♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, May 1, 2019

Selamat Hari Raya... ehhh...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Huhuhu... belum raya lagi yer. Puasa pun belum start lagi. Tetiba hari ni rasa nak buat juadah hari raya plak.

Uuuuu sedapnya... nasi impit dengan kuah lodeh lengkap dengan rendang ayam. Yang hitam tu paru goreng istimewa, favorite Naufal tu... eh tak... favorite seisi keluarga!

Dan kuah lodeh, kalau aku buat memang macam-macam aku campur.

Wajib ada kincham dan cendawan hitam. Lain-lain mesti ada carrot, suhun, tauhu goreng, tauhu, tempe, kacang panjang, kubis, udang kecil, bawang besar. Pastu santan pekat, lemak memikat.... gittewwww...

Makan pulak tambah dengan sambal tumis ikan bilis. Memang superb sangatlah. Tu pun balance je dari breakfast pagi. Menyesal pulak buat sikit jer. Separuh dah buat makan dengan ubi kayu.

Breakfast pagi tadi. Ubi kayu dengan sambal tumis. Dah lama tak makan ubi kayu rebus. Sedap pulak rasa. Kena pulak dengan kopi o dari Kluang. Memang terbaek lah!

Cuti-cuti ni kalau tak gi memana, macam ni lah... masak... makan... masak... makan...

Apapun, aku memang enjoy memasak. Nak nak kalau ada orang enjoy memakan!

Huhuhu...

Selamat Hari Buruh buat semua. Esok kerja yer...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top