♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, June 16, 2009

Princess Lulu

Ada saper-saper pernah tengok drama korea 'Princess Lulu' tak? Aku rasa *kalau tak salah aku lah* drama ni pernah ditayangkan kat ntv7.

Sekarang ni aku tengah layan drama ni online. Dah kat episod 7 daripada 20 episod. Memula rasa citer ni macam best jer... pastu tetiba rasa macam nyampah plak. Sebabnyer, heroin dalam citer ni si Kim Jung Eun ni, suka buat 'muka comel yang tak menjadi'. Huhuhu... paham tak? Actually Kim Jung Eun ni memang cantik pun tapi tak lah comel. Mungkin sebab aku tahu dia ni dah tua berumur so macam tak sesuai jer pengang watak comel macam tu. Aku rasa kalau Song Hye Kyo, heroin 'Autumn in my heart', yang pegang watak ni lebih sesuai. Apa pendapat korang?

Lagi satu sebab aku malas nak teruskan tengok citer ni sebab citer ni very typical korean drama. Jalan citer drama korea yang biasa -- cinta tiga segi. Biasanya sorang heroin, dua orang hero. Pastu si hero berdua ni memang saling mengenali, samada bapak sedara dengan anak buah, kawan baik, adik-beradik, sepupu-sepapat, etc... Dok berebut sorang heroin yang nampak very innocent, cute, tulus mulus, dan kadang-kala nampak lurus tongong... huhuhu... oooppssss sorry gunakan perkataan tu tapi tu lah yang sebenarnyer. Pastu biasanya hero yang lebih tua berumur tu akan berjaya jadi boypren heroin. And they live happily ever after. The end... ;p

Aku tak tau ending 'Princess Lulu' ni cam ner. Tapi setakat dah tengok 7 episod ni macam dah tau jer jalan episod dia yang seterusnyer.

Patutkah aku teruskan tengok citer ni atau stop jer sampai takat ni? Apa pendapat korang?


*juliet le sweetheart : suka drama Korea 'Lovers in Paris'...



3 comments :

syazyati said...

agreed! Better layan citer melayu or cita omputeh.hihi. Lagi satu, citer korean suke meleret-leret..bosan jek!

Juliet Le Sweetheart said...

Hehehe... setuju! pastu asyik gaduh-merajuk-baik-gaduh-merajuk=baik ;p bosan! tapi kalau drama melayu yusuf haslam and co, julie memang tak layan. lagilah meleret. episod sampai beratus-ratus. macam citer drama amerika latin -- beratus-ratus episod!

Siti Mummy Sofia said...

i suka layan citer korea but depends dgn pelakon dia org but my fav is full house ;)
citer yg currently u tgk nie i tak layan cam tak best hehehe... kalau boring2 continue pon apa salah nyer kan :)

back to top