♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 1, 2007

Ronda-ronda Melbourne City lagi

Memandangkan hari ni hari minggu, dan cuaca sangat cantik, kitorang keluar ke city *lagi!*. Rancangnyer nak ke St Kilda beach dan Queen Victoria Market. Sajer jer jalan-jalan cuci mata. Neezam plak teringin nak makan mee goreng mamak. Yum yum... So, aper lagi. Janji ler dengan Malaysian yang lain jumpa kat Federation Square. Kebetulan ada acara 'Run For Kids'. So ramai sangat orang kat Federation Square.

Ramai sangat orang yang menyertai larian ni. Yang paling aku kagum, ada ramai jugak yang berlari tu ibu bapa yang jog dengan baby lagi! Sambil jog, sambil tolak baby dalam stroller. Hmmm... tak pernah aku jumpa kat Malaysia. :)

Bila semua kengkawan dah berkumpul kat Federation Square *nasib baik boleh jumpa jugak diorang dalam kesesakkan ramai-ramai macam tu ;p*, kitorangbertolak ke St Kilda beach dengan menaiki tram. St Kilda terletak cuma kira-kira 20 minit perjalanan dengan tram.

Cantik permandangan kat St Kilda ni; pantainya bersih, banyak sangat burung laut, udaranya pun nyamaaaaan jer. Ada satu kawasan untuk mandi-manda, dan satu kawasan lagi macam port. Banyak kapal-kapal mewah lepaking kat sini. Tapi airnya sangat bersih!

Sekejap jer kitorang lepak kat sini sebab semua orang dah lapar. Tak puas! Insya Allah kitorang akan datang lagi ke St Kilda beach ni dan buat pot luck skali! Picnic!

Arrrrr... lapar. Kitorang gi Bismi. Satu lagi kedai mamak kat tengah-tengah bandar Melbourne ni. Pekena nasi beriani dengan teh tarik. Lazat! Neezam nak makan mee goreng mamak tapi tak dapat sebab makanan bergoreng hanya selepas pukul 5. Cian Neezam... Tak per... Lain kali kiter datang lagi k cayang!

Next destination ke Queen Victoria market plak. Tak jauh daripada Bismi tadi. Queen Vic market ni ala-ala uptown kat Damansara la. Banyak jual souvenir. Barangan yang dijual kat sini murah-murah.

Destinasi terakhir kitorang ialah ke Docklands. Kitorang pernah 'dibawa' ke sini suatu masa dahulu. Hehehehhe... So kali ni kitorang 'membawa' Kak Diana pulak. Dockland ni macam port lah. Banyak kapal-kapal persendirian yang parking kat sini. Kebetulan jugak ada match yang baru habis kat Telstra Dome. So, ramai sangat orang!

Memang penat giler jalan hari ni. Habis pusing satu Melbourne! Tapi seronoklah... :)

No comments :

back to top