang kiter boleh buat untuk frozen selain karipap dan donut, macam popia goreng, samosa, keria, cucur badak... buat yang senang-senang jer. Resepi google jer... Buat kuih yang ada bahan kat rumah. Aku masih tak berani nak keluar dan tak berani nak bagi enche Neezam keluar. Semoga kiter semua terhindar dari wabak penyakit sekarang ni. Ameen...

Saturday, March 21, 2020

Each a cup!

#stayathome #day5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari kelima #stayathome.

Antara ayat aku selalu cakap sejak kuarantin ni ialah “bebudak ni berapa banyak cawan diorang pakai?”

Dah minum, diorang basuh sendiri. Tapi aku yang kemas dan simpan. Banyak betul cawan keluar.

Yang bagusnya sebab diorang kerap minum air. Tapi setiap kali minum, keluarkan cawan baru. Kadang-kadang bawak gi ruang tamu, atas meja, bilik study. Pastu tinggal kat sana. Ambik cawan lain. Bila tanya, saper punya cawan, tak der siapa yang mengaku.

So, hari ni praktikkan sorang satu cawan je sepanjang hari. Cawan masing-masing. So, kalau bersepah, tau saper punya.

Semoga berjaya!

Ini untuk menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah diri sendiri. Semoga tak bertukar jadi hijau. Ada seminggu lebih lagi nak lalui ni.

Ooooo cawan ada 3 sahaja sebab untuk Niesreena, Naufal dan ayah depa. Mama dan Neeyaz pakai tumbler. Diorang pakai cawan sebab nak minum air sejuk dari cuckoo.

Tengahari tadi aku masak sup ekor. Makanlah untuk lunch dan dinner.

Petang pulak buat kuih lopes. Dah lama tak buat kuih lopes. Last sekali buat masa kat Melbourne dulu. Tu pun sebab teringin sangat nak makan. Belajarlah buat dari youtube. Masa tu tak jumpa daun pisang, kiter pakai plastik wrap jer. Pun jadi... Tapi kalau guna daun pisang, lebih wangi.

Ni lah kerjanya bila duduk kat rumah. Asyik fikir nak kena masak dan makan jer. Kalau tak masak kang lapar pulak. Redho jer lah duduk kat rumah membesarkan badan. Huhu...

Friday, March 20, 2020

Pembelian panik?

#workfromhome #day4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Call emak beberapa hari lepas. Tanya emak barang-barang makanan kat rumah ada tak? Alhamdulillah... mak kata ada dan Insya Allah mencukupi untuk seminggu dua ni.

Aku cakap kat emak supaya tak pergi ke pasaraya waktu orang tengah buat pembelian panik ni. Takut-takut ada pembawa Covid-19. Mak kata mak ada pergi NSK beberapa hari lepas dengan adik aku, waktu petang, tak ramai orang. Tapi barang kat NSK memang banyak licin.

Aku nasihatkan emak jangan keluar lagi dah. Takut dan risau...

Enche Neezam pun ada keluar pergi beli barang. Aku risau jugak. Tengok gambar kat fb orang ramai-ramai bersesak-sesak buat pembelian panik. Sampai bergaduh-gaduh. Panik aku tengok. Barang-barang kat rak pun banyak yang licin.

Enche Neezam keluar sorang jer. Aku sediakan list apa keperluan untuk masak selama seminggu dua akan datang ni. Beli banyak terus supaya tak perlu nak keluar lagi lepas ni.

Enche Neezam gi beli kat kedai Acheh. Alhamdulillah... tak ramai orang dan barang pun banyak jer macam biasa katanya.

So, tak payahlah panik-panik sangat nak fikir tak cukup makan.

Kitorang terfikir jugak, kitorang ni alhamdulillah, dua-dua bekerja dan ada jugaklah simpanan sementara nak tunggu hujung bulan. Kalau orang yang tak berkemampuan tu macam manalah kan?

Lebih-lebih lagi sekarang ni ada yang dipaksa oleh majikan untuk bercuti tanpa gaji sebab Covid-19 ni. Semua kena cut cost. Kesiannya...

Ya Allah... semoga musibah ni segera berakhir dan keadaan pulih seperti sedia kala. Ameen...

Thursday, March 19, 2020

Jaga penampilan walaupun #workfromhome #day3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Wifey wifey yang bekerja dari rumah tu, jaga penampilan jugak k. Kalau pergi ke pejabat boleh pakai baju bergosok cantik-cantik, wangi-wangi, bila dah bekerja dari rumah ni jangan pakai baju kelawar pulak sepanjang hari.

Make sure sebelum atau selepas subuh terus mandi. Pakai sedikit solekan nipis, wangi-wangi sikit - untuk suami sedap mata memandang. Tebal-tebal sangat nanti takut suami kata kite buang tebiat pulak. Huhu...

Baju, pakailah baju yang sesuai untuk bekerja dari rumah. Sediakan tudung yang senang untuk dipakai. Takut jugak tetiba boss nak buat video call kang, sempat capai tuala jer tutup kepala... hahahah... nampak sememeh jer pulak kan.

Aku kalau kat rumah, kebiasaannya pakai t-shirt je. Senang nak buat kerja-kerja rumah. Tapi bila dah bekerja dari rumah ni, pakailah baju separa formal. Sampai Niesreena tegur, "naper mama pakai baju ni?" Hahhaha.. Fahamlah mama anak-anak... mama tengah bekerja ni... huhu...

Ok... tu tips untuk hari ni...

So, memandangkan enche Neezam dah masak semalam. Hari ni, aku rasa biarlah aku pulak yang masak. Tapi mengelat sikit, pagi-pagi goreng makaroni untuk makan sampai tengahari. Nanti malam baru masak lain. So, takkan ganggu waktu bekerja aku dari 9 pagi sampai 5.30 petang.

Anak-anak dan suami redho dan memahami. Alhamdulillah...

Hari ni setup satu monitor lagi untuk kerja. Sebab kat office dah biasa guna dua monitor, bila guna satu je monitor rasa payahnyer lahai. Alhamdulillah.. produktiviti meningkat sikit hari ni.

Waktu tengahari tadi sempat prepare doh untuk donut. Masukkan semua dalam bread maker jer. Senang. Petang siaplah donut gebu gebas untuk minum petang.

Enche Neezam kata sama-samalah kiter membesar macam donut lepas ni. Huhuhu...

Aku tak tau lah korang, tapi aku dan enche Neezam ni asik keluar masuk dapur jer musim-musim kuarantin ni. Mulut ni asik kerja nak mengunyah jer.

Risau weh. Takut jugak kalau badan naik macam doh donut lepas 31hb nanti. Huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top