♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, November 12, 2019

Kemas rumah... siap!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tiap-tiap malam, terutamanya dihujung-hujung minggu ni, rasa lega nak tidur bila memikirkan rumah dah kemas, dapur dah bersih, lantai dah mop, kain baju dah siap berlipat - tak berlonggok atas katil bilik tetamu, mainan Neeyaz dan Naufal semua dah masuk toy box memasing, buku-buku dah masuk rak atau beg, baju sekolah budak dah siap gosok - thanks kakak Niesreena!

Hujung minggu memang sangat memenatkan. Macam-macam nak kena settle dan pada masa yang sama kena bagi masa dan perhatian jugak untuk suami dan anak-anak. Kalau dok rumah, kemas, sepah, kemas, sepah... tu je lah kerjanya.

Dua hari cuti memang rasa sekejap dan memenatkan 😭😭😭

Ada orang kata, tak payahlah kemas sangat. Kejap je bersepah balik. Huhu... Kalau macam tu, sampai bebila pun takkan kemas.

Alhamdulillah... anak-anak memang selalu diajar untuk mengemas. So, tak der masalah nak rumah kemas setiap masa. Tapi kekadang depa leka jugak. Bersepah jugak mainan dan buku-buku di tempat yang tak sepatutnya. Terpaksalah mama dan ayah berleter. Bising sebab nak didik diorang jadi anak-anak yang kemas dan berdisiplin... Harap-harap diorang faham...

Dekat pukul 12 dah. Badan penat, mata ngantuk...

Esok kerja. Boleh relax sikit, tapi stress lain pulak 😅 Huhu...

Saturday, October 19, 2019

My other half of Khairuns & Khaireenas

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni sepupu-sepupu #mykhairunns datang melawat. Dah lama tak jumpa bebudak ni. Sesekali berjumpa, memang gamatlah...

Anak cucu cikgu Mohd Noor dan cikgu Zaliha ni unik sikit. Nama anak-anak dan cucu-cucu semua bermula dengan Khairun dan Khaireena. Lelaki semua bermula dengan Khairun dan perempuan bermula dengan Khaireena. Niesreena jer unik sikit, sebab cucu sulungkan... Nama dia bermula dengan Khairun, bukan Khaireena walaupun perempuan. tapi dalam nama dia tetap ada Reena. Haaa... giler kuasa gitew.

Friday, October 18, 2019

Baju baru dari Cikenis

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Terima kasih Cikenis!

Neeyaz posing sikit untuk tatapan... huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top