♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, December 12, 2017

Lascia mangiare cibo Italiano a #ElBoney

Paham tak tajuk?

Kemain speaking Itali tau... huhuhu...

Ok! Malam ni nak buat review sikit restoran ala Itali yang kitorang try baru sat tadi. Actually, tempat ni kawan enche Neezam yang dok suggest. So, kitorang trylah... Dah diorang guna #wajibcuba. Huhuhu...

Kedai ni namanya
El Boney

Menu masakannya ala Itali. Of course ada pelbagai jenis pasta dan steak. Pizza... aku rasa macam tak der kot. Tapi kalau korang peminat cheese, bolehlah try makan kat sini. Macam-macam masakan bercheese yang ada kat sini.

Bila sampai jer pinggan makan depan mata... uiiisshhh... cantiknya!

Malam ni, as suggested by staff diorang, aku try beef quattro formaggi.

Cantikkan?!

Rasa sayang pulak nak makan. Huhuhu...

Yang bestnya, steak ni tak der dihidangkan dengan sos black paper atau sos cendawan tapi dengan beberapa jenis keju. Sos yang cantik macam daun tu, bukan cili sos atau mustard tau, tapi sos yang diorang buat sendiri.

Enche Neezam plak cuba lamb chili pesto, kalau tak salah.

Memang pedas. Chef kata, kalau nak pedas lagi pun boleh. Order jer.

Huhuhu...

Kat sini ada 22 jenis sos yang diorang buat sendiri tak termasuk dressing. Dressing ada 4 jenis... kalau tak salah aku lah...

Memang kagum! Lebih-lebih lagi hasil tangan anak-anak melayu.

Bravo!

Seriously... memang sedap!

Ada banyak lagi menu menarik nak kena cuba kat sini.

Dekorasi kedai pun ala simple and sweet gitu.

Selain daripada makanannya yang sedap dan cantik mata memandang, aku dan enche Neezam pun 'berkenan' dengan staf yang sangat friendly, sopan dan sangat berbudi bahasa.

Seriously berbudi bahasa!

Bukan cakap dengan customer jer elok tapi cakap sesama diorang pun elok-elok jer.

Jarang aku dengar budak-budak muda macam diorang, cakap elok-elok sesama diorang. Dalam aku makan tadi, aku dengar diorang mintak tolong, siap gunakan perkataan 'tolong' dan 'terima kasih'. Nak nangis dengar... huhuhu...

Ok! Korang kalau nak makan western, cubalah mai kat El Boney ni. Terletak kat Kota Warisan, Sepang. Dekat-dekat dengan stesen ERL.

Untuk maklumat lebih lanjut, cubalah intai-intai fb diorang di
https://www.facebook.com/elboneykotawarisan/

Monday, December 11, 2017

Baru 12 tahun...

A day well spent today. Thanks husband for your lovely treats...

Gi makan tempat favorite dan tengok wayang, without children. Then dapat hadiah.

Yup! Classic!

Huhuhu...

Before end of the day... nak belanja gambar #throwback masa bertunang dulu; 11/12/2004.

Tepat setahun lepas tu, 11/12/2005, kitorang nikah.

Hari ni genap 12 tahun... Alhamdulillah...

Nampak tak kat gambar tu, kemain tersenyum lebar enche Neezam. Nampak sangat seronok giler dapat bertunang dengan aku. Ngeeeeee.... huhuhu...

Yup! Baru 12 tahun...

Qte

12 tahun bersama atas nama suami dan isteri.
12 tahun bersama melakar corak hidup berwarna-warni.
12 tahun bersama susah senang bersama diharungi.
12 tahun bersama terus diraih rahmat Ilahi.
~ enche Neezam ~

UnQte

Terima kasih suami atas 12 tahun yang sangat bermakna ni. Semoga kita dapat menempuhi hari-hari yang mendatang bersama-sama sehingga ke Syurga. Insya Allah...

Sunday, December 10, 2017

Hadiah birthday Niesreena

Niesreena baru tiba dari kampung semalam. Terus tuntut hadiah birthday dia.

Sukalah dia dapat hadiah.

So glad that she ❤️ it so much!

#khairunniesreena #turns11 #061217🌸

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top