♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, March 31, 2019

Ye lah... Redho jer lah...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tengah-tengah breakfast pagi ni, sambil berborak-borak, tiba-tiba enche Neezam tersentak bila terperasan kartun Dialog Kotaraya kat bungkusan nasi lemak di depannya. Aku pun pandang, eh... Dialog Kotaraya... mungkinkah?

Enche Neezam cepat-cepat leraikan bungkusan nasi lemak tersebut. Dan... huhuhu... memang sah...

Tak tahu nak gelak ke nak nangis... Tapi bila baca tajuk artikel... hmmmm... ye lah... reda jer lah...

Makanlah nasi lemak yang dibungkus dengan artikel dan wajah laki aku. Bukan biasher biasher... Huhuhu...

Apapun... nasi lemak pak arip, nasi lemak singgit memang terbaek!

Saturday, March 30, 2019

Roti bakar punya pasal

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Aje buat kerja giler hari ni... Huhuhu...

Sanggup travel 114km dari Segamat ke Kluang semata-mata nak makan roti bakar kat Kluang Railway ni. Saper nak makan ni? Aku ke? Huhuhu... The best part, mak dan ayah mertua pun layan jer. Yes! The best parents in law ever! Lucky me!

Alaaa bukan apa... rasa macam teringin nak makan lepas adik-adik ipar dok post. Kalau tunggu nak Kluang sebab kerja then baru singgah makan... entah bilalah kan....

Yang best kat sini... roti bakar dan kopi! Terbaek! Kopi cendol pun sedap!

Selain roti bakar, nasi-nasi goreng kat sini pun sedap. Macam-macam jenis nasi goreng ada dijual kat sini. Bukan setakat sedap, portion dia pun besar. Sepinggan boleh makan dua orang.

Alhamdulillah... lepas hajat!

Hari Ini Hari Bumi

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Artikel enche Neezam disiarkan hari ni di akhbar Harian Metro sisipan Minda. Alhamdulillah... Artikel hari ni bersempena dengan Earth Hour yang disambut hari ini diseluruh dunia.

Artikel penuh di bawah.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Hari Ini Hari Bumi

Earth Hour (Hari Bumi) merupakan satu gerakan bersifat global terhadap penjagaan alam sekitar yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) melalui laman sesawangnya www.earthhour.org. Pada tahun ini, ia disambut di kebanyakan negara di seluruh dunia pada hari ini iaitu 30 Mac 2019. Kempen yang pertama kalinya dilaksanakan di Sydney, Australia pada tahun 2007 itu berkisar kepada rasa kebertanggungjawab manusia terhadap planet bumi dengan cara memadamkan semua lampu selama sejam bermula jam 8.30 malam. Kempen ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai negara merentas benua. Ia satu bentuk signifikan kepada usaha dan sokongan untuk menyedarkan manusia sejagat mengenai isu pencemaran alam dan pelestarian nilai survival bumi untuk didiami dengan selamat oleh generasi-generasi akan datang.

Banyak pihak telah menyampaikan mesej dan kempen tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Kita sebagai manusia merupakan satu-satunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir dan bertindak sewarasnya dalam menjadi khalifah yang menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding ini. Selagi kita terus mengamalkan sikap negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, maka kita sendiri akan merasa padahnya. Buktinya hari ini perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, banjir kilat, kenaikan suhu global, pencemaran udara dan air bertoksid adalah antara kesan buruk yang terpaksa ditanggung sendiri oleh kita dek kerana kealpaan kita dalam menjaga alam sekitar.

Kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO), majlis perbandaran dan komuniti masyarakat di seluruh negara telah sekian lama melaksanakan pelbagai inisiatif dalam penjagaan alam sekitar. Kempen kitar semula di media cetak dan media massa, pembinaan pusat-pusat kitar semula bahan buangan, majlis gotong-royong, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencemaran alam sekitar dan sebagainya adalah antara usaha yang cukup giat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Namun, jika segala usaha ini tidak disambut dengan baik oleh kita, maka ianya tak ubahlah seperti ‘hanya bertepuk sebelah tangan’, tiada hasil dan kesan positif.

Banyak pihak meyakini bahawa sebagai salah satu cara terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada generasi muda iaitu anak-anak kita sendiri. Bukanlah alasan yang bijak jika kita mengatakan anak-anak masih terlalu kecil dan mentah untuk memahami keperluan menjaga alam sekitar. Pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ memberi maksud bahawa anak-anak perlu diasuh sebaik mungkin pemikiran dan sikapnya untuk menjaga alam sekitar dan mempunyai rasa bertanggungjawab yang dibawa sehinggalah mereka menjadi dewasa kelak.

Banyak inisiatif yang boleh difikirkan dan diamalkan oleh ibu bapa dalam hal ini terutamanya dalam melangsungi kehidupan seharian di rumah. Demi memberi kesedaran dan pendidikan awal tentang penjagaan alam sekitar, ibu bapa boleh membelikan atau membawa anak-anak ke perpustakaan untuk membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan. Sebagai alternatif lain, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melayari laman-laman web seperti www.kitarsemula.com, www.kid-at-art.com atau www.compostguide.com dan sebagainya yang sarat dengan informasi, panduan dan tips penjagaan alam sekitar. Melalui bahan-bahan pembacaan seperti ini, secara umumnya anak-anak akan dapat menghayati konsep 3R dalam penjagaan alam sekitar, iaitu Reduce- kurangkan, Reuse- gunakan semula dan Recycle- kitar semula. Anak-anak perlu diberitahu akan fakta-fakta yang bersifat realisitik tentang alam sekitar. Misalnya, beratus-ratus pokok dapat diselamatkan daripada ditebang jika kertas-kertas terpakai dikitar semula secara bijak. Begitu juga fakta bahawa kitar semula bahan buangan mampu menjimatkan kos pengendalian pembuangan sampah sarap sehingga ratusan juta ringgit oleh kerajaan.

Antara usaha-usaha lain dalam penjagaan alam sekitar yang boleh diterapkan kepada anak-anak di rumah adalah dengan mengasuh anak-anak menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya dalam penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan di dapur boleh dikitar semula untuk menyiram tanam-tanaman. Suis elektrik dan lampu perlu ditutup jika tidak digunakan lagi.

Kita boleh menggalakkan anak-anak untuk tidak membuang sampah merata-rata tetapi perlulah di tempat yang sepatutnya. Adalah lebih baik juga untuk mendidik dan memberikan contoh kepada mereka dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dan tidak boleh dikitar semula seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Sediakan tong sampah di rumah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut bagi memudahkan anak-anak membuang sampah mengikut kategorinya.

Anak-anak boleh dididik untuk mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula yang memberikan bayaran ke atas bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan turut berminat untuk menambahkan jumlah wang tabungan mereka dari semasa ke semasa dengan cara yang mudah sebegini.

Beritahu anak-anak bahawa sisa-sisa makanan harian tertentu boleh dikitar semula menjadi ‘baja kompos’ yang boleh digunakan kemudian sebagai baja untuk menanam bunga atau sayur. Dengan cara ini anak-anak akan turut dapat dididik akan konsep ‘berbakti kepada tanah’ dan memberikan pulangan melalui hasil tanaman bunga-bungaan atau sayur-sayuran.

Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan atikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku skrap atau ensiklopedia peribadi tentang apa sahaja topik yang menjadi minat mereka. Ia akan membantu menjana pemikiran kanak-kanak yang matang melalui pembacaan yang luas.

Ibu bapa perlu menerapkan kepada anak-anak sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang yang difikirkan tidak perlu seperti pakaian yang lama yang boleh dibuat kraftangan menjadi beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubahsuai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca. Ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak menjadi kreatif dan kritis.

Pakaian atau barang-barang permainan milik anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada anak-anak yatim atau badan-badan kebajikan atau sebagai hadiah kepada rakan-rakan mereka yang lain. Dengan cara ini, item-item tersebut tidaklah dibuang begitu sahaja dan membazir, bahkan hubungan baik dan sillaturrahim sesama sahabat handai dapat dieratkan.

Untuk mengurangkan penggunaan beg plastik terutamanya yang berunsurkan Styrofoam dan tidak terbiodegradasi, terapkan amalan membawa beg sendiri dalam diri kita dan anak-anak ketika hendak membeli-belah. Galakkan anak-anak untuk menyertai program yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar. Misalnya menyertai program gotong royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar dan sebagainya.

Allah SWT menciptakan bumi dan segala kejadian yang hidup di dalamnya untuk kemudahan dan kesenangan umat manusia. Fenomena hujan, sinaran mentari, tanam-tanaman, binatang peliharaan, bahan galian (seperti emas, besi, bijih timah dan petroleum) dan segala aturan dunia ini tidak lain dan tidak bukan untuk dimanfaatkan sebaiknya dan disyukuri oleh umat manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, pada hal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi. Kami turunkan hujan yang lebat kepada mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka. Kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami jadikan sesudah mereka generasi yang lain” (Surah al-An’am, ayat 6).

Melalui peringatan Allah dalam ayat Qur’an di atas, manusia perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada umat terdahulu yang dikurniakan pelbagai nikmat kurniaan Allah termasuklah segala hasil-mahsul bumi, namun mereka kufur dan melakukan pelbagai kemungkaran dan kerosakan. Untuk itu, Allah menurunkan azab yang amat pedih ke atas kaum-kaum terdahulu yang tidak mensyukuri segala kurniaan Allah.

Kita perlu sedar bahawa walaupun sumbangan kita dan generasi muda terhadap pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar ini nampaknya seperti terlalu kecil, namun jika semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab yang serupa, sudah tentu ianya akan menjadi begitu berkesan dan bermakna. Sikap positif dalam menjaga warisan alam sekitar sebegini diharapkan akan menular menjadi budaya yang akan terus dipraktikkan oleh anak-anak kita ini pada masa hadapan dan diperturunkan kepada generasi yang seterusnya. Selamat menyambut Earth Hour!

Dr Khairunneezam bin Mohd Noor, Penulis Pensyarah Kanan di Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Friday, March 29, 2019

🌧 🌧 go away

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Baby Neeyaz memang suka nyanyi. Banyak lagu yang baby Neeyaz pandai nyanyi.

Lagu favorite dia "the wheels on the bus go round and round...", "pak atan ada kebun... EIEIO", "head, shoulder, knee and toe", banyak lagilah...

Dah jugak lagu ni... "rain... rain... go away..."

Comel jer kan... Oh baby... always melting my heart away...

Oh... please excuse his curly hair. Ni baru balik taska ni. Siap diminyakkan lagi rambutnya. Huhuhu...

Rancang nak potong rambut Neeyaz, tapi kalau bawak gi kedai, mesti dia nangis. Nak tunggu mama potong... hmmmm... bila ek?

Rambut Neeyaz elok masa tengah basah jer. Elok tersisir rapi. Nampaklah muka comel dia. Huhuhu...

Kite mesin bagi botak je lah! Ok tak ayah? Huhuhu...

Farewell Najwa

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sedihlah... hari ni last day Najwa. So, kitorang buat farewell untuk dia. Makan besar... kemain... huhuhu...

Tiga tahun Najwa dengan kitorang. Banyak kenangan yang dikongsi bersama. Lepas ni tak der lah nak terserempak kat highway lagi on the way pergi dan balik kerja. Huhuhu...

Apapun, this is definitely not the end of our friendship. We will keep in touch. Insya Allah... We all wish you all the best in your future and career, Najwa. Semoga lebih banyak peluang yang lebih baik akan datang.

You will be missed...

Wednesday, March 27, 2019

Dating day with kakak & abang

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Aku ambik cuti hari ni. Bawak Niesreena dan Naufal keluar. Kesian kat bebudak duorang ni, dok terperap kat rumah jer, tak kemana-mana cuti sekolah seminggu ni.

Biasanya cuti sekolah jer, aku dan enche Neezam hantar diorang balik kampung. Tapi kali ni tak dapat nak hantar ke kampung memandangkan enche Neezam busy dan bekerja di hujung minggu. So, cuti kali ni duduk kat rumah jer lah.

So, aku decided ambik cuti hari ni. Bawak Niesreena dan Naufal tengok wayang kat IOI Putrajaya. Just 3 of us - enche Neezam busy (as usual) tak boleh ambik cuti dan baby Neeyaz ke taska.

Alhamdulillah... sempat lagi nak tengok Captain Marvel. Ingatkan dah tak der dah kat wayang.

Best jugak Captain Marvel. Tak sabar nak tengok The End Game plak nanti.

Lepas lunch dan solat aku ingat nak bawak diorang ke District 21. Tapi Niesreena tak pakai kasut plak. So, tak boleh masuk. Tak der rezeki. Next time jer lah... So, kitorang pusing-pusing kat IOI Putrajaya yer lah. Cuci mata...

Sebelum balik, singgah AEON Nilai. Belikan kereta mainan untuk Neeyaz kat kedai Eco. Sukalah si kecik tu... Neeyaz memang suka kereta mainan.

Penatnya hari ni. Tapi oklah... Janji Niesreena dan Naufal happy... Aku pun bolehlah release tension sikit, tak pikir pasal kerja yang berlambak tu. Huhuhu... Tapi esok kena ngadap balik!

Saturday, March 23, 2019

Pengemis: Antara Simpati & Realiti

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Artikel enche Neezam disiarkan hari ni dia akhbar Harian Metro sisipan minda.

Untuk aritkel penuh, sila PM enche Neezam yer. Huhuhu...

Friday, March 22, 2019

Buah cempedak di luar pagar... sebab tu tak dapat cempedak...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Macam biasa setiap hari Jumaat, sebelum balik rumah aku akan ke Hero supermarket berdekatan dengan tempat kerja aku. Beli barang dapur sikit dan buah-buahan untuk little Khairunns.

Selalunya kalau beli buah-buahan ni memang diorang makan. Tapi tunggu mama dia kupas, potong, barulah bersentuh. Kalau tak... hmmm... memang tak lah. Pisang tu, kalau tak paksa makan, memang jadi cekodoklah alamatnya. Paling-paling laju habis pun anggurlah. Siap kena ingatkan... makan ingat orang belakang... kalau tak... memang tak sempat ayah dan mama nak merasa.

Selain dari buah-buahan ni, aku ingat nak cari cempedak. Dah beberapa minggu ni teringin sangat nak makan cempedak goreng sebenarnya. Nak beli dah siap goreng selalunya macam tak puas hati jer. Mahal! Pastu tepung jer lebih. Isi secoet jer. So, ingat nak beli buah cempedak, nak goreng sendiri. Lagi puas hati.

Kat Hero tak der cempedak, tak per... dekat dengan rumah biasanya ada jual. Hari-hari tengok bergantung-gantung. Cuma tak terberhenti nak beli jer.

So, tadi aku pun berhentilah. Tanya buah cempedak. Sekilo RM10. Mak aih.... paling kecik pun 3.1 kilo, RM31 katanya. Dia bagi diskaun seringgit.... RM30... Ermmm... tak per lah... mahal!

Nasib baiklah aku sendiri yang nak makan... kalau anak yang nak makan, aku beli jugaklah...

Memang mahal ek buah cempedak. Padanlah yang siap goreng pun mahal.

Hmmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top