♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 18, 2014

Viral | #mh17 #prayforgaza #savepalestine #cdm25 #worldcup2014 #firdausdullah #lola

السلام عليكم

Macam biasa, aku pukul 10 malam dah tidur. Bulan puasa ni, pukul 4 pagi dah bangun untuk sediakan juadah bersahur. Sebelum bangun meninggalkan katil, sempat tengok hp. Hmmmm... ada FB notification. Oooo... kawan tag kat gambar kuih raya.

Then scroll kat wall... MH17?! Apa cer? Naper ramai yang #MH17?!

Ya Allah! Tragedi kapal terbang MAS lagi? Biar betul! Aku dah bangun atau masih tidur lagi ni???

Memang rasa tak percaya dan susah sangat nak percaya. Then aku turun ke ruang tamu dan cepat-cepat bukak Astro Awani. Memang sah! Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine! Dan paling sukar nak percaya lagi bila mengetahui yang kapal terbang malang tu ditembak jatuh!

Ditembak?! Giler! Biar betul!

Ya Allah!

Kesiannya... Kesian pada mangsa. Kesian pada keluarga mangsa. Kesian pada MAS. Kesian pada kerajaan. Kesian pada Malaysia.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. MAS kena hadap lagi insiden besar macam ni. Kes MH370 pun tak sattle lagi.

Al-fatihah pada semua.

Honestly, memang aku dapat banyak info dan update melalui FB. Hari-hari tengok Buletin Utama TV3 tapi info kat FB lagi banyak, cepat dan updated. Tapi banyak jugak citer-citer bohong tersebar kat FB. Ada jer orang yang nak menangguk di air yang keruh. Make it even more worst. Pastu ada plak yang share, tanpa usul periksa - entah sahih, entah tidak. Haiiisssshhhh... So, kalau dapat info dari FB kenalah tengok dulu kesahihannya. Jangan main terima jer then share. Kalau fitnah, tak pasal-pasal dapat dosa...

Sejak akhir-akhir ni banyak betul cerita-cerita viral kat social media. Cerita-cerita sedih dari Gaza hari-hari memenuhi wall FB. Video-video dan gambar-gambar yang sangat menyedihkan dan memilukan hingga rasa tak sanggup nak tengok! ;'(

#prayforGaza #savePalestine

Kesian kat umat Islam di Palestine yang menerima ujian yang sangat besar di dalam bulan yang mulia ni. Aku tak dapat bayangkan kalau duduk kat tempat diorang. Kehilangan orang-orang yang tersayang, rumah dan harta benda. Sangat menyedihkan...

Ramai yang syahid. Semoga mereka menemui kebahagiaan di akhirant dan ditempatkan di syurga kelak...

Tak tahu macam mana nak bantu diorang kat sana. Hanya mampu doakan dan dermakan yang mana boleh jer. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan, perlindungan dan KEMENANGAN pada umat Islam seluruh dunia! Hapuskan yahudi lakhanat. Amin...

Then, tetiba viral budak perempuan #CDM25 mengamuk plak. Ramainya yang share video budak ni. Eeeee... memang pailang sungguh minah ni. Tapi bila pikir-pikir balik - apa yang menyebabkan dia marah sangat? Apa yang sebenarnya terjadi sebelum video tu diambil? Ish... aku tak der lah nak tuduh uncle Sim tu apa-apa kan... Just wondering jer...

Tapi memang 200% salah si Kiki ni bila dia terjah kereta uncle tu then ambil kunci dan stereng lock orang tua tu. Marah sangat tu! Paling tak boleh blah bola dia ketuk plak kereta uncle tu pakai stereng lock tu sampai kemek! Giler! Dah tu ko nak bayar plak ker Kiki oiiii??? Berani betullll...

Tapi memang nasib si Kiki ni tak baik. Dah lah kereta kena langgar. Pastu orang ambik video upload kat FB jadi viral - satu hal. Pastu kena kutuk, kena kecam, kena ugut satu Malaysia - satu hal. Akaun fb dan blog penuh dengan caci maki- satu hal. Akaun fb fake si Kiki kerja kahwin berlambak - satu hal. Kena stalk sampai ke rumah - satu hal! Ish... banyak hal lah! Takutnya jadi Kiki...

Kat Malaysia ni ramai orang sakit jiwa. Orang tak der kena mengena pun nak sebuk masuk campur. Uncle Sim tu relax jer. Orang lain yang lebih-lebih - lebih-lebih 'bagi pahala' kat si Kiki ni. Nasib ko lah Kiki oiii.. jadikanlah pengajaran. Lain kali bertindak pakai otak yer dik...

Sejak sebelum puasa ari tu sebuk dengan FIFA World Cup 2014. Masing-masing update status dengan #worldcup2014 #fifa #brazil2014. Kadang-kadang bangun sahur tu, sempat jugak tengok games, temankan enche Neezam.

Ooooh ye... sebelum bulan puasa ari tu jugak heboh dengan cerita adik Firdaus. Adik OKU yang dijumpai dalam keadaan tak terurus dan kurus kering kat rumahnya kat Nilai. Masa dengar cerita ni kitorang kat Mekah. Terkejut sangat sebab aku kenal kak Lola. Bukanlah kenal sangat, tapi sebab tahun lepas anak kedua dia sama tadika dengan Naufal. So, kekadang jumpa kakak ni bila ada function kat sekolah.

Hmmmm... bila jumpa kakak ni dulu, aku selalu berkata-kata - Mata kakak ni macam ada simpan kesedihan - nampak sedih. Dan dia nampak sabar sangat bila dia dok layan anak kedua dia yang hyperaktif tu. Tak sangka rupanya dia simpan satu rahsia besar. Semoga Allah swt memudahkan urusan kak Lola.

Then pagi ni tentang MH17 dan Gaza diserang lebih dasyat lagi. Hilang cerita CDM25. Kat wall FB berselang seli cerita tragis MH17 dan Gaza. Memang sedih sangat tengok semua video dan gambar-gambar yang dikongsikan. Malang betul nasib mereka yang terlibat dalam kedua-dua insiden ni. :'(

Lepas ni apa pulak lah kan?

Semoga Allah membantu saudara kita di Gaza dan di seluruh dunia. Lindungi mereka dari kekejaman kafir. Dan dipermudahkan segala urusan MH17. Semoga semua jenazah dapat dibawa pulang ke Malaysia dengan mudah dan selamat. Dan semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia, tanah tumpah darah ku...

Semoga apa yang terjadi sejak akhir-akhir ni dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Apa yang kita boleh buat, sekurang-kurangnya doakanlah yang terbaik untuk diorang dan juga diri kita sendiri. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah swt.

Jangan lupa baca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat yang mulia ni.


2 comments :

Montana said...

terima kasih atas perkongsian..Al-fatihah kepada keluarga mangsa..saja mai singgah blogwalking dari blog MiaLiana.Selamat Menyambut ramadhan ke 23 naa..MiaLiana rajin kumpul LINK blogger2 lain.membuatkan kita semua lebih dekat antara satu sama lain... ;-)

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks singgah Montana... Selamat berpuasa.. :)

back to top