♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 2, 2013

Naufal @ Pertandingan Hafazan dan Kuiz Bahasa Arab

Tadika Islam Miftahul Ulum, tempat Naufal belajar memang sangat aktif. Pada awal tahun lepas, tadika buat hari sukan dan sebelum puasa yang lepas, sekolah buat pertandingan bercerita bahasa melayu.

~Permata hari mama dan ayah; Khairunnaufal & Khairunniesreena~

Hari ni, bersempena dengan bulan Ramadhan, tadika menganjurkan program Ihya' Ramadhan dan pertandingan hafazan dan kuiz serta berbuka puasa.

Hari ni, Naufal masuk bertanding dalam pertandingan hafazan dan kuiz bahasa Arab. Alhamdulillah... Naufal dapat nombor 1 lagi kali ni!

Actually, Naufal hafal lain. Kat rumah sibuk hafal surah An-Nas. Menangis-nangis, tersedu sedan menghafal dengan enche Neezam sebab bacaan Naufal yang kurang tepat. Memula kitorang difahamkan yang Naufal kena hafaz surah ni. Tapi alhamdulillah... tak sia-sia nangis bagai, sekarang Naufal dan hafal surah An-Nas dengan baik. Well done, Naufal dan enche Neezam!

Ha... bila hari pertandingan tetiba kena baca surah Al-Fatihah dan maksudnya dalam bahasa Melayu serta kuiz bahasa Arab. Nasib baiklah Naufal memang dah hafal. Lancar!

Jom tengok Naufal dalam video ni...

Siap dengan gaya-gaya lagi. Syukur Alhamdulillah... dan terima kasih sangat pada guru-guru yang mengajar Naufal di tadika.

Dapat nombor 1 lagi! Tak sia-sia mama dan ayah datang bagi sokongan. Hehehe... Naufal memang excited dapat nombor 1. Excited sebab dapat hadiah.

Hari ni juga pihak taska hadiahkan hamper untuk anak-anak taska yang berpuasa penuh. So, Niesreena jugak dapat hadiah; sebab berpuasa penuh. Besar hamper! Niesreena excited giler. Aku dan enche Neezam pun sama. Excited! Alhamdulillah...

Seronoklah memasing dapat hadiah...

So, hari ni kitorang berbuka puasa sekali kat sini bersama guru-guru dan ibubapa pelajar yang lain. Dapat jugaklah berkenalan dengan ibubapa kengkawan Niesreena dan Naufal.

Naufal, belum sempat waktu berbuka, dia dah 'berbuka' dulu. Siap mintak susu; dalam botol! Bila nak minum, malu-malu kucing. Kengkawan dia dah usik-usik "Eeeee... Naufal isap botol susu!" Tau plak Naufal malu. Tapi tetap nak minum susu... Baring atas pangku aku dan nyorok disebalik bag... Huhuhu...

Penatnya hari ni. Tapi alhamdulillah, berbaloi-baloi.

Bersyukur sangat dan seronok sangat tengok pencapaian anak-anak. Apa-apapun, ni semua baru sahaja permulaan. Ada banyaaaaaaaakkkk lagi yang perlu Niesreena dan Naufal tempuh untuk jadi insan yang berjaya, soleh dan solehah. Banyak kerja yang perlu aku dan enche Neezam kena rancang dan buat untuk didik dan bentuk diorang untuk mendapat masa depan yang cemerlang. Insya Allah...

"Ya Allah, kami memohon kepadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh"

No comments :

back to top