♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 16, 2019

Day 2 @ Bandar Hilir

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Pecah rekod! Dalam banyak-banyak hotel kitorang pernah pergi, inilah hotel yang paling singkat bebudak ni nak mandi kolam.

Sebab

.

.

..

.

.

.

.

.

.

sejuk giler!

Serious sejuk giler. Jangankan bebudak ni. Aku sendiri pun tak tahan!

Mandi tak sampai setengah jam, Naufal dah ajak balik bilik sebab sejuk. Neeyaz dengan Reena awal-awal lagi dah surrender. Aku pun!

Air kolam dia memang sejuk giler, tambah pulak dengan angin yang memang kuat. Aku tanya kat budak hotel yang jaga kat pool tu. Dia kata memang macam tu hari-hari. Walau cuaca panas, tetap sejuk. Mungkin sebab angin tepi laut, pulak tu pool kat tingkat 13. Memang sejuklah...

Akhirnya... Neeyaz mandi air panas kat dalam sink jer lah... selesa sikit. Huhuhu...

Lepas mandi. Aku dan bebudak bersiap-siap untuk keluar. Kitorang plan nak naik Hatten Skydeck. Pastu keluar ke Bandar Hilir, cari lunch. Aku dan bebudak jer. Enche Neezam awal-awal lagi dah keluar gi kerja.

Hatten Sky Deck ni free untuk guest hotel. Kalau tak, kena bayar RM15. Naik hingga ke tingkat 44. Dia panggil 360 degree sebab boleh pusing 360 darjah kat atas tu... sepatutnyalah... Tapi tak sampai 360 darjah pun sebab ada section yang dia tutup. Haaaiiissshhh... nasib baik free... so, ok lah... Kalau kena bayar... hmmmm... tak berbaloi lah...

Dari atas, memang nampak laut lepas dan Bandar Melaka.

Aku ingatkan ada lah lantai kaca yang boleh nampak bawah tu kan. Tak der rupanya...

Lepas lepak-lepak, tangkap gambar kat atas tu, kitorang pusing-pusing kat Elements Mall, kat bawah hotel tu. Tapi... tak der mender menarik pun.

So, kitorang terus naik bas Hop-On. Konon nak turun kat Bandar Hilir, cari lunch. Kononlah... Bas pun free jer.

Tapi... ini budak boleh tidur pulak... Haiya... Tak laratlah aku nak dokong dia.

Akhirnya, kitorang turun balik kat Hatten dan balik bilik.

Alhamdulillah... enche Neezam habis kerja awal hari ni. So, kitorang keluar semula petang tadi naik bas. Kitorang turun kat Dataran Pahlawan.

Makan-makan dan lepak kat sini. Syok jugak. Puaslah bebudak ni berlari kat dataran tu.

Malam... cepatlah diorang tidur sebab penat berjalan sepanjang hari. Aku pun bolehlah update blog. (^-^)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top