♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 14, 2014

Day 2 | Legoland! Yey!

Amaran:- Post kali ni tersangat banyak gambar-gambar kami berseronok dan beryahi-yahi!!! Khas untuk mereka yang rajin nak scroll ke bawah sahaja. Tapi kalau tak baca rugi! Hehehe...

Senangnyerrrrrrrrlah Niesreena dan Naufal bangun pagi ni!

Sebab... excited nak ke

Legoland!

Pagi-pagi dah bangun dan bersiap. Turun breakfast dan terus gerak ke Legoland. Dari M Suites ke Legoland mengambil masa lebih kurang 15 minit jer. Kitorang tiba kat depan pintu masuk Legoland tepat-tepat pukul 10 pagi!


Pintu masuk baru dibuka dan kitorang disajikan dengan tarian selamat datang diorang! Menghiburkan!


Alhamdulillah... cuaca tersangatlah okay sepanjang hari. Mendung macam nak hujan. Risau gak... tapi tak turun-turun pun hujan. Bersyukur sangat!

Sampai-sampai jer kitorang ke Technic. Naik roller coaster Project X dulu! Masih tak ramai orang lagi. Sampai-sampai terus naik. Tak beratur pun. Hehehe...



Nampak tak rail dia yang biru kat dalam gambar kat atas tu. Nampak macam kecik... tapi seram gak!

Ehem... kesian kat Naufal. Dah lah excited naik naik, tapi... tak cukup tinggi plak. Tak dapatlah naik.


Maksimum tinggi budak mestilah 110cm. Sikit jer lagi Naufal nak lepas. Strick jugak bebudak yang jaga ni.

Nasib baik Niesreena lepas. Hehehe...


Aku pun tak lepaskan peluang!


Memang best dan seram! Best! Best! Best!

Tapi...

kesian kat Naufal...


Hehehe...

Haruslah melalak!

Tapi sekejap jer. Dapat naik benda kat bawah ni, Naufal happy semula.




Kitorang jugak tak lepaskan peluang ambil bahagian dalam aktiviti yang diorang sediakan kat sini. Sebab lepas ambil bahagian, kitorang akan diberikan peluang untuk lucky draw.




Lepas jawab soalan-soalan mengenai Star Wars kat dalam kertas yang diorang bagi tu, kitorang perlu ke pergi tengok Miniland Star Wars dan kira ada berapa R2-D2 dan C-3PO kat situ.



Kat dalam tu, diorang bagi kitorang tengok short movie Lego dulu. Kelakar citernyer. Dan dalam miniland tu, terdapat miniature yang sama macam dalam movie.




Spotted R2-D2 & C-3PO!

Lepas dapat berikan jawapan dan dapat lengkapkan cop, kitorang diberi peluang untuk buat lucky draw. Kalau dapat lego merah, boleh dapat lego. Tapi kitorang empat-empat dapat lego putih. Dapatlah pin lego jer. Ok lah tuuuuu... Hehehhee...

Kat outdoor miniland ni pun best!


Ada sangat banyak miniature dan icon dalam dan luar negara yang diperbuat daripada blok-blok lego. Yang bestnya... ada kenderaan yang bergerak, bunyi sound effects. Mengagumkan! Niesreena dan Naufal pun suka!





Dan ada baaaaaaaaanyak lagi mainan kat area theme park Legoland ni!




















Kat sini ada 3 jenis roller coaster. Yang first tadi kira paling seramlah... yang Naufal tak boleh naik tu. Lagi 2 Naufal boleh naik. Max height 100cm. Hehehhe... alhamdulillah... Seronoklah Naufal.

Tapi kalau bahagian yang budak-budak tak boleh naik, diorang ada sediakan tempat untuk budak-budak tunggu dan letakkan banyak blok-blok lego kat situ untuk diorang main. Baguskan?!


So, duduklah diam-diam main lego sementara kitorang main yer Naufal.

Makan kat sini agak mahal. Kitorang beli 2 set burger jer habis RM55. Redha jer lah. Nasib baik sedap!


Actually, kat sini boleh bawak bekal makanan sendiri. Aku tengok ramai jer yang bawak bekal. Masa masuk pun diorang tak der check beg bagai macam kat taman tema lain. Bagus kan?!

Actually, kitorang dah budget, nak spend sampai pukul 2 jer kat theme park, lepas pukul 2 nak masuk water park. Tapi bila dah pukul 2, kitorang masih tak cover semua mainan lagi. So, anjakkan ke pukul 3 petang. Pukul 3 pun masih tak habis lagi!

Then pukul 4 petang, kitorang paksa diri ke waterpark jugak!


Kat themepark, almost all kitorang naik lah. Cuma aku ralat tak sempat masuk wayang 4D jer. Rugi betul! Tapi kat waterpak pun ada banyak slides gak nak kena cover.


Gambar kat water park tak der sebab hp semua simpan... takut basah!

Kat waterpark area pun best! Ada banyak jenis slides dan area yang budak-budak dan orang tua boleh main. Memang best!


Seriously, 1 hari memang tak cukup nak cover semua. Patutlah diorang ada jual tiket 2 hari. Tapi of course... mahallah!


The best part is masa kitorang pergi ni orang tak ramai! So, kitorang tunggu turn naik main tu sekejap sangat. Ada yang tak perlu beratur pun. Masuk terus dapat main! Surau kat sini pun besar dan selesa!


Ooooo... dan yang aku perasan, para pekerja kat sini semuanya orang Malaysia! Tak der indon, bangla bagai! Dan diorang semua sangat mesra dengan senyuman dan layanan yang bagus!

Thumbs up!





Niesreena dan Naufal pun dapat bahagian masing-masing!


Aku, macam biasalah, mesti beli fridge magnet. Tambah koleksi! Ehem enche Neezam punyer... lagi best! Niesreena dan Naufal pun jeles. Nanti aku citer kat post akan datang yer... Huhu... Buat masa ni, biarlah rahsia...

Legoland tutup pukul 7. Waktu jugaklah kitorang baru keluar. Pagar dah tutup separuh tapi masih ramai lagi orang kat dalam. Macam tak nak balik!!!

Naufal sampai kat hotel jer terus nak pasang lego dia. Niesreena dapat pencil box lego.




Malam tu kitorang gi makan kat Stulang. Tempat kitorang biasa dating. Sedap makan kat sini!

Niesreena dan Naufal... ehem... pengsan!



Yang pastinya, kitorang memang sangat seronok dan gembira sangat kat Legoland hari ni! Kalau kawan-kawan tanya... "Best tak Legoland?". Aku akan jawab, "Best giler!"

Hehehehe...



No comments :

back to top