♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 8, 2019

The kids are back!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Malam Khamis yang lepas balik ke Segamat untuk sambut birthday Niesreena bersama-sama hari Jumaat hari tu. Hari Sabtu, awal-awal pagi lagi dah bertolak balik semula ke Nilai sebab hari Ahad enche neezam ada larian.

Niesreena dan Naufal pun ikut balik sekali setelah 2 minggu kat kampung. So, dah bisinglah semula rumah.

Semalam dari Segamat, kitorang terus IOI Putrajaya. Enche Neezam collect running kit dia.

So sempatlah pusing-pusing jap kat IOI. Cuci mata jewww...

Then makan kat favorite place kitorang. Sempena harijadi Reena jugak kononnya. Sebab hari tu tak sempat nak bawak makan best-best. Cuma sempat tengok Ejen Ali jer masa birthday Niesreena hari tu. Tu pun sebab Naufal yang nak tengok. Hahaha...

Oooo ayah tok sempat jugak buatkan Reena pulut kuning masa harijadi dia hari tu.

Mengakhiri hari yang panjang ni, kitorang ke Mydin pulak beli barang dapur. Maklumlah... bebudak dah balik. Banyak barang dapur nak kena top up. Sepanjang dua minggu Niesreena dan Naufal tak der kat rumah, aku memang langsung tak masak. Huhuhu... Nampaknya rutin biasa, kena start semula - balik kerja, masuk dapur!

Ini budak, kemain seronok nampak lolipop besar kat Mydin. Terus menonong ambik dan peluk!

Terserlah happy kat muka dak comel ni.

Kemain lagi peluk kan?

Ingat boleh dapat? 😏

So, rumah dah riuh semula dan bersepah semula sebab bebudak dah balik. Huhuhu...

Enche Neezam awal pagi lagi tadi dah pergi Ice Watch run. Sat lagi sampailah rumah tu...

Hari ni tak plan gi memana. Lepak jer kat rumah. Macam-macam benda nak buat. Moh ler mengemas!

No comments :

back to top