♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, October 13, 2019

Hujung minggu @ D' Wharf Hotel & Service Residence Port Dickson

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hujung minggu ni, kitorang lepak di D'Wharf Hotel & Service Residence Port Dickson. First time kitorang kat hotel ni.

Kitorang tiba kat sini lebih kurang jam 3 petang. Nasib baiklah sebelum keluar ada prepare creamy buttered chicken spaghetti dan bawak bekal. Bebudak ni kat rumah kata tak lapar. Dah sampai hotel, terus jer rasa lapar.

Baby Neeyaz awal-awal dah cop toy box dia.

Hahaha... ye... kereta tu semua dibawanya dari rumah. Haiiissshhhhh...

Lepas Asar, macam biasalah bebudak ni, tak sabar-sabar nak terjun pool. Inilah tujuan utama bebudak ni ke sini. Benda lain semua tak peduli dah.

Dua hari kat sini, dua harilah meredah pool. Neeyaz paling susah sekali nak ajak naik dari pool. Merajuk-rajuk bila ajak balik bilik. Haiiilah anak... nanti kiter suruh ayah buat pool lah kat rumah yer. Huhuhu...

Best D'Wharf ni sebenarnya. Lokasi dia memang bersebelahan dengan pantai. Kalau malam, kat bawah ada banyak food truck dan lain-lain benda menarik - glow in the dark. Tapi semua kitorang tak sempat nak pergi sebab malam bebudak ni semua dah pengsan kepenatan. Tu lah... siang kemain galak kat pool, kan...

Hari kedua, lepas breakfast, mandi lagi. Ayah, pagi-pagi buat lagi gi HM kat Putrajaya. Boleh dia tinggalkan kitorang anak beranak kat PD ni. Tapi pukul 10 am dia dah sampai balik kat hotel. Sabar jer lah haiiihhh... Huhu...

Sebelum tinggalkan PD, kitorang sempat makan ABC kat Mykori. Haahahaha... abc lah sangatkan...

Memang sedap!

On the way balik ke Nilai, kitorang sempat singgah ke Majsid Sri Sendayan yang baru dibina. Masya Allah... cantik giler masjid ni.

Alhamdulillah... terasa padat dan penat hujung minggu kitorang minggu ni. Tak perlah... asalkan anak-anak happy. Insya Allah... kalau ada rezeki kiter repeat kat D'Wharf lagi yer...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top