♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, June 4, 2019

Segamat musim durian!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Eh... rasanya bukan Segamat jer musim durian. Satu Malaysia musim durian kan?

Tapi korang tau tak? Segamat memang famous dengan durian Segamat dan durian Segamat memang terrrrbaekkkkk!!!

Pagi tadi enche Neezam dan fil awal-awal pagi lagi dah hilang ke kebun durian kenalan fil. Geram jer tengok gambar durian yang enche Neezam kongsi. Memang banyak bergantung atas pokok. Bestnya!!! Aku tak pernah gi kebun durian. Tak sangka pulak kebun durian bersih macam ni. Aku bayangkan macam hutan... Huhuhu...

Bestnyer. Sebakul durian ayah bawak balik tadi.

Antara orang yang exited tengok buah durian... tentulah si Neeyaz ni!

Mulut dia asik "nak doyan.... nak doyan" selagi tak dikopek!

Bau durian ni.... Adoiiii... dah lah tengah puasa ni... tergugat betul!

Dua-dua ni memang hantu durian dan dua-dua ni memang tak posa. Saboooorrr je lah!

Tiba-tiba rasa lambat pulak waktu berbuka hari ni. Huhuhu...

Sunday, June 2, 2019

Eh... bunga api!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ada apa dalam beg tu Naufal?

Eh?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Bila masanyalah gi borong bunga api ni?

Ni mesti projek dengan ayah dia lah ni.

Saturday, June 1, 2019

Aidilfitri Bukan Bunga Api

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Raya tinggal beberapa hari sajer lagi nih. Artikel enche Neezam yang disiarkan hari ni pun menyentuh pasal raya. Macam biasa artikel enche Neezam disiarkan di akhbar Harian Metro sisipan Minda. Artikel penuh seperti di bawah.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

Aidilfitri Bukan Bunga Api

Menyorot daripada perspektif Islam, hari raya merupakan salah satu syiar Islam yang agung. Hari raya disyariatkan bagi memenuhi dan menyempurnakan fitrah keperluan jiwa dan fizikal umat Islam sebagai manusia. Begitulah sambutan hari raya di dalam Islam, yang dikaitkan dengan hari bahagia dan gembira yang secara umumnya diraikan dengan kaedah dan tatacara yang sesuai dengan syariat. Maka sebab itu, pada kedua-kedua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, umat Islam diharamkan daripada berpuasa. Diriwayatkan bahawa satu ketika, apabila Rasulullah SAW mengetahui adanya nyanyian yang dinyanyikan dua orang kanak-kanak perempuan, Baginda tidak melarangnya. Sebaliknya, Baginda membenarkannya. Bahkan, ketika mendengar Saidina Abu Bakar RA hendak melarangnya, Baginda pun bersabda, “Biarkanlah mereka.” (Hadis riwayat Bukhari). Semua umat Islam tidak mengira darjat, keturunan, pangkat mahu pun usia berhak meraikan kejayaan melaksanakan tanggungjawab berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan, termasuklah golongan kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak yang berlatih berpuasa dalam bulan Ramadhan, hari raya adalah kemuncak kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan ibadah yang menjadi salah satu tunjang Rukun Islam ini. Ditambah lagi budaya menyambut hari raya di Malaysia ini yang cukup meriah, menyemarakkan lagi perasaan gembira di hati kanak-kanak. Di hari rayalah mereka akan berpeluang memakai baju serba baharu, makan pelbagai juadah istimewa seperti ketupat, lemang, rendang, dan kuih raya, mengutip ‘angpau’ berisi wang pelbagai warna, mengikuti keluarga menziarahi rumah sanak saudara dan sahabat handai, dan menonton rancangan hari raya yang pelbagai di media massa.

Tidak ada salah dan silapnya untuk kanak-kanak merasai keseronokan sebegini sepanjang sambutan hari raya. Rasulullah SAW sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik berkata: “Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” Namun, anak-anak ini perlu dibimbing dan difahamkan akan konsep ‘wasatiyyah’ atau kesederhanaan menyambut hari raya mengikut lunas-lunas Islam.

Selama sebelas bulan manusia bergelumang dengan tuntutan keduniaan dan kehendak nafsu, selama itu jualah fitrah asal manusia dicemari dan dirosakkan. Maka dengan izin Allah, manusia dikurniakan ruang terbaik dalam bulan Ramadhan untuk berpuasa dan melaksanakan amal ibadah yang dapat menguatkan dan menyucikan semula fitrahnya. Daripada perspektif Islam, sambutan Aidilfitri bermaksud hari yang disambut sebagai tanda kejayaan dalam mengembalikan fitrah seseorang hamba Allah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.

Dalam hal mendidik kanak-kanak menyambut kejayaan mengembalikan fitrah yang suci di hari raya ini, ia tidak sepatutnya disulamkan dengan unsur-unsur negatif. Misalnya boros berbelanja untuk kelengkapan rumah dan pakaian, terlalu leka menonton rancangan hiburan di televisyen, melayari media sosial atau permainan atas talian yang melekakan, makan terlalu banyak dan membazir, lalai melaksanakan solat, bermain mercun dan sebagainya.

Kanak-kanak perlu diasuh untuk meneruskan kesinambungan amal ibadah tidak kira yang bersifat khusus atau umum yang dilaksanakan semasa bulan Ramadhan pada bulan-bulan yang berikutnya. Ibadat khusus seperti berpuasa boleh diteruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan puasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis. Begitu juga dengan meneruskan amalan Qiamullail yang telah diakui kelebihan dan faedahnya daripada pandangan Islam dan perspektif sains. Bertandang ke masjid atau surau untuk solat berjemaah juga perlu digalakkan. Ajarkanlah juga kanak-kanak untuk memperbanyakkan amalan membaca al-Quran dan memahami maksudnya, berzikir dan berdoa kepada-Nya. Amalan khusus seperti ini berupaya membentuk jiwa kanak-kanak yang ikhlas untuk beribadah dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dengan izin-Nya.

Amalan-amalan mulia seperti menyertai marhaban atau di sesetengah komuniti dipanggil ‘baraan’, menghadiri majlis ilmu, berjimat cermat dalam berbelanja, bersedekah, bantu-membantu orang yang tidak berkemampuan, berziarah, hormat kepada orang tua dan sebagainya adalah ibadah umum yang perlu disuburkan dalam diri kanak-kanak. Tujuannya supaya mereka faham akan konsep ‘amar makruf, nahi mungkar’ iaitu memperbanyakkan amalan yang mulia dan meninggalkan perbuatan yang dilarang.

Teguhnya peribadi mulia kanak-kanak yang dibentuk sepanjang bulan Ramadhan tidak akan bermakna jika kita sebagai ibu bapa atau penjaga tidak turut sama menunjukkan contoh yang baik sebagai ikutan mereka. Bersederhanalah dalam menyambut bulan Ramadhan bersama anak-anak. Wujudkanlah suatu anjakan paradigma yang bertunjangkan syariat Islam semasa menyambut hari lebaran yang akan mendatang ini. Resmi ketam yang mengajar anaknya berjalan betul mesti dibuang jauh-jauh untuk merealisasikan pembentukan jiwa dan minda anak-anak yang mulia dan soleh. Didikan yang tepat akan dapat mengubah tanggapan anak-anak yang selama ini membudayakan hari lebaran dengan duit raya, mercun dan bunga api kepada rasa syukur ke hadrat Ilahi dan menggandakan amal ibadah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top