♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, August 5, 2019

Riadah @ Tasik Ujana, Nilai Impian

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Semalam kitorang explore tempat riadah baru - Tasik Ujana dekat Nilai Impian. Kat sini ada satu tasik besar. Cantik dan bersih jer park ni. Yang bestnya, kalau keliling tasik ni, dapatlah 1 km lebih.

Masa kitorang baru sampai, masih tak ramai orang lagi. So, seronoklah kitorang berbasikal kat sini.

Alhamdulillah... dapat jugak 5 round. Lepas tu orang semakin ramai. Tak seronok pulak nak berbasikal sebab takut diorang tak selesa dan aku sendiri pun rasa tak selesa sebab asik nak ignore orang jer kan. So, dapatlah berjalan sekali pusing tasik ni.<

Kat tasik ni ada taman permainan. Seronoklah baby Neeyaz main. Tapi... bila ajak balik, mengamuk. Tak puas main lagi. Huhuhu... Sorrylah sayang... Dah nak maghrib. Moh ler kiter balik.

Budak ngamok... tak puas hati kena balik... huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top