♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 7, 2018

Appreciation lunch @ Aoki Tei

Alhamdulillah... rezeki... sedapnya lunch hari ni...

Huhuhuhu...

Ni yang best kalau jadi part of events committee. Dah penat-penat kerah idea dan tenaga, pastu boss belanja lunch as appreciation.

Tengahari tadi kitorang di bawa ke Aoki Tei kat Puchong ni. Restoran Jepun ala cart buffet. Aku memang tak pernah pergilah sebab harga sekepala pun dah RM68++. Ooooo memang tak lah... Tapi alhamdulillah kali ni boss belanja. Yey!

Aku memang suka jugak makanan Jepun. Soooo memang heaven lah. All you can eat!

Fresh sashimi platter. Memang fresh. Of course salmon is a must! Dan sotong tu sedap!

> Grill fish ni memang seriously sedap dan mesti cuba! Yes, wajib!

Macam-macam jenis tempura ada kat sini - udang, ikan, sayur-sayuran...

Sushi is a must!

Stim egg and mushroom sedap walaupun simple.

Dessert of course... ice cream!

Bermacam-macam lagi menu yang ada kat sini. Selain makanan laut, ada juga daging dan ayam. Tapi hari ni aku makan fully seafood and veggie sahaja.

Nampak tak muka happy kat situ sebab makan sedap... huhuhu...

Thank you boss for the lovely treat. Ni yang rasa rajin nak join committee tiap kali ada events ni. Huhuhuhu...

Thursday, December 6, 2018

❤ Happy 12th Birthday, my baby girl, Niesreena ❤

Dear Niesreena,

Happy 12th Birthday!

Mama & Ayah are always love you.

You make us happy since the day we know you are coming.

2006, masa ni mama dah sarat pregnantkan Niesreena. Nampak tak mama happy tu walaupun mama selekeh. Huhuhu...

The day you were born. You are so comel!

1 month old.

2 months old. Tengoklah mata yang bulat tu... comel betul!

6 months old. Masa ni mama dan ayah dah bawa Niesreena ke Melbourne. Kite bertiga jer kat sana. Sedih sebab jauh dari family tapi happy sebab ada Niesreena.

1 year old.

14 months old. Apple of our eyes.

2 years old. Cheeky sangat! Sentiasa menghiburkan dan mengambil hati ayah dan mama.

3 years old. Niesreena dah jadi kakak bila ada Naufal.

4 years old. Cute and even cuter!

5 years old. Always be a protecting sister to Naufal until now...

6 years old.

7 years old.

8 years old.

9 years old.

10 years old.

11 years old. You are getting bigger, taller and smarter.

12 years old.

Walaupun Reena dah menginjak ke usia 12 tahun, walau Reena ada adik-adik, walau sejauh mana pun Reena pergi, you will always be my sweet little baby girl.

Mama akan sentiasa mendoakan Reena dalam setiap doa mama. Semoga Reena membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan taat kepada jalan Allah swt, taat kepada ayah dan mama, menjadi contoh dan pelindung buat your little brothers dan berjaya dunia dan akhirat.

Ameen...

Mama & ayah will always love you forever and ever.

Happy birthday!

Next week nanti kita jumpa dan celebrate sesama k.

Wednesday, December 5, 2018

Saper yang shopping nih???

Bila bukak lazada apps kat handphone, tetiba nampak list macam ni...

Haaaiiiii... ni tak lain tak bukan...

Khairunnaufal lah ni...

Kemain window shopping anak bujang den.

Nasib baik dia tak pandai membeli jer. Huhuhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top