♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 17, 2019

Neeyaz problem solving skills

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Permainan kegemaran Neeyaz ialah kenderaan - kereta, truck, kapal terbang, keretapi... semua dia suka. Neeyaz memang jarang sangat nak suka mainan lain.

Satu hari tu aku belikan bendalah warna-warni ni. Langsung dia tak nak main.

Entah macam mana... bila aku main-main benda tu, tetiba benda tu terjatuh dan bersepah, Neeyaz tetiba berminat pulak nak tolong 'kemaskan'.

Tapi dia punya kemas... hmmmm... lamalah...

First time Neeyaz main dan dia memang bersungguh-sungguh nak selesaikan.

Alhamdulillah... yang penting Neeyaz tahu teknik dan cara selesaikan masalah tu. Dia tahu kalau dah masuk semua, maksudnya benda tu dah selesai.

Please ignore kaca mata dan beg tu yer. Huhuhu...

Dalam beg dia tu... penuh pelbagai kenderaan.

Lepas daripada tu, Neeyaz seronok pulak main benda tu. Dan dalam sehari dua ni, Neeyaz dah jadi  semakin laju selesaikan bendalah ni.

Aku rasa baguslah benda ni. Kiter boleh tengok kemahiran anak kita berfikir. Macam mana dia cuba selesaikan masalah dan berapa lama akhirnya dia boleh selesaikan dengan cepat.

Good job, Neeyaz!

No comments :

back to top