♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, October 15, 2018

Insan hebat

Enche Neezam bersama insan hebat Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamzah.

Semoga insan comel sebelah beliau tu dapat tempias aura-aura hebat beliau.

Sunday, October 14, 2018

Jalan-jalan cuci mata

Enche Neezam... hujung minggu pun kerja. Sian tengok. Bila nak berehat ntah. Nasib baik hari ni kerja separuh hari jer.

Balik jer tadi, enche Neezam ajak keluar cuci mata... So, ke IOI City Mall lah kitorang tadi.

Kitorang memang suka ke sini. Ada banyak kedai... Enche Neezam suka ke Al-Ikhsan dan Sports Direct, Niesreena suka ke Smiggle, Naufal suka ke kedai Lego, aku suka ke HomePro. Tapi... tadi gi tengok HomePro kat sana dah tutup! Dah kenapa? Tak laku ke?

Macam biasa IOI City Mall Putrajaya ni memang ramai giler orang. Nak-nak kalau nak solat maghrib. Allahu... berhimpit-himpit orang dalam surau. Alhamdulillah... Haaa... kalau nak solat maghrib kat sini, aku sarankan gi surau awal-awal, kalau boleh sebelum masuk waktu lagi. Ambik wudhu siap-siap. Masuk waktu terus boleh solat dengan tenang. Jangan lupa bawak telekung sendiri. Kalau dah ramai orang, jangankan telekung susah nak dapat, ruang nak solat pun susah nak cari.

Neeyaz lah paling seronok kat sini... puas dia berjalan-jalan. Kitorang yang penat nak kejar. Huhuhu...

Kemain berjalan sakan. Waktu makan dah penat. Tidur siap berdengkur. Huhuhu....

Adoooiiii... sampai pukul 9 lebih jugak kitorang kat sini. Masing-masing tak ingat ke esok nak kerja dan sekolah ni weh??? Tak perlah... asalkan semua orang happy!

Alhamdulillah... sampai rumah lebih kurang jam 10 lebih. Baby Neeyaz segar pulak mata dia.

Laparlah tu, tadi tak makan.

Supper on bed. Ko hado... Lepas tu mama kena marah dengan enche Neezam...
"Naper makan atas katil!!!"

Huhuhu... lek lah cayang...

Saturday, October 13, 2018

Laksa Johor

Enche Neezam tak der kat rumah hari ni sepanjang hari ni. So, aku pagi-pagi lagi dah bangun untuk masak sementara baby Neeyaz masih tidur. Takut baby bangun, apa kerja pun tak boleh buat sebab nak berkepit jer.

So, semalam dah planning, hari ni nak masak satu menu yang kita akan makan dari pagi sampailah ke malam... huhuhu...

Maka terhasillah laksa johor.

Senang jer nak buat laksa johor ni sebenarnya. Sap sap jer siap!

Kuah laksa aku gunakan ikan tongkol sebab besar, senang nak buang tulang. Kalau pakai ikan kembung lagi sedap orang kata, tapi lecehlah nak buang tulang sekor-sekor. Tapi ikan tongkol pun sedap jugak.

Untuk kuah ni, selain ikan tongkol aku jugak masukkan udang segar sikit, udang geragau sikit dan ikan tenggiri masin. Pastu masukkan daun kesum dan bunga kantan banyak-banyak! Perghhhh... memang terbaik!

Niesreena dan Naufal makan bertambah-tambah. Memang rasa berbaloi sangat buat sendiri.

Sebab sedap... kita bagi jiran sikit yer...

Mula-mula macam segan nak bagi sebab jiran orang Johor, mesti lagi pandai buat laksa johor kan. Kiter orang Johor celup jer. Huhuhu... Tapi... bagi jer lah... Kongsi rezeki sesama.

Enche Neezam dah beberapa minggu ni asyik kerja hujung minggu... Bila nak rehat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top