♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, June 21, 2019

Kejadian rompak kat taman perumahan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Pagi ni dikejutkan dengan berita 2 buah rumah dipecah masuk di kawasan perumahan kitorang ni. First time jadi sejak kitorang pindah kat sini.

Rumah pertama yang dirompak sederet dengan rumah aku. Rumah paling hujung. Penghuninya macam kena pukau. Tak sedar perompak masuk. Tau-tau handphone dan barang-barang berharga semua hilang. Manakala sebuah rumah lagi, semua penghuninya diikat. Tapi Alhamdulillah... mangsa semua selamat dan tak cedera.

Dalam wa group taman, ramai orang bertanya akan kejadian yang menimpa, tak kurang juga yang mencari punca... biasalah... bila kejadian dah berlaku... improvement needed.

Tapi aku tak boleh terima kalau ada yang sempat buat lawak tak kena tempat. Konon-konon langkah pencegahan atau keselamatan...

Awak tak pernah kena, awak tak tahu...

Teringat masa kitorang kena rompak dulu. Aku dan enche Neezam kena ikat, kepala suami kena serkup. Dia ugut tanya mana lagi barang kemas. Bila x puas hati, perompak tu dah nak hayun parang kat suami. Aku jerit-jerit kat perompak tu supaya tak apa-apakan suami dan anak-anak. Takutnya masa tu... nauzubillah... Tapi Alhamdulillah semua selamat. Fizikal... yes... Mentally... u never know...

Lepas kejadian, ramai datang rumah tanda sokongan dan tak kurang jugak sebab nak jadi ‘sumber sahih’.

Masa ni lah ramai yang pakai ayat
“Lepas ni kena buat macam ni”, “lepas ni kena buat macam tu”, “lain kali kena macam ni...”, “lain kali kena macam tu...”

Sorry... no more ‘lepas ni’, no more ‘lain kali’...

Ayat-ayat ni tak sesuai digunakan kalau korang melawat orang yang masih trauma. Buat orang tu benci je!

Cukuplah sekadar bertanya khabar, suruh bersabar dan tabah dan doakan yang baik-baik. Tunjukkan simpati dan empati. Bukan tunjuk pandai!

Nway, aku pun dah leave wa group jalan aku ni... ramai syok sendiri... Borak tak berhemah. Huh!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top