♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 6, 2019

Our Adorable Neeyaz turns 2 💖

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni dua tahun lepas, waktu macam ni dada dah berdebar-debar nak menunggu masuk OT jam 8 pagi... Rasa tak sabar dan excited nak tengok baby tapi pada masa yang sama rasa takut sebab perut nak kena belah lagi untuk kesekian kalinya...

Alhamdulillah... hari ni dah genap dua tahun baby Khairunneeyaz lahir ke dunia. Rasa sekejap je dah dua tahun.

Bersyukur sangat Allah swt hadirkan si comel ni. Penyeri dalam keluarga dan mengikatkan lagi kasih sayang.

Baby Neeyaz anak manja mama. Dah banyak mulut dan akal. Tetap nak melekat je dengan mama. Hobi Neeyaz baring-baring sambil borak-borak dengan mama. Mama pun suka hobi tu 😘

Selamat hari jadi sayang mama, Khairunneeyaz.

We 💖 you so much!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top