♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, July 19, 2018

Childproofing | Dah kena kunci laci!

Ini budak comel, sukaaaaa sangat buka laci. Terkejut aku bila dia berjalan dengan gelas  kaca! Huhuhu... Ingatkan saperlah yang bagi kat dia. Rupanya, baby Neeyaz dah pandai buka laci sendiri!

Seram!

Aku apa lagi... terus ajak enche Neezam gi Mr DIY. Cari bendalah ni.

Tampal dan selamat

Dah tak boleh buka! Hehe...

Geram jer baby Neeyaz dengan benda ni. Tak per lah... Janji mama lega...

Biasalah... rumah kalau ada budak kecik memang kena banyak buat childproofing. Kat bucu-bucu meja, bucu tangga pun kena letak plastik. Nasib baik senang dapat kat Mr DIY jer. Tapi Neeyaz selalu tarik bucu-bucu plastik tu. Terpaksalah aku lekat guna gam UHU!

Lain-lain idea childproofing, boleh klik kat sini: -

Juliet le Sweetheart's Blog | Childproofing Idea

Sunday, July 15, 2018

Lepak hujung minggu @ Kinrara Resort

Hujung minggu ni nak lepak kat Kinrara.... Lepaklah sangat kan... Huhuhu... Ikut ayah gi kerja sebenarnya.

On the way ke Kinrara, boleh pulak tayar pancit. Dugaan sungguh. Ni first time aku berhenti tepi highway. Sian enche Neezam. Berpeluh-peluh ganti tayar.

Alhamdulillah... dugaan kecil dan dipermudahkan.

Sampai hotel, bilik depan pool. Macam biasa... bebudak ni memang pantang tengok pool, terus nak terjun. Yang si kecik tu pun sama. Geram jer dia tengok kakak dan abang dah masuk pool.

Petang sikit, baru bawak baby Neeyaz.

Memang puaslah bebudak ni berenang tiga hari ni.

Memang happy sangat kalau dapat mandi pool.

Tiap-tiap petang bawak baby Neeyaz jalan-jalan sementara tunggu ayah bawak baby mandi pool.

Alhamdulillah... relax rasa. Spent masa betul-betul untuk anak-anak jer. Makan semua dah tersedia. Best kan kalau tiap-tiap hari macam ni. Huhuhu...

Balik rumah... aiyoooo... dobi time!

Saturday, July 14, 2018

Dah muhasabah diri?

Artikel kedua enche Neezam selepas raya ni.

Untuk artikel penuh, boleh baca di sini: -

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180714/282905206327575

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top