♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 12, 2010

Kelas karipap pusing mengejut!

Sebenarnyer, sejak beberapa minggu ni, kitorang sangat bz memenuhi undangan makan tengahari dan makan malam di rumah kengkawan yang dekat dan jauh. Dan malam tadi kitorang dinner ke rumah kak Jumee pulak.

Kak Jumee dah lama mintak aku ajar cara buat karipap pusing, tapi aku tak sempat-sempat nak ajar. Lebih-lebih lagi bila dah dekat-dekat nak balik ni kan, banyak sangat benda yang nak diuruskan.

So, malam tadi, alang-alang dah sampai ke rumah kak Jumee dan mungkin itulah kali terakhir kitorang ke rumah diorang, so, terpaksalah sempat-sempatkan jugak untuk menguli karipap... Tapi, sebelum uli karipap, mestilah makan dulu! Hehehe... kak Jumee 'bayar yuran pengajian' dulu. Hehehhe... Sangat sedap ikan salmon bakar dan kari ayam kak Jumee. Bilalah nak rasa lagi yer, kak? :)

Lepas makan, sessi menguli karipap pun bermula...

Aku belajar buat karipap pusing ni dari mak. Emak aku sangat pandai buat karipap pusing dan karipap pusing emak sangat sedap dan cantik.

Selain kena ada resepi yang betul, nak buat karipap pusing ni kena tahu teknik wat kulit karipap tu. Macam mana kulit karipap tu boleh berlapis-lapis. Haaaa... bab yang itulah aku tak reti nak jelaskan kalau orang mintak aku ajar dalam blog ni. Mintak maaf sangat. Kalau aku tulis tekniknya, mesti korang tak paham. Hehehe... Atau mungkin, nanti boleh buat nota bergambar kan untuk letakkan kat blog ni kan? Kenalah assign photographer sorang untuk tangkap gambar setiap step. Hehehhe...

Niesreena pun tolong buat karipap jugak! Pandai anak mama... :)

Gambar lepas goreng, tak sempat nak snap sebab... tak sempat nak tangkap gambar, pinggan dah licin. Nampak sangat sedap! Hehehe... sangatlah perasan!!!

Apa-apa pun, pada malam tadi, aku telah berjaya menurunkan segala ilmu karipap pusing pada kak Jumee dan Fiza. Semoga diorang boleh manfaatkannya pada masa akan datang. Cewah! Hahahaha...

Untuk resepi karipap pusing, sila klik sini! :)

4 comments :

Jumee Zaila said...

Terima kasih Julie..sebab sudi ajarkan karipap 'berpusing' untuk kak jumee... Lepas ni, i will be miss u lah... Terima kasih jugak sbb ajar kak jumee buat blog..hehehe..

Juliet Le Sweetheart said...

alaaa kak jumee... bak kata orang aussie, "no worries!"
julie lagi banyak terhutang budi dengan kak jumee sekeluarga; masakkan julie asam pedas masa mengidam dulu, ambil kitorang balik dari hospital lepas bersalin naufal dulu, dan banyak lagilah... rindu kat korang nanti. tq for everything!

mak encik | SZ said...

mana gambar cikgu karipap pusing? hehehee

Juliet Le Sweetheart said...

ituuuuuuuuuuuu... yang berbaju hitam putih bagaikan taik cicak itulah cikgunyer... ;p

back to top