♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, June 7, 2009

Grampian & Sovereign Hill

Hari terakhir! Alhamdulillah, hari tak hujan walaupun cuaca agak mendung. So, pagi-pagi lagi kitorang terus shoot ke destinasi 'The Balconies'. Grampians ni popular dengan pemandangan gunung ganang yang berbatu. 'The Balconies' ni salah satu kawasan pemandangan yang cantik.

Kat Grampians ni jugak ada banyak wallabies yang dibiarkan hidup liar dan bebas. So, selalu sangat nampak wallabies. Masa naik gunung pun ada jugak wallabies liar kat kiri kanan jalan. Masa kat Great Ocean Road hari tu terserempak dengan koala melintas betul-betul depan kereta kitorang. Nasib baik tak terlanggar. :p

Sepanjang perjalanan menaiki gunung tu, nampak kesan bush fire kat kiri kanan jalan. Batang-batang pokok semuanya macam arang, kesan terbakar. Ish... macam manalah masa terbakar hari tu kan? Mesti teruk.

Disebabkan kitorang naik awal pagi, so, kabus sangat tebal. Bila tiba kat atas gunung, kat tempat parking, tak nampak pemandangan bawah gunung. Semuanya diselimuti kabus tebal.

Untuk ke destinasi 'The Balconies' kitorang perlu berjalan merentasi hutan lebih kurang 1km dari tempat parking. Punyalah sejuk dengan kabus yang tebal lagi... Tapi best! Hehehe... bukan senang nak jumpa kabus tebal macam ni. Pemandangan dalam hutan ni pun cantik dan bersih. MIL kata "tak nampak pun bekas minuman ke yang bersepah kan?" Ha ah... memang pun... sebab sangat bersih...

Lebih kurang 20 minit berjalan kitorang pun sampai kat 'The Balconies' yang famous ni. Sebenarnyer 'The Balconies' ni batu jer. Sandstone yang berbentuk macam mulut buaya. Tapi batu ni memang famous.

Memula bila dah sampai, aku rasa sangat hampa. Walaupun nampak batu famous tu, tapi pemandangan kat bawah tak nampak disebabkan kabus yang sangat tebal. Tapi lebih kurang 20 minit dok bergambar kat atas nun, tetiba kat sesetengah tempat kabus menghilang. So, dapatlah tengok pemandangan kat bawah dari atas gunung tu. Caaaaaaaaannnnnnttttiiiiiikkkkk sangat! Tapi dapat tengok sekejap jer. Pastu kabus tebal semula.

Walaupun dapat tengok sekejap jer tapi rasa puas hati jugak! Rezeki kan... Allah kasi gak kesempatan untuk tengok dalam kabus tebal macam tu.

Enche' Neezam pulak ambil kesempatan menjerit sekuat hati. Apa lagi... bergemalah seluruh alam. Hehehhe... Bila lagi nak jerit macam tu ek?

On the way nak turun, terserempak dengan burung kookaburra. Susah tu nak jumpa. Tapi dapat tengok kookaburra liar kat sini. Rezeki... rezeki... Tapi tak sempat nak snap gambar dia. Baru nak dekat, burung tu dah terbang...

Sebelum kitorang meneruskan destinasi, kitorang sempat singgah kat craft market kat Grampians ni. Kebetulan diorang buka hari ni.

Destinasi terakhir kitorang sebelum balik ke Melbourne ialah Sovereign Hill kat Ballarat. Masa nak on the way ke sana, kitorang terserempak dengan satu kawasan ni yang ada banyak sangat kincir angin. Cantik sangat tengok kincir angin dok elok jer beratur kat sepanjang bukit tu. Hmmmmm... nampak tak kat gambar-gambar kat bawah ni?

Kitorang tiba kat Sovereign Hill lebih kurang pukul 1 tengahari. Cuaca agak mendung. Takut jer hujan. Tapi dah alang-alang sampai, kitorang masuk ler jugak.

Sovereign Hill ni pun kitorang pernah sampai dulu. Masa tu Niesreena hampir berusia setahun. Aku rasa tempat ni macam best jer sebab tu kitorang bawak mak ayah ke sini. Tempat ni macam pekan koboi dulu-dulu. Pekerja-pekerja dia pun pakai baju zaman orang dulu-dulu. Tempat ni dulunya adalah kawasan melombong emas. So, banyaklah sejarah pasal emas kat sini.

img id="BLOGGER_PHOTO_ID_5345175713054885298" style="DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 225px; TEXT-ALIGN: center" alt="" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEKwh5k3DyFTj2d4ARhayTE45lxVAWbd_HF-VZODuVpAF6RYmrxotByOvs0-JImaSSmfmLMDWgOyJoz73CjrrBR-4xw4pQZ24eCQeSFYow_uuFWEByDsOw8WbIWLOQr7chTFEMt878tP0/s400/DSC00676.JPG" border="0" />

Kitorang bertolak balik ke Melbourne lebih kurang pukul 5 petang...

Akhirnya tamatlah journey kitorang mengelilingi Victoria selama 3 hari. Bersyukur sangat kerana Allah memudahkan perjalanan kitorang tanpa sebarang masalah. Walaupun sesekali hujan, tapi aku tetap bersyukur sebab dapat menikmati keindahan dan keunikan alam ciptaan Allah. Tak puas! Memang tak puas! Sebab cantik sangat! Kagum sangat! Entah bila boleh gi lagi...

*Lagi gambar kat *juliet le sweetheart's Picasa Web Album

Day 3 - Grampians
Day 3 - Sovereign Hill

*juliet le sweetheart : alhamdulillah... syukur...

No comments :

back to top