♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, January 6, 2018

Day 2 | Lai chee kang telur puyuh Ipoh

Korang mesti tau yang Ipoh ni famous dengan lai chee kang. Kat mana-mana tempat pun orang ada jual lai chee kang Ipoh.

Tapi... takkan sama dengan lai chee kang yang betul-betul kat Ipoh! Original lai chee kang Ipoh mesti ada telur puyuh dan biji teratai!

So, misi hari ni nak cari lai chee kang telur puyuh made in Ipoh!

* * * * *

Pagi tadi bukak balkoni, tengok pemandangan indah dengan udara yang nyaman... lengkap dengan bunyi burung hutan yang bersahut-sahutan. Memang pengalaman indah!

Tengok track jogging kat sini... cantiknya... Mesti enche Neezam takkan lepaskan peluang untuk jogging kat sini bila-bila nanti.

On the other side, dari kejauhan nampak puncak gunung dengan lapisan awan tebal.

Subhannallah! Cantiknya kejadian alam. Untung orang-orang kat sini, boleh tengok pemandangan indah ni setiap hari!

Enche Neezam awal-awal lagi dah keluar untuk menjalankan tanggungjawab. Beliau dijemput sebagai pemudahcara program team building untuk kakitangan pejabat Perdana Menteri di JPM.

YB Dato' Nancy Shukri dan suami beliau pun ada.

Enche Neezam kata YB dan suaminya sangat soft spoken dan down-to-earth orangnya.

Enche Neezam selesai kerja lebih kurang jam 1 tengahari. Baru kitorang keluar untuk menjalankan misi mencari lai chee kang telur puyuh. So, kitorang ke tempat yang pernah kitorang datang pada tahun 2013 iaitu kat Taman Kanak-kanak Ipoh.

Alhamdulillah... masih ada lagi tempat ni. Dan alhamdulillah... dapat jugak lai chee kang telur puyuh!

Nyum nyum!

Memang terbaek!

Memang best tau. Siap ada biji teratai.

Menikmati sungguh haiiihhhh!

So, korang kalau nak cari lai chee kang Ipoh terbaek ni, mai lah kat medan selera kat Taman Kanak-kanak Ipoh ni. Boleh waze jer... mesti jumpa.

Misi selesai... kitorang pusing-pusing Ipoh sat sebelum balik semula ke hotel.

Malam ni... Dato' Sri Nancy belanja makan durian!

Hahaha... sadly aku tak dapat nak ikut sebab dak comel ni tidur. Tak sampai hati plak nak kacau tidur dia.

Enche Neezam dok watsapp gambar jer. Katanya macam-macam jenis durian ada... ioi, udang merah, musang king! Sumer ada! Isshhh... I is jeles!

Tapi rezeki... enche Neezam bawak balik satu bekas durian untuk aku. Nyum nyum... memang sedap giler!

Ok... jom rehat... esok kiter explore The Haven plak.

No comments :

back to top