♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, March 14, 2016

Tandatangan pelan rumah untuk Majlis Perbandaran Sepang

Pagi semalam, lepas breakfast, terus gi ke rumah kitorang. Maksud aku rumah yang nak direnovate kat Sepang nun.

Gi kemas-kemas dan kosongkan ruang yang akan direnovate iaitu ruang tamu sebab atas dia akan dibina sebuah bilik lagi dan jugak kat dapur. Tak lah banyak sangat barang pun. Sebab sebelum ni kitorang buat homestay, Khairuns Homestay D'Bestari. Tapi akhir tahun lepas, tak dapat nak maintain sebab aku dan enche Neezam sangat supper dupper busy. So, tak der masa nak gi uruskan rumah.

Sebenarnya business homestay ni sangat bagus. Tiap-tiap minggu memang ada orang nak sewa lebih-lebih lagi sebab rumah kitorang ni dekat dengan KLIA. So, ramai yang sewa untuk transit atau hantar saudara-mara sebelum diorang terbang. Memang untung. Cuma kekadang tu kerenah orang yang menyewa tu, mostly ada yang elok, alhamdulillah... But sometimes ada yang.... haiiissshhhhh... memang menyesal bagi sewa. Macam-macamlah...

Tapi sekarang ni masa tak mengizinkan. So, terpaksalah berhenti business ni. Lagipun dah nak pindah balik rumah. Tak sabar sangat!

Ok... balik kepada cerita renovation.

Semalam kitorang jumpa dengan Mr Tang, pelukis pelan rumah kitorang. Dia terangkan apa yang dia lukis sumer dan kitorang pun sign kat pelan tu tanda setuju.

Mr Tang akan hantar 5 salinan pelan besar ke Majlis Perbandaran Sepang dan 1 salinan untuk kontraktor dan 1 salinan lagi untuk simpanan aku dan enche Neezam.

Hari tu aku ada bagitau yang kitorang nak tarik rumah sampai tembok belakang. Tapi setelah berbincang dengan Mr Tang semalam, adalah lebih baik tinggalkan 3 kaki kat belakang. Sebab satunya kalau ada orang komplen kitorang akan kena saman. Kalau saman tak per... sebab bila kira-kira kena bayar dalam RM700 jer. Tapi masalahnya, MPSP berhak untuk suruh kita runtuhkan balik banggunan dan bina semula ikut ketetapan. Hmmmm... tu yang tak sanggup tu. So, untuk kebaikan dan tak nak susah hati di masa hadapan, kitorang setuju untuk tinggalkan 3 kaki kat belakang.

Masalahnya rumah kitorang ni, sebab lepas tembok belakang terus rumah orang, tak der jalan untuk kecemasan. Dulu hutan. La ni dah naik rumah. Developer naikkan rumah betul-betul kat belakang rumah kitorang. Ntah hapa-hapa...

Insya Allah... hari Selasa ni baru Mr Tang akan submit pelan ke MPSP. Kalau semua ok, on the spot boleh dapat permit dan bolehlah mulakan kerja-kerja renovation.

Insya Allah...

No comments :

back to top