♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 26, 2014

Melawat teacher Naufal

Petang semalam, kitorang sempat ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Melawat salah seorang guru taska Naufal yang sedang koma. Kesian aku tengok keadaan dia...

Naufal dan Niesreena pun sayu tengok teacher diorang terbaring tak sedarkan diri atas katil tu. Kata Naufal, "Mama, tu teacher Naufal. Kenapa teacher Minal tidur? Teacher Minal sakit ker?" Naufal dan Niesreena pandang jer pada teacher diorang yang terbaring kaku tu. Nampak kesedihan kat mata diorang. Diorang diam jer...

Anak teacher Minal kata, emaknya tu tak der mengadu sakit ke apa. Cuma pagi Isnin tu, emaknya sakit kepala dan tiba-tiba jatuh dan tak sedarkan diri. Doktor kata emaknya koma mungkin jugak akibat serangan strok.

Buat masa ni teacher masih tak sedarkan diri lagi. Cuma kadang kali bola matanya bergerak-gerak tapi matanya tertutup dan kadang-kala air mata dia mengalir. Kesiannya...

Hari terakhir aku bertemu dengan teacher minggu lepas masa hantar Naufal dan Niesreena ke taska. Dia nampak sihat jer. Tak sangka sekarang boleh terbaring koma macam ni.

Kalau dah kehendak Allah swt, bila-bila masa jer Allah boleh tarik balik apa yang dia beri. Sesungguhnya apa yang kita ada pada hari ni hanyalah pinjaman dariNya...

Kitorang doakan teacher Minal cepat sembuh. Sekurang-kurangnya sedar dan terjaga semula. Amin...

3 comments :

Unknown said...

Salam..sama2la kita doakan teacher minal sembuh spt dlu.. sedih tgk keadaan dia..

Anonymous said...

Salam..sama2la kita doakan teacher minal sembuh spt dlu.. sedih tgk keadaan dia..-mamarayyan-

Juliet Le Sweetheart said...

Ye... sedihkan... harap teacher cepat sembuh...

back to top