♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 7, 2019

"Nak susu... nak susu... nak susuuuuuuuu!"

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Memang sejak zaman Niesreena dan Naufal ke taska lagi, enche Neezam yang uruskan anak-anak. Hantar ke taska dan ke sekolah. Sampailah sekarang, bila ada Neeyaz, pagi-pagi, semua sekali jalan. Enche Neezam hantar kakak dan abang dulu ke sekolah, kemudian hantar baby Neeyaz ke taska pulak.

Satu perangai baby Neeyaz ni, kalau mintak susu, jenis tak sabar. Bila mintak susu, nak terus ada depan mata. Kalau mintak benda lain, kalau tak dapat, masih boleh kompromi lagi. Tapi kalau susu... nak sekelip mata dapat. Huhuhu....

So, pagi tadi enche Neezam mesej, bagitahu, ni yang dah keberapa kalinya, baby Neeyaz 'buat hal' macam ni. Mintak susu on the way taska. Dah cuba divert perhatian ke tempat lain pun masih mulut sebut "nak susu... nak susu... nak susuuuuu...". Selagi tak dapat. Huhuhu... Dulu tak pandai mintak macam ni. Dah banyak akal dah baby buchuk sorang ni.

Terpaksalah jugak enche Neezam berhenti tepi jalan, prepare susu. Nasib baik ada bawak bekalan air masak. Adoiiii ai lah Neeyaz...

Huhuhu... sian ayah... next time prepare dari rumah lah yer...

Puas hati sangat dah dapat susu... huhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top