♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 7, 2018

Work-life balance?

Hmmmm... enche Neezam... biasalah overtime, anytime, anywhere...

Saper kata jadi lecturer senang?

Huhuhu...

Thursday, September 6, 2018

Enche Neezam di suratkhabar

Artikel enche Neezam di akhbar Utusan Malaysia...

dan

ulasan beliau tentang graduan bekerja di luar bidang pengajian disiarkan hari ni dalam akhbar Berita Harian, sisipan Varsiti. Ini kali kedua enche Neezam dihubungi pihak akhbar untuk ulasan.

Alhamdullillah...

Kalau dulu artikel enche Neezam hanya di Harian Metro, sekarang ni dah masuk ke Utusan Malaysia pula.

Semoga enche Neezam lebih success! Ameen...

Wednesday, September 5, 2018

Projek cermin kedai eco - tips & tricks

Projek terbaru diy deco rumah. Pasang cermin kat bawah kabinet.

Alhamdulillah... puas hati! Puas hati sebab kos hanya RM40 sahaja. Tu pun ada beli cermin lebih sebab takut ada cermin rosak ke kan. So, cermin lebih tu nanti kita pasang kat tempat lain plak lah.

Peralatan yang aku perlukan untuk projek kali ni hanya cermin dan gam sahaja.

Gam tu pun aku guna yang lebih masa buat projek wainscoting ari tu.

Aku beli cermin-cermin kat kedai Eco. Harga sekeping cermin cuma RM2 sahaja. Jumlah cermin yang diperlukan ialah 20 keping.

Saiz cermin

Kat kedai Eco ada dua saiz cermin macam ni. Aku ambil yang saiz besar - 23cm x 30cm. Kebetulan letak dua cermin ni bawah kabinet tu, elok jer pulak saiz tinggi dia. Huhuhu...

Frame cermin ni plastik jer. So boleh gunting jer dan keluarkan frame dia.

Untuk buang bingkai, kena hati-hati dan penuh kesabaran sebab cermin ni actually nipis jer. So, takutlah pecah plak cermin. Thanks to facebook Kelab kaki deco barang eco / mr diy. Sebab join fb ni dapat tips buka cermin ni. Ada banyak idea deco diy kat fb ni. Kreatif betul diorang.

Di sini aku nak kongsi tips untuk pasang cermin ni.

Memandangkan cermin ni cermin murah, so cermin ni sebenarnya memang nipis. So kena hati-hati bila kendalikan cermin. Dan ukuran cermin tak semua sama. Of course ada saiz yang sama tapi ada jugak yang beza dalam 1-2mm. Sikit jer beza.

So, sebelum tampal cermin, kena pastikan ukuran cermin mana yang sesuai ditampal.

Nak tampal pakai tape atau gam?

Cermin ni memula aku tampal pakai double sided tape. Tiada masalah bila pasang dua cermin yang pertama. Tapi bila masuk cermin ketiga... masalah...

Masalahnya ialah kalau pakai double sided tape, kalau dah terlekat, susah nak buka dan betulkan kedudukan kalau cermin senget atau bertindih. Nak tarik semula cermin agak susah sebab double sided tape kuat dan cermin nipis. Takut bila tarik semula cermin kang pecah pulak.

So, aku suggest gunakan gam. Kalau guna gam of course lebih kuat dan bila kita tampal cermin, kita masih boleh adjust kedudukan cermin sementara nak tunggu gam kering. So, hasilnya lebih kemas.

Seriously aku puas hati sebab hasil tangan aku sendiri dan harga jauh lebih murah. Quality wise... kena redholah... mungkin kalau upah kontraktor akan dapat cermin yang lebih baik tapi harga takkan dapatlah semurah ni kan. Huhuhu...

Bertahanlah dulu dengan cermin murah ni. Lima enam tahun lagi... kalau ada rezeki tukarlah yang berkualiti sikit.

Untuk finishing... aku lekatkan lampu led dari Mr Diy ni.

Nampaklah glamour la sikit kabines ai. Huhuhu...

Alhamdulillah... selesai satu lagi projek deco diy.

Next apa plak eh? Hmmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top