♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, October 20, 2019

Kemas rumah... siap!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tiap-tiap malam, terutamanya dihujung-hujung minggu ni, rasa lega nak tidur bila memikirkan rumah dah kemas, dapur dah bersih, lantai dah mop, kain baju dah siap berlipat - tak berlonggok atas katil bilik tetamu, mainan Neeyaz dan Naufal semua dah masuk toy box memasing, buku-buku dah masuk rak atau beg, baju sekolah budak dah siap gosok - thanks kakak Niesreena!

Hujung minggu memang sangat memenatkan. Macam-macam nak kena settle dan pada masa yang sama kena bagi masa dan perhatian jugak untuk suami dan anak-anak. Kalau dok rumah, kemas, sepah, kemas, sepah... tu je lah kerjanya.

Dua hari cuti memang rasa sekejap dan memenatkan 😭😭😭

Ada orang kata, tak payahlah kemas sangat. Kejap je bersepah balik. Huhu... Kalau macam tu, sampai bebila pun takkan kemas.

Alhamdulillah... anak-anak memang selalu diajar untuk mengemas. So, tak der masalah nak rumah kemas setiap masa. Tapi kekadang depa leka jugak. Bersepah jugak mainan dan buku-buku di tempat yang tak sepatutnya. Terpaksalah mama dan ayah berleter. Bising sebab nak didik diorang jadi anak-anak yang kemas dan berdisiplin... Harap-harap diorang faham...

Dekat pukul 12 dah. Badan penat, mata ngantuk...

Esok kerja. Boleh relax sikit, tapi stress lain pulak 😅 Huhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top