♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, September 24, 2018

Niesreena UPSR

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni, Niesreena akan menduduki peperiksaan UPSR.

Semoga Niesreena tenang semasa menjawab soalan. Mama dan ayah tahu Niesreena dah berusaha bersungguh-sungguh. Mama dan ayah sentiasa mendoakan kemudahan, ketenangan dan kejayaan buat Khairunniesreena.

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah.
Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bil khair.
Ameen...

Doa untuk semua anak-anak yang menduduki #UPSR hari ini.

Best of luck! 💪🏻💪🏻💪🏻

Saturday, September 22, 2018

Mat & Minah Skema

Artikel enche Neezam di akhbar Harian Metro hari ni disisipan Minda. 'Mat & Minah Skema'. Apa cer? Kenalah dapatkan Harian Metro hari ni...

Sunday, September 16, 2018

Neeyaz makan jajan!

Aiyok! Budak sorang ni dah makan jajan!

Kakak lah ni... Pandai pulak dia mintak sebab tengok Niesreena makan. Pastu mintak lagi dan lagi... pastu terus ambik satu!

Nampak menikmati sangat kan!

Habislah... ayah dah marah mama bagi Neeyaz makan jajan. Alaaa... biskut jagung dengan coklat jer... huhuhu... okay okay... tak bagi lagi!

Nak bagi mama jugak...

Nampak dah besar dah baby Khairunneeyaz. Jangan membesar cepat sangat boleh tak, sayang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top