♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, November 19, 2018

Short vacay @ Melaka... lagi...

Lagi lagi Melaka... lagi lagi Melaka...

Huhuhu...

Dah tuuuu... Itu je tempat yang senang nak gi... Tak jauh sangat... Tak pening-pening nak stuck dalam jem dan jimat kos perjalanan. Huhuhu...

Aku bukan tak nak pergi ke arah-arah Utara atau Pantai Timur, tapi memikirkan nak drive sampai 4-5 jam... pastu kalau stuck dalam jem lagi... uuuiiii... nanti-nantilah... tunggu cuti panjang.

Kali ni cuma nak cuti hujung minggu jer. Sajer bawak bebudak ni gi bercuti sebelum cuti sekolah. Cuti sekolah nanti semua full! Hotel full, parking full, ayah diorang punya schedule pun full! Sokmo! Ni pun kire kena culik dengan kitorang. Huhuhu...

Kat Melaka macam biasa... kitorang ke hotel favorite Niesreena dan Naufal, Bayou Lagoon Resort. Dah beberapa kali kitorang ke sana tapi kali ni pertama kali kitorang bawak baby Neeyaz ke sini.

Semalam bertolak dari Nilai pukul 10 lebih, kitorang betul-betul sampai Ayer Keroh jam 12 tengahari. Sebelum check-in hotel, kitorang cari tempat makan dulu. Cari-cari kat internet tempat makan asam pedas mana yang best kat Ayer Keroh dan jumpa Asam Pedas Pak Man ni.

Alhamdulillah... masa tiba kat sini orang masih tak ramai lagi.

Ada banyak jenis asam pedas kat sini.

Semalam kitorang try asam pedas ikan sembilang, ikan pari dan telur ikan serta sayur kailan goreng.

Muka lapar. Huhuhu...

Niesreena dan Naufal memang suka asam pedas, terutamanya asam pedas ikan pari. Lebih-lebih lagi kalau wan diorang yang masak, memang makan bertambah-tambah! Nasi banjir!

Overall, asam pedas kat sini sedaplah... tapi tetap tak boleh lawan asam pedas mak aku buat. Huhuhu... Servis kat sini pun ok, makanan cepat sampai, staff terbaik, ramah dan sepanjang kitorang duduk dengan meja kosong tu, beberapa kali staff dia tanya dah order ke belum. Huhuhu...

Habis je makan, kedai dah ramai sangat orang sampaikan tak der meja. Orang bersesak-sesak tunggu meja kosong. So, kitorang pun terus gerak ke Bayou Lagoon Park Resort. Kebetulan memang dekat jer dengan restoran ni.

Lepas check-in... apa lagi... bebudak ni memang tak sabarlah nak masuk Water Park. Lepas solat, terussssssss...

Neeyaz pun punyalah seronok main air. Sama hantu air macam kakak dan abang dia jugak.

Semua slide enche Neezam dan kakak Niesreena bawak baby Neeyaz naik. Neeyaz ok plak tu. Excited betul dia.

Alhamdulillah bilik selesa dan spacious macam biasa.

Bebudak ni boleh mandi dari jam 2 sampai ke 6.30 petang! Memanglah hantu air. Aku yang penat... ajak naik susah sangat. Enche Neezam pun layan jer lah.

Balik bilik masing-masing lapar. So, lepas isya' kitorang gerak gi Serkam. Memang favorite tempat dinner kitorang setiap kali sampai kat Melaka ni.

Kalau ikut selera, macam-macam nak order, tapi takut tak habis plak. So, cukuplah dengan 3 lauk jer - udang butter, ikan 3 rasa dan sambal sotong. Nom noooommm... sedapnya...

Balik ke resort semua orang 'pengsan' - kekenyangan, kepenatan...

Tapi esoknya, celik-celik mata jer terus nak masuk air lagi! Adoiiii! Layan jer lah... Main air puas-puas... sat lagi nak balik...

Yang kecik ni pun boleh tahan.

Macam biasa, check-out pukul 12. Seronoklah kat sini. Niesreena, Naufal dan Neeyaz memang nampak enjoy sangat. Mama pun relaxed. Enche Neezam jer sibuk buat kerja gak. Huhuhu...

Lepas check-out, kitorang singgah kat Rumah Melaka. Dekat jer dengan resort ni. Walaupun dah banyak kali lalu lalang depan dia, tapi tak pernah masuk. So, kali ni ajak enche Neezam masuk, tengok apa yang ada.

Hitam dah budak ni. Hmmmm...

Memang cantik rumah Melaka ni. Rumah Melaka ni kerajaan negeri Melaka bina sebagai pusat promosi produk perkayuan yang dihasilkan oleh orang tempatan.

Sebelum bergerak balik, kitorang sempat ke bandar Melaka naik cruise kat sungai Melaka. Panah lit lit weh... gigih nak bawak baby Neeyaz naik cruise... sekali Neeyaz tidur!

Gigihlah jugak kejut-kejutkan baby Neeyaz. Bagi dia rasa sikit dok atas kapal kan. Alhamdulillah... bila kapal buat u-turn, baby Neeyaz pun bangun. Terkebil-kebil lah jugak dia tengok tetiba atas air. Huhuhu...

Alhamdulillah... walaupun hanya short vacay tapi puaslah jugak jalan dan makan.

Insya Allah cuti sekolah nanti Niesreena dan Naufal kitorang pos balik kampung, macam biasa. Huhuhu... Biar diorang merasa hidup kat kampung (kampunglah sangat) walaupun ayah tok berumah batu kat taman. Huhuhu... Ayah tok pun dah plan rutin harian untuk diorang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top