♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 3, 2017

A day with big sista & big brada!

السلام عليكم

Salam Jumaat!

Hari ni aku cuti. Jadi surirumah sepenuh masa kejap.

Dari pagi, celik-celik mata jer uruskan anak-anak. Bila diorang dah ke sekolah, nak uruskan kain baju pulak! Esok kitorang nak berjalan. So, hari ni aku memang plan cuti sebab nak uruskan macam-macam. Salah satunya ialah packing baju!

Macam biasa, aku bertanggungjawab untuk pack baju all 3 of my little Khairuns. Kalau nak ikutkan, Niesreena dan Naufal boleh jer pack sendiri. Tapi diorang tak tau, aku dan enche Neezam buat surprise trip untuk diorang. Niesreena dan Naufal ingat kitorang nak balik kampung. Tapi sebenarnya... waaaayy heading south. Esok aku citer.

y(^^)y

So, berbalik pada cerita hari ni. Pagi sebelum diorang balik dari sekolah, aku uruskan packing baju diorang. Then mengemas rumah apa yang patut. Lunch, aku buat sushi jer. Senang!

Tengahari, bila Niesreena dan Naufal dah balik dari sekolah. Tunggu Naufal balik dari solat Jumaat, aku pun keluar bawak diorang ke Mesa Mall. Seronok Niesreena dan Naufal. Diorang suruh ambik baby Neeyaz kat taska. Tapi aku tak nak. Huhuhu... Biarlah kiter relax-relax jalan bertiga jer k!


So, misi hari ni sebenarnya... nak buat cermin mata baru untuk Niesreena.

Seronok Niesreena dapat cermin mata baru.

Dan Naufal, bawak gi gunting rambut. Biar nampak hensem sikit berjalan esok. Huhuhu...

Penat.

Apa-apapun, a day well spent with Niesreena dan Naufal.

Tuesday, October 31, 2017

Tanggungjawab Berdakwah di Tempat Kerja

Artikel enche Neezam hari ni.

Seperti biasa di akhbar Harian Metro sisipan Minda.

Untuk bacaan penuh, boleh klik pada gambar atau ke link bawah ni.

https://www.pressreader.com/

Monday, October 30, 2017

Congrats my adik-adik on your convocation!

Musim konvo sekarang.

Alhamdulillah... kali ni dua adik-adik ipar yang berkonvo. Kebetulan jugak dua-dua kat UKM.

Congrats Dr Jahara for you PhD convocation.

Dan congrats jugak untuk Eera! Akhirnya segulung Ijazah dalam genggaman!

Alhamdulillah... tahniah!

Kedua-dua konvo adik-adik ipar aku ni, aku tak dapat pergi.

Last gi konvo pun masa konvo enche Neezam kat La Trobe. Bila ek? Empat tahun lepas ke?

Lepas ni konvo saper plak yer? Semua dah habis belajar dah ni...

Tunggu konvo Niesreena dan Naufal pulak yer.

Ke konvokesyen baby Neeyaz kat taska yang akan menyusul dulu?

Huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top