♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 1, 2019

Pusing-pusing Seremban

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tiga hari cuti, kitorang tak der plan nak kemana pun. Semalam satu hari suntuk kat rumah. Rasa buat kerja rumah tak habis-habis. Penatnya, Ya Allah!

Haiissshhh... tak buleh jadi.

So, hari ni kitorang keluar jugak. Lepas beli barang dapur kat Mydin Seremban 2, kitorang lajak ke Seremban pulak. Bawak Neeyaz ke park yang selalu kitorang bawa Niesreena dan Naufal masa diorang kecik-kecik dulu - kat depan Klana Resort.

Lama jugak lepak kat sini. Bagi puas hati.

Lagipun park kat sini redup jer dan park dia pun boleh kata besarlah.

My baby Neeyaz excited first time dapat main buaian. Taman kat rumah tak der buai. Hmmmm... naper tak der ek? Macam tak lengkap jer taman permainan tak der buai. Huhuhu...

Ehemmm... tapi bukan Neeyaz jer excited naik buai. Ayah dan abang dia pun sama. Huhu...

<

Ish ish ishhhh... Berpeluh-peluh masing-masing.

At the end, bila ajak balik, budak kecik ni refuse jugak. Tak puas-puas lagi main. Adoiaiiii...

Mama dah penat ni nak oiii... moh ler kiter balik... next time kiter datang lagi yer...

Friday, August 30, 2019

Bye Sahara :(

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni hari terakhir Sahara kerja kat sini. Sedih weh!

Hilang sorang lagi kawan gi makan. Huhuhu...

Dua bulan lepas, masa tau Sahara nak berhenti memang sedih ar. Tapi happy untuk dia, sebab akhirnya dapat jugak tempat kerja yang dekat dengan family dia.

So, tadi, konon-konon buat surprise hi-tea untuk Sahara, tapi rasanya dia dah tau kot sebab semua orang asik tersasul jer. Haaiiissshhhh... huhuhu...

Seronoklah Sahara... dapat banyak hadiah. Bila turn aku plak ni???

Huhuhu...

Jauh balik ke Penang, Sahara. Gi lah... asalkan hang happy.

Kitorang kat sini akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan awak kat sana.

Good luck and take good care of yourself.

You will be missed!

And thank you for this lovely photo book. Hope the memories will not end there.

Wednesday, August 28, 2019

Reunion dengan Fiza Hamzah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... lama sangat tak jumpa dengan Fiza dan Hamzah sekeluarga. Akhirnya, berkesempatan berjumpa jugak.

Last sekali jumpa diorang kat Kuantan 4 tahun lepas. Masa tu kitorang ke Kuantan. Enche Neezam kerja, so aku je lah ke rumah diorang dengan Niesreena Naufal. Enche Neezam last jumpa diorang kat Melbourne,sebelum kitorang back for good.

Alhamdulillah... jumpa semula, anak pun dah besar dan bertambah-tambah. Huhuhu...

Semoga ukhwah ini terus berkekalan. Insya Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top