♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, July 2, 2016

Jom main bunga api!

Malam tadi si Khairuns sibuk main bunga api sementara tunggu solat isya' dan tarawih.

Bunga api tahun lepas sebenarnya, tetiba masa sibuk-sibuk pindah hari tu terjumpa pulak.

Berbanding malam 7 likur tahun lepas, tahun ni kitorang kat rumah sendiri. Tak sempat nak pasang pelita kali ni sebab pelita semua masih berada di rumah lama. Tak sempat nak gi ambik. Sayang betul.

Lepas terawih, enche Neezam ajak pula pusing-pusing kampung sekitar untuk tengok pelita. Inilah rutin tiap-tiap tahun bila malam 7 likur. Seronok tengok pelita rumah orang terutamanya di kawasan-kawasan kampung. Nampak meriah sangat dan feel beraya tu semakin membuak-buak.

Dulu masa kat Melbourne, bila Christmas Eve, kitorang pusing-pusing kat kawasan rumah tengok dekor laman diorang yang berlampu dan bewarna-warni. Ada santa dan rusa-rusa dia... Tapi kat Melbourne tak der salji, sebab December diorang musim panas, so tak jumpalah snowman. Hehehehe...

No comments :

back to top