♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 27, 2020

Prihatin Rakyat

#pkp #mco #day11

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tersenyum bila dengar nama makcik Kiah kena petik masa PM kita terangkan tentang Pakej Ransangan Ekonomi, Prihatin Rakyat tadi. Comel betul! Siap bagi contoh nak bagi kita paham.

Kayo oo makcik kiah musim-musim PKP ni... bukan tersenyum sikit... senyum meleret... senyum panjang makcik kiah. Huhuhu...

Apapun... alhamdulillah... daripada penerangan PM tadi, enche Neezam sebagai penjawat awam bolehlah dapat RM500. Aku sebagai pekerja sektor swasta, tak der lah dapat apa-apa duit tapi boleh dapat penangguhan bayaran untuk kereta selama 6 bulan. Tu pun dah alhamdulillah...

Taska Neeyaz pun bulan akan datang ni bagi diskaun 50%. Bersyukur sangat. Untuk transport Niesreena dan Naufal, aku ingat bayar jer lah penuh. Bukan banyak pun sebulan. Tu jer sumber pendapatan diorang. Harap dapat membantu diorang sikit-sikit.

Kerja dari rumah ni pun sebenarnya banyak jugak kitorang dapat jimat. Tak payah nak belanja duit minyak, duit tol, duit makan tengahari...

Duit belanja sekolah bebudak tu pun tak payah keluar. Makan pun kat rumah berapa jer. Kalau biasa makan luar banyak jugak belanja. Ni hari-hari masak, lebih banyaklah jimatnya. Lainlah kalau asik nak masak benda bukan-bukan pagi petang siang malam. Memang banyaklah belanja.

Tapi... bil utiliti memang comform mencanak-canak naik laaa... Letrik on 24 jam. Si kecik tu pantang tengok tv tutup. Aku dengan enche Neezam kerja dari rumah. So dua laptop dari jam 9 pagi sampai 6 petang memang on sentiasa. Tu enche Neezam kadang-kadang buat kerja sampai ke pagi. Aircond memang tak berani nak bukaklaaa... redho jer lah pakai kipas. Jimat letrik sikit.

Takut oo nak tunggu bil letrik sampai... huhu...

Thursday, March 26, 2020

Stay at home!

#pkp #mco #day10

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Naufal dan Neeyaz nak pesan ni...

Just stay at home ok! Let's flatten the curve!

Together we fight corona virus!

Wednesday, March 25, 2020

Tempoh PKP Dilanjutkan

#pkp #mco #day9

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

So, tadi dengar berita terkini.

Perintah Kawalan Pergerakkan dilanjutkan sehingga 14hb April. Maksudnya ada 3 minggu lagi kena berkurung kat rumah.

Walaupun rasa terbeban jugak dengan tempoh PKP ni tapi pada masa yang sama aku bersyukur jugak. Sebelum ni aku risau gak. Kalau 1hb April, anak-anak kena pergi sekolah, aku takut diorang terjangkit dari mana-mana. Lebih-lebih lagi bila tengok jumlah kes yang dilaporkan setiap hari semakin meningkat. Memang risau sangat.

Bila dah dilanjutkan ni sedikit sebanyak rasa lega. Anak-anak kita jaga sendiri depan mata. Alhamdulillah...

Aku dengar, tempoh PKP ni akan disambung setiap 2 minggu jika ada peningkatan kes setiap hari. Wallahu a'lam...

Tak sabar rasanya nak tengok pengakhiran cerita ni. Semoga pengakhiran yang baik...

😔😔😔

Tuesday, March 24, 2020

Respect Frontliners

#pkp #mco #day8

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ya Allah... sedih dah sebak sangat dengar luahan hati doktor ni.

Beliau luahkan perasaan sambil menangis. Nampak sangat dah tak terbendung dah rasa penat dan kesal. Penat untuk membantu kiter menangani isu Covid-19 dan kesal dengan sikap segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak sama-sama membantu.

Aku dapat bayangkan betapa takutnya diorang berdepan dengan penyakit merbahaya ni. Nak tolong orang supaya sembuh dan tak terkena pada diri sendiri. Tapi ada orang yang dengan perasaan tak bersalah menyorokkan status sehingga barisan hadapan seperti diorang pun terkena jangkitan.

Diorang ni dah lama berjuang kat hospital tu. Dah berapa lama tak balik berjumpa keluarga. Kalau balik pun, tak boleh nak peluk anak-anak... tak boleh nak peluk pasangan.

Ya Allah... berikanlah kekuatan kepada setiap petugas barisan hadapan. Berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka - anak-anak mereka, pasangan mereka dan ibubapa mereka. Lindungilah mereka dari penyakit merbahaya ni.

Bantulah mereka yang sedang bermati-matian untuk membantu kita. Kita cuma perlu duduk di rumah! Perjuangan kita hanya dengan duduk di rumah! Bukan kena pegang senjata melawan musuh ke hapa. Aku tak faham kenapa susah betul orang nak ikut. Ramai lagi yang dok berlegar, melepak kat luar tu.

Orang-orang yang kena tangkap sebab keluar melepak dengan kawan-kawan, main bola, berkumpul bagai lagi tu... bagi diorang join barisan hadapan kiter. Bagi diorang jadi tukang cuci kat hospital. Biar diorang tengok sendiri susah payah petugas kesihatan ni melawan Covid-19 ni. Biar diorang tahu bila diorang tak boleh balik tengok keluarga sebab takut keluarga berjangkit. Biar diorang rasa pulak!

Kepada petugas barisan hadapan... setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan bagi anda semua. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah swt. Kiorang akan sentiasa mendoakan anda. You are our hero!

Gambar credit to Artortoise.

Monday, March 23, 2020

Bila enche Neezam cuti

#pkp #mco #day7

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Masuk minggu baru #workfromhome.

Alhamdulillah... hari ni dapat fokus banyak dengan kerja. Satunya sebab puasa. So, tak der lah berulang asik nak dapur jer. Dan satu sebab lagi hari ni Negeri Sembilan cuti Israk Mikraj. Enche Neezam tak kerja hari ni. So, urusan rumah semua enche Neezam yang uruskan. Tak dibenarkan work from home. Hahahaha...

Tadi sempat jugak enche Neezam potong rumput kat luar rumah.

Sian... penat wooo potong rumput.

Menjelang petang, enche Neezam sibuk kat dapur pulak sediakan juadah berbuka. Aku lepas 5.30 petang, boleh terlelap pulak. Penat betul rasa.

Kemain enche Neezam masak. Macam berpuasa di bulan Ramadhan. Huhuhu...

Tadi, sambil-sambil tengok 'Touch Your Heart', tetiba enche Neezam hulur semangkuk pengat pisang. Memang touch my heart betul. Senyap-senyap jer dia buat kerja kat dapur.

Alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top