♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 11, 2019

Ketupat palas dengan kacang soya di Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Salam Aidiladha semua.

Hari ni kitorang beraya dengan family aku kat Kajang jer. Jadi anak tunggal emak abah kali ni sebab adik-adik semua balik beraya ke rumah mertua masing-masing.

Macam biasa, setiap kali hari raya tak kiralah hari raya puasa atau hari raya haji, emak akan sediakan nasi impit dengan kuah lotong beserta rendang. Hari ni pun sama dan kali ni emak buat ketupat palas jugak. Sedapnya!

Dan first time ni aku dapat tolong emak buat ketupat palas dari mula hinggalah siap. Biasanya, emak buat awal. Sampai rumah jer tengok semua dah siap. Tinggal makan jer. Huhuhu...

Semalam sampai kat rumah, emak dan abah tengah sibuk bersihkan daun palas dan bentukkan kelongsong. So, dapatlah belajar buat dari awal.

Untuk resepi dan cara penyediaan ketupat palas, jom tengok blog resepi aku kat sini yer
http://juliescookingwithluv.blogspot.com/2019/08/ketupat-daun-palas-dengan-kacang-soya.html

Pagi tadi baru dapat makan ketupat palas emak. Ketupat palas emak biasanya akan ada kacang soya. Sedap betul! Lembut dan berlemak jer.

Sambal sotong kering emak memang terbaik!

Alhamdulillah... kenyang betul. Makan jer hari ni. Kitorang tak kemana-manapun. Lepak kat rumah jer.

Bebudak ni pun main air belakang rumah jer. Huhuhu...

Raya Haji kali ni kitorang dapat sempurnakan akikah buat Khairunneeyaz. Alhamdulillah... settle dah akikah anak-anak.

Insya Allah esok kitorang akan bergerak balik ke Segamat pulak. Kakak dan abang nak menghabiskan cuti sekolah di kampung Segamat kali ni.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top