♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 1, 2016

Nasi Hujan Panas Hadiah Harijadi

Alhamdulillah... semalam berinjak usia aku ke 36 tahun. Syukur kehadrat Allah swt, pada hari ini aku masih dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga yang tercinta.

Semalam, tiada apa-apa sambutan yang istimewa, tiada kek apatah lagi jambangan bungar besar bak tayar kereta. Tiada limosin panjang membawa aku gi makan kat menara tinggi di Kuala Lumpur.

Tetapi ada yang extra istimewa - nasi hujan panas air tangan suami bersempena hari jadi aku untuk juadah berbuka semalam.

Resepi enche Neezam di sini : Nasi Hujan Panas Hadiah Harijadi

Alhamdulillah... sedap sangat!

Thank you enche Neezam... Ni yang buat tambah-tambah sayang ni...

Syukur alhamdulillah... Umur dah 36 tahun.

Terima kasih Allah kerana beri peluang untuk aku bernafas lagi di muka bumi ini, diberikan kesihatan yang baik dan berada disamping insan-insan yang aku cintai, sayangi dan kasihi; suami dan anak-anak, emak abah dan adik-adik, mertua, ipar duai, anak-anak buah, saudara mara serta sahabat handai. Terima kasih korang atas doa dan ucapan!

Rasa bertuah sangat!

Belanja sikit rupa chef in da houz.

Thank you sayang... Love you so much!

Semalam di office pun ada surprise... Terkejut I! Hahahhaha...

Thanks korang... susah payah jer... Sayang korang ketat-ketat!

#happybirthdaytome #36tahun

No comments :

back to top