♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, July 30, 2019

Neeyaz si hantu duyan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dak comel sorang ni memang pantang nampak durian. Kalau dia dah mintak, jam jam tu jugak kena kopek. Kalau tak... mulut dia asik sebut "nak duyan... nak duyan..."

Huhuhu...

Enche Neezam pulak memang rajin betul musim durian. Seminggu dua tiga kali beli durian. Memang melabur kat tokey durian betul. Haaiiissshhh... Tapi tak perlah.. Aku pun suka. Pulak tu durian yang enche Neezam beli semuanya jenis sedap-sedap. Nak nak kalau dapat yang pahit pahit. Pergghhh...

Berebut makan dengan dak kecik sorang ni.

Puas hati sangatlah tu.

Musim durian kali ni panjang betul rasanya. Macam  tak habis-habis. Stall durian pun makin banyak kat tepi-tepi jalan.

Biasanya enche Neezam akan beli kat stall durian depan stadium Nilai. Memang durian terbaik kat situ dan harganya pun sangat sangat berpatutan. Korang bolehlah try ke sana.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top