♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 19, 2019

My other half of Khairuns & Khaireenas

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni sepupu-sepupu #mykhairunns datang melawat. Dah lama tak jumpa bebudak ni. Sesekali berjumpa, memang gamatlah...

Anak cucu cikgu Mohd Noor dan cikgu Zaliha ni unik sikit. Nama anak-anak dan cucu-cucu semua bermula dengan Khairun dan Khaireena. Lelaki semua bermula dengan Khairun dan perempuan bermula dengan Khaireena. Niesreena jer unik sikit, sebab cucu sulungkan... Nama dia bermula dengan Khairun, bukan Khaireena walaupun perempuan. tapi dalam nama dia tetap ada Reena. Haaa... giler kuasa gitew.

Friday, October 18, 2019

Baju baru dari Cikenis

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Terima kasih Cikenis!

Neeyaz posing sikit untuk tatapan... huhuhu...

Thursday, October 17, 2019

Ehhh... tak tau nak letak tajuk hapa...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Enche Neezam... balik balik sambut kiter dengan topeng ni. Haaiiisssshhhh... pelik-pelik jer kan? Tepuk dahi dibuatnya...

Ni letak macam ni kat dapur ni... memang sengaja nak bagi terkejut kan? Enche Neezam!!!

Banyak kali kena dah ni. Tak per... tak per... sat lagi balik kerja x jumpa dah bendalah ni ye...

Kiter bakoooooo 🔥🔥🔥🔥

Monday, October 14, 2019

Tobokki by Niesreena

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Macam biasalah... kalau dah balik dari berjalan, mesti sibuk mendobi pulak. Berbakul-bakul mendobi baju.

Sebelum balik ke rumah semalam, kitorang sempat minum petang yang agak berat kat Nilai. So, malam rasa macam... antara nak dinner atau tak jer...

Macam nak makan... tapi rasa kenyang lagi. Macam tak nak makan... tapi macam rasa lapar pulak. Huhhuhu... cam ner?

Aku pun dah penat mendobi dan mengemas rumah.

Niesreena tetiba kata nak try buat tobokki pulak. Nak follow resepi dari internet katanya. Memandangkan stok biskut beras tu memang ada kat rumah, so aku pun benarkanlah Niesreena buat. Sedap, tak sedap... belakang cerita.

Dah inilah hasilnya...

Nampak sedap kan?

Memang sedap!

Biasalah bebudak sekarang ni, suka nau makanan Korea. Ok lah ni...  Lepas ni bolehlah try resepi lain pulak yer Niesreena.

Sunday, October 13, 2019

Hujung minggu @ D' Wharf Hotel & Service Residence Port Dickson

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hujung minggu ni, kitorang lepak di D'Wharf Hotel & Service Residence Port Dickson. First time kitorang kat hotel ni.

Kitorang tiba kat sini lebih kurang jam 3 petang. Nasib baiklah sebelum keluar ada prepare creamy buttered chicken spaghetti dan bawak bekal. Bebudak ni kat rumah kata tak lapar. Dah sampai hotel, terus jer rasa lapar.

Baby Neeyaz awal-awal dah cop toy box dia.

Hahaha... ye... kereta tu semua dibawanya dari rumah. Haiiissshhhhh...

Lepas Asar, macam biasalah bebudak ni, tak sabar-sabar nak terjun pool. Inilah tujuan utama bebudak ni ke sini. Benda lain semua tak peduli dah.

Dua hari kat sini, dua harilah meredah pool. Neeyaz paling susah sekali nak ajak naik dari pool. Merajuk-rajuk bila ajak balik bilik. Haiiilah anak... nanti kiter suruh ayah buat pool lah kat rumah yer. Huhuhu...

Best D'Wharf ni sebenarnya. Lokasi dia memang bersebelahan dengan pantai. Kalau malam, kat bawah ada banyak food truck dan lain-lain benda menarik - glow in the dark. Tapi semua kitorang tak sempat nak pergi sebab malam bebudak ni semua dah pengsan kepenatan. Tu lah... siang kemain galak kat pool, kan...

Hari kedua, lepas breakfast, mandi lagi. Ayah, pagi-pagi buat lagi gi HM kat Putrajaya. Boleh dia tinggalkan kitorang anak beranak kat PD ni. Tapi pukul 10 am dia dah sampai balik kat hotel. Sabar jer lah haiiihhh... Huhu...

Sebelum tinggalkan PD, kitorang sempat makan ABC kat Mykori. Haahahaha... abc lah sangatkan...

Memang sedap!

On the way balik ke Nilai, kitorang sempat singgah ke Majsid Sri Sendayan yang baru dibina. Masya Allah... cantik giler masjid ni.

Alhamdulillah... terasa padat dan penat hujung minggu kitorang minggu ni. Tak perlah... asalkan anak-anak happy. Insya Allah... kalau ada rezeki kiter repeat kat D'Wharf lagi yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top