♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 11, 2017

Tips | 10 benda yang perlu anda sediakan untuk bawa baby anda berenang

Aiseh tajuk... Macam artikel penting sangat kan...

Aku tetiba nak kongsi post ni setelah beberapa orang kawan yang tanya soalan yang sama memandangkan aku dah beberapa kali bawa baby Neeyaz gi berenang - di pantai dan kolam renang.

Apa yang kita perlu sediakan untuk bawa baby pergi berenang; samada berenang di kolam atau pantai. Dan tips bawa baby masuk kolam buat pertama kali.

So... ini list saya, berdasarkan pengalaman.

(1) Baju berenang yang selesa

Kalau boleh dapatkanlah baju renang untuk anak-anak anda. Sebab diorang akan lebih selesa berenang atau berada di dalam air dan bila diorang selesai berenang, baju akan lebih cepat kering dan tak meresap air terlalu banyak. Kalau mandi di pantai, baju berenang ni senang dibersihkan bila terlekat dengan pasir. Mak-mak pun tak stress bila nak basuh baju.

Baju renang kanak-kanak ni korang boleh dapatkan dengan mudah dan pelbagai range harga. Nak murah sikit boleh cari kat Mydin dan Mr. DIY! Kalau nak mahal sikit boleh cari kat AEON atau kedai peralatan sukan. Branded sikit dan lebih berkualiti tapi boleh tahan mahal.

Baju renang Naufal aku beli kat Mydin... murah jer. Niesreena punyer kat AEON... mahal sikit jenama Ogival. Kualiti wise memang beza tapi yang murah pun still ok. Kalau baju renang muslimah lebih mahal. Mungkin sebab siap dengan tudung.

Baju renang baby Neeyaz aku dapat kat sebuah booth yang menjual pakaian baby kat Giant. Harga cuma RM10 sepasang untuk kedua-dua pasang baju renang baby Neeyaz. Murah kan? Alhamdulillah...

(2) Lampin berenang / lampin kalis air

Untuk tujuan kebersihan, dapatkanlah baby korang lampin berenang atau lampin kalis air. Dengan lampin khas ni, nanti lampin tu tak der lah menyerap air yang akan menyebabkan baby berasa kurang selesa sebab kena tampung lampin yang berat. Pada masa yang sama ia jaga kebersihan kolam kalau tetiba baby ter💩💩💩.

Nanti marah pulak pengguna kolam yang lain. Huhuhu...

Kalau korang gi waterpark Legoland, tak perlu cari lampin berenang. Baby perlu bayar RM11 as entrance fee dan diorang akan bagi 2 keping pampers berenang.

Kalau kat luar, harga lampin berenang ni agak mahal dan susah jugak nak cari sebenarnya. Jarang ada dijual di supermarket. Tapi boleh dapatkan kat lazada.

Selain lampin berenang, aku suggest korang cari seluar kalis air. Lebih selesa dan ringan. Aku beli RM15 sehelai kat lazada. Lepas pakai boleh cuci dan pakai semula next time.

(3) Krim pelindung matahari

Ya. Krim pelindung matahari jangan lupa. Penting ni!

Biasanya aku akan pakaikan kat diorang masa dalam bilik lagi. Tak boleh tunggu tepi pool baru nak pakai, sebab biasanya Niesreena dan Naufal memang tak sabar bila dah nampak pool depan mata. Terus terjun pool. Bila dah mandi nanti habis sunburn semua. Haaiiissshhhh...

Ada banyak jenis krim pelindung matahari ni, dari spf 30 ke 50. Kalau nak berjemur lama bawah matahari ni, pakailah yang spf tinggi sikit.

(4) Pelampung

Banyak jenis pelampung untuk baby. Dari life jacket, pelampung lengan ke neck float ring. Sediakanlah pelampung mengikut keselesaan anak-anak korang. Pastikan saiz yang tepat untuk keselamatan anak-anak.

(5) Tuala besar dan tebal

Tuala ni, kalau bawak gi pool atau tepi pantai, ada banyak kegunaan dia. Selain digunakan sebagai selimut, boleh jugak digunakan sebagai bantal dan payung. Huhuhu... Tapi biasanya, bebudak ni bila dah mandi, bila diorang keluar dari pool, mesti sejuk dan nak berselimut. So, sediakanlah tuala besar dan tebal untuk diorang panaskan badan.

(6) Topi

Topi sebagai pelindung panas matahari. Penting, bukan sahaja untuk anak-anak tapi jugak untuk mak-mak. Huhuhu... Aku memang pantang kulit terbakar. Tak suka kalau ada line antara pipi dan bahagian pipi yang terlindung dek tudung. Huhuhu...

(7) Susu dan snack/makanan baby

Biasanya baby dan kanak-kanak selepas berenang memang akan terasa lapar. Eh... bukan budak jer. Orang tua pun sama. Kan? Hehehhe... Jadi sediakanlah susu suam untuk diberikan kepada baby selepas berenang. Pastikan baby salin baju sebelum bagi susu sebab biasanya baby akan tertidur ketika menyusu. Nanti kesian pulak kena tidur dengan baju lembab.

Baby akan berasa selesa tidur selepas penat main air dan minum susu suam.

(8) Tempat tidur baby

Tak kiralah samada di tepi pantai atau di kolam renang, bersedialah dengan tempat tidur baby. Biasanya bila dah kepenatan berenang, baby akan mula meragam sebab nak tidur. Salinkan baju, berikan susu suam dan baby akan tidur dengan aman. Jadi sediakanlah tempat tidur yang selesa untuk baby. Kalau boleh sediakan kipas sekali! So, masa baby tidur, boleh mama ayah berehat sekejap.

(9) Peralatan mandi

Penting peralatan mandi baby - sabun dan syampu. Lepas mandi samada di kolam awam, mahupun di pantai, pastikan anda mandikan semula baby dengan bersih atas faktor kebersihan dan kesihatan. Jangan lupa sapukan minyak panas pada badan dan kaki baby. Tentu baby akan rasa lebih selesa.

(10) Baju persalinan dan lampin bersih

Jangan lupa baju persalinan dan lampin bersih untuk baby. Kalau tak bawa, nanti ada yang terpaksa lilit tuala jer. Hehehe...

Ok! Dah sediakan segala barang keperluan?

Bolehlah bawa baby berenang!

Tips pertama kali bawa baby berenang

Ok! Kalau korang first time bawa baby berenang, korang kena pastikan beberapa perkara terlebih dahulu. Pastikan:-

✓ baby pakai baju renang yang sesuai
✓ pakai lampin yang sesuai
✓ pakai sunscreen
✓ kenyang
✓ sihat
✓ good mood

Kemudian, korang kena pastikan suhu air kolam dulu. Biasanya suhu air kolam ni sejuk. Baby biasanya mandi air panas. So, korang jangan terus terjah masukkan baby dalam kolam. Terkejut nanti baby, langsung dia tak nak masuk dalam kolam.

Aku tahu, kadang-kadang ibubapa lagi excited dari budak-budak. Huhuhu...

First of all, pastikan baby didokong oleh orang yang dia selesa; samada mama atau ayah. Pada orang itulah baby akan letak sepenuh kepercayaan dia.

Sebelum masukkan baby dalam kolam renang, duduk dulu kat tepi kolam renang tu. Biar baby tengok keadaan sekeliling. Pada waktu tu, ibubapa tengok tingkah laku baby. Samada, dia excited atau takut.

Dulu, baby Neeyaz tengok Niesreena dan Naufal dalam air, dia nampak konfius. Hehehhee... Sesekali dia excited.

Pastikan jugak baby tak terkena tempias air. Takut dia terkejut.

Lepas beberapa minit, dekatkan baby dengan kolam, sapukan air pada kaki dan tangan baby. Sambil-sambil tu cakap-cakaplah dengan dia. "Mama nak masukkan baby dalam kolam ni sat lagi... ok tak?" Hehehehe... Tengok, apa reaksi dia pada air tu. Dia suka atau tak.

Dah sapu-sapu air pada baby, kalau dia ok dengan air, bolehlah cecahkan kaki dia ke dalam kolam. Sedikit demi sedikit. Biarlah sampai buku lali dulu. Tengok reaksi baby. Kalau ok, barulah lebih dalam lagi. Sebaik-baiknya bawa baby mandi di kolam kanak-kanak dimana baby boleh cecah kaki dia ke dasar kolam. Dengan cara ni, baby lebih yakin berada dalam air.

Kalau baby mula menangis, keluarkan baby dari dalam air dan rehat sekejap. Lepas beberapa minit, mulakan proses sekali lagi - step by step, slow and steady. Bukan senang nak bina kepercayaan dan confidence baby dalam air... tapi mesti boleh. Cepat atau lambat jer.

Berlainan kalau nak bawa masuk baby ke dalam kolam dewasa. Baby Neeyaz dulu nampak kurang selesa nak masuk ke dalam kolam dewasa. Salah satu punca dia sebab baby tak rasa kaki dia cecah dasar kolam. So, bila masuk dalam kolam yang lebih dalam, baby Neeyaz akan tercari-cari dasar kolam dan mula nak merengek.

Tapi bila enche Neezam pegang tapak kaki baby, baru dia rasa selesa.

Apapun, baby cepat belajar. Lama-lama baby akan rasa atau orang kata ada feel untuk berenang.

Baby kehilangan haba lebih cepat dari orang dewasa, jadi diorang tak boleh duduk dalam kolam lama-lama. Mulakan dengan sessi 10 minit dulu, kemudian tambah jadi 20 minit. Hadkan masa di dalam air sehingga maksimum 30 minit.

Ok?!

Catatan ni semuanya berdasarkan pengalaman aku dan enche Neezam sendiri. Pengalaman setiap ibubapa berbeza. So, terpulanglah pada korang samada nak ikut atau tidak.

At the end of the day, the results should be the same -- kiter nak anak masuk kolam, water confidence tinggi dan boleh berenang. Yang penting jangan sia-siakan pengalaman belajar bersama dengan anak-anak korang.

Good luck & have fun!

Video bawah ni first time kitorang bawa baby Neeyaz ke kolam renang. Masa ni usia baby Neeyaz 3 bulan 3 minggu.

Video bawah ni pulak baru-baru ni kitorang kat Legoland. Masa ni baby Neeyaz dah pandai main air dah. Nampak excited sangat. Tengok kaki dia. Tak sabar nak berenang sendiri tu.

Friday, November 10, 2017

Nak ke Legoland? Aku suggest hotel ni...

Kitorang kalau ke Legoland, tak der lah nak menginap kat hotel Legoland tu. Mahal giler weh.

Biasanya aku akan book hotel-hotel yang dekat-dekat jer dengan Legoland dan senang nak cari makan.

Last time kitorang ke Legoland, kitorang menginap di hotel lain. Hotel yang boleh kata oklah... Hotel murah jer. Tapi aku rasa bilik dia terlalu sempit, nak solat pun susah dan aku rasa tak berbaloi dengan harga walaupun murah.

Untuk trip ke Legoland baru-baru ni, aku cuba pulak menyewa di D' Elegance Hotel. My expectations, sama macam yang kitorang duduk dulu. Hotel rumah kedai yang murah, hopefully tak terlalu sempit.

Tapi bila dah sampai kat hotel, I'm quite impressed!

Lobinya... seperti namanya... Elegance.

Dan bila sampai bilik... bilik sangat selesa dan besar! Satu katil king dan satu katil queen; as expected. Tapi masih ada ruang lagi untuk solat dan untuk Naufal berlari-lari!

Seriously, I don't expect this especially for a less than RM160 per night.

Yang lebih buat aku kagum bila diorang ada sediakan berus gigi. Biasanya hotel bintang-bintang jer ada sediakan berus gigi.

Even, the next day, kitorang dah simpan toiletries, diorang top up balik dengan berus gigi sekali.

Lengkap dengan pengering rambut, kopi, teh dan tisu kotak. Toilet pun besar dan selesa.

Breakfast? Tak der... Biasalah... Hotel murah macam ni mana ada sediakan breakfast. Tapi dapat 2 keping voucher untuk beverage free di cafe bersebelahan.

Ok lah kan... free... saper nak bagi?

Huhuhu...

Dari segi harga hotel... memang berbaloi. Bilik besar dan selesa. Kalau anak ramai, ada ruang luas boleh bentang toto. Jimat lagi kan. Lokasi pun tak jauh untuk ke Legoland; lebih kurang 10 km jer. Berdekatan dengan hotel ada banyak kedai makan dan kedai sebaneka.

Ok lah... Insya Allah... Ada rezeki ke Legoland lagi nanti kiter dok sini lagi yer!

Thursday, November 9, 2017

Tragedi banjir di Pulau Pinang boleh dielak

Artikel enche Neezam hari ini di Harian Metro sisipan Minda.

Untuk bacaan penuh artikel ni, sila klik link di bawah.

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20171109/283472141517216

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top