♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, September 24, 2016

Kitchen cabinet... in progress...

Last week table top lama dah siap pecah. Habis berhabuk satu rumah. Beberapa kali sapu, vakum dan mop, baru hilang habuk yang halus-halus.

Semalam dan hari ni, kerja-kerja pemasangan kabinet dapur pula. Cina tu datang buat sorang-sorang jer dua hari ni.

Pemasangan kabinet dapur di bahagian dapur kering 90% jer siap sebab table top tak siap pasang lagi. Insya Allah minggu depan. Sebabnya... bila kabinet sumer dah siap pasang, baru diorang datang ukur lagi untuk table top pula. Bila dah ukur, ambil masa lebih kurang 3/4 hari untuk diorang siapkan.

Orang yang pasang tu tadi advise jangan tanggal dulu cover kabinet tu sehingga table top siap dipasang. Sebab nanti bila pasang table top, akan berhabuk lagi. Payah nak bersihkan nanti.

Manakala di bahagian dapur kering, kabinet dah 100% siap. Alhamdulillah...

Sekarang kerja-kerja pembersihan dan 'pengisian' pula. Masa buat kebinet ni dulu, enche Neezam tanya, "kabinet banyak-banyak ni, banyak ke benda nak isi..."

Hmmmm... pandailah kite nak memenuhkannya... agak-agak kosong lagi... gi lah beli pinggan mangkuk periuk belanga lagi... kasi penuh! Huhuhu...

Alhamdulillah... setakat ni aku sangat berpuas hati dengan material, warna dan kerja pemasangan yang dilakukan. Kemas dan tak nampak cacat cela. Syukur sangat.

Nanti bila dah pasang table top, aku update gambar k. Kalau settle dengan jayanya dan tiptop, aku akan kongsikan nama kedai kabinet dapur ni. Kedai kabinet ni terletak di Nilai dan ada beberapa branch lagi di tempat lain. Layanan pun sangat professional. Nantilah aku kongsikan dalam post akan datang yer...

Mode: Happy!

No comments :

back to top