♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, November 27, 2019

Kem cuti sekolah Khairunnaufal 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari Ahad yang lepas, kitorang gi hantar Naufal ke Kem Hafazan Ibadah kat Madrasah Ibnu Mas'ud di Segamat. Dekat jer dengan rumah mak ayah. Kem ni untuk Naufal sempena cuti sekolah ni.

Kem ni bermula hari Ahad yang lepas dan akan  berakhir hari Jumaat ni, Insya Allah. Tapi bebudak ni tak tidur kat kem. Start jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Hari-hari boleh balik. Aku pun masih tak sampai hati lagi kalau nak biarkan Naufal bermalam lama-lama kat tempat lain. Kecik lagi baby boy aku tu. Masih tak boleh berdikari lagi.

Ramai jugak peserta.

So, hari pertama hari tu sebelum kitorang balik ke Nilai, sempatlah aku gi hantar dan ambil Naufal kat kem. Naufal kata seronok. Dapat jumpa kawan-kawan baru, solat dhuha, dengar kuliah dan sirah serta macam-macam aktiviti lagi. Naufal kata dia seronok jugak makan dalam dulang beramai-ramai dengan kengkawan baru.

Ni aku dah balik Nilai, terpaksalah ayah tok dan mak tok yang menguruskan Naufal. Hari-hari ayah tok hantar dan ambil Naufal dari madrasah. Hari-hari jugak aku call Naufal untuk tahu pengalaman baru dia setiap hari.

Semalam, Naufal belajar baca surah Al-fatihah dengan betul. Walaupun kat rumah pun ayah dia dah ajar mengaji dengan betul. Tapi kali ni Naufal lebih teruja. Siap suruh aku dengar bacaan al-Fatihah dia. Alhamdulillah...

Ustaz dan ustazah kat kem pun selalu hantar gambar-gambar dan video melalui whatsapp. Tunjuk aktiviti harian anak-anak.

Dapat peluang belajar memanah jugak.

Naufal kata seronok kat kem. Alhamdulillah...

Ada beberapa hari lagi sebelum kem berakhir. Semoga Naufal betul-betul dapat manfaat sepanjang kem ni. Insya Allah...

Sunday, November 24, 2019

Roti canai wonneh!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Enche Neezam ni ntah hapa-hapa... Entah kenapa tetiba jer nak buat roti canai.

Gigih betul!

Belajar kat youtube jer... pun boleehhhhhh...

Ngengada kan... hahahaha...

Bila dah betul-betul uli. Tepung tu kena rest sekejap.

Malam baru enche Neezam mula menebar. Nampak orang tebar macam senang kan? Tapi leceh gak rupanya.

Tonggang tebalik tulang belikat semua... huhuhu...

Tak boleh nak tebar-tebar... kiter tarik-tarik jer lah.

Aku pun try jugak... and this is my version. Curlasss gitew kan...

Siap!

Kali ni makan roti canai dengan rendang nogori yang aku masak untuk lunch tadi. Pun boleeeehhhhh...

Oklah... menjadilah roti canai enche Neezam. Untuk kali pertama buat... ini dikira sebagai success! Eceh!

Len kali ramai-ramai adik beradik balik kampung, bolehlah buat.

Sedap ke Naufal?

Saturday, November 23, 2019

Cuti sekolah 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Habis dah sessi persekolah 2019. Rasa cepat betul tahun ni. Tau tau dah akhir tahun. Dah cuti sekolah.

Macam biasa... setiap tahun... Niesreena dan Naufal akan pulang bercuti ke kampung. So, hari Jumaat malam yang lepas, kitorang terus bertolak balik ke Segamat.

Semalam sempatlah pusing-pusing bandar Segamat. Beli barang keperluan Niesreena dan Naufal sikit. Kemudian makan rojak dan cendol kat Masjid India.

Memang terbaik!

Esok nak balik Nilai. Sedih jugak nak tinggalkan Niesreena dan Naufal kat kampung ni walaupun dah biasa.

Khairunns aku ni... kemain susah nak dapat tangkap gambar perfect tiga-tiga... macam-macam kelaku... haiiissshhhh...

Hahahahah... dapat jugak... perfect picture of my Khairunns.

Enche Neezam macam biasalah sekarang ni suka nau berbasikal. Hmmmm... jeles... tapi malas nak ikut. Huuhuhu...

Wednesday, November 20, 2019

Neeyaz senang makan ubat... jangan tak tau...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sejak akhir-akhir ni kat siku Neeyaz macam ada infection - gatal-gatal. Dari naik sebijik dua... berjangkit-jangkit jadi banyak pulak.

Kesian Neeyaz asyik menggaru sampai luka. Bila dah menggaru, nanti tumbuh lagi yang baru.

So, lepas dinner tadi kitorang bawak Neeyaz gi check-up. Doktor ada sebut nama bendalah ni tadi, tapi aku serius lupa. Tapi doktor kata benda ni memang boleh berjangkit melalui air dekat yang tumbuh tu. Sebab tu biji-biji tu semakin merebak.

Alhamdulillah... nasib baik cepat bawak gi klinik. Kan... Neeyaz...

So, tadi doktor bagi antibiotik dan ubat gatal untuk Neeyaz. Harap-harap cepatlah Neeyaz sembuh. Kesian tengok dia menggaru je dan mengadu gatal dan sakit akibat luka.

Dan alhamdulillah... Neeyaz ni senang sangat makan ubat. Bagilah ubat pahit macam mana pun. Sedap jer tengok dia telan.

Sebab tu ubat kat rumah kena sorok betul-betul. Pantang nampak ubat budak sorang ni. Dia suka jer nak mintak. Huhuhu...

Doakan Neeyaz cepat baik yer...

Tuesday, November 19, 2019

Majlis Apresiasi Khairunnaufal 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni aku cuti. Pergi ke sekolah Naufal untuk Hari Apresiasi Pelajar 2019.

Alhamdulillah... hari ni Naufal dapat naik pentas untuk matapelajaran terbaik. Matapelajaran apa?

Hmmm... jangan tak percaya... sebab aku pun tak percaya...

Naufal pelajar terbaik untuk matapelajaran Sejarah tahun 4. Markah akhir tahun hari tu 97%. Alhamdulillah...

Hari ni ayah dia ada kuliah. So, aku dan Niesreena jer datang ke majlis ni.

Tahniah Naufal. Tahun depan cuba lagi terbaik untuk matapelajaran lain jugak ok!

Sunday, November 17, 2019

Neeyaz problem solving skills

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Permainan kegemaran Neeyaz ialah kenderaan - kereta, truck, kapal terbang, keretapi... semua dia suka. Neeyaz memang jarang sangat nak suka mainan lain.

Satu hari tu aku belikan bendalah warna-warni ni. Langsung dia tak nak main.

Entah macam mana... bila aku main-main benda tu, tetiba benda tu terjatuh dan bersepah, Neeyaz tetiba berminat pulak nak tolong 'kemaskan'.

Tapi dia punya kemas... hmmmm... lamalah...

First time Neeyaz main dan dia memang bersungguh-sungguh nak selesaikan.

Alhamdulillah... yang penting Neeyaz tahu teknik dan cara selesaikan masalah tu. Dia tahu kalau dah masuk semua, maksudnya benda tu dah selesai.

Please ignore kaca mata dan beg tu yer. Huhuhu...

Dalam beg dia tu... penuh pelbagai kenderaan.

Lepas daripada tu, Neeyaz seronok pulak main benda tu. Dan dalam sehari dua ni, Neeyaz dah jadi  semakin laju selesaikan bendalah ni.

Aku rasa baguslah benda ni. Kiter boleh tengok kemahiran anak kita berfikir. Macam mana dia cuba selesaikan masalah dan berapa lama akhirnya dia boleh selesaikan dengan cepat.

Good job, Neeyaz!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top