♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, March 16, 2020

Covid-19 - Esok mula #workfromhome

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tak tau nak bagi tajuk apa. Tapi nak cerita pasal Covid-19 lagi.

Hari Sabtu hari tu, terkejut dengar berita pasal Al-Munawwarah Seksyen 27, Shah Alam ada jemaah yang positif Covid-19. Masjid ni memang kawan-kawan sepejabat pergi untuk solat Jumaat, termasuklah pakcik-pakcik keselamatan. Berderau darah bila terdengar pasal berita ni kat TV3.

Aku terus wa superior aku dan dia kata dia pun baru tahu dan akan check dengan office, saper yang ada pergi sembahyang Jumaat kat sana hari Jumaat yang lepas.

Ya Allah... terus rasa tak nak datang kerja sebenarnya tau hari ni. Tapi boss kata nak buat meeting pagi ni untuk work frame untuk work from home, so aku gagahkan diri jugaklah untuk datang office.

Lunch pun aku tapau awal-awal. Takut nak lunch kat luar.

Tapi ada setengah orang ni memang tak skeptikal langsung. Hari Jumaat tu pergi solat Jumaat kat masjid tu tapi tak kesah nak bergaul dengan kitorang kat office ni. Bila kiter bersikap skeptikal, dia anggap kita ni paranoid sangat. Takut sangat.

Well, of course laa aku takut. Aku tak nak aku bawak balik penyakit kat family aku hokay. Bukan takut mati. Ajal maut di tangan tuhan. Aku tahu.Tapi kalau penyakit berjangkit macam ni, kalau kite boleh cuba hindar, maka hindarlah mana yang boleh.

Eeeee... tak paham aku orang macam ni. Tak der common sense!

Kawan sekerja aku yang suspected Covid-19 tu akhirnya test dia keluar baru kejap ni dan alhamdulillah keputusannya negatif. Syukur sangat.

Office aku pun mula mengarahkan semua staf untuk bekerja dari rumah bermula esok sehingga akhir minggu ni.

Alhamdulillah... Bersyukur sangat dapat berkerja dari rumah. Sekurang-kurangnya kiter tahu yang kiter tak terdedah dengan wabak. Insya Allah... Lepas tu berada dengan orang-orang yang sayang, jaga diorang sendiri. Senang hati sikit.

Tapi aku takut aku tukar jadi hijau jer minggu ni. Huhuhu...

No comments :

back to top